12 Mac 2007

Laman web resipi ringkas

Sejajar dengan slogannya "Tempat Untuk Berkongsi Resipi", laman web beralamat MyResepi.com adalah lokasi untuk anda mendapatkan pelbagai resipi masakan tempatan atau luar negara sebagai hidangan. Penulis tidak tahu alamat sebenar laman web ini tapi mencarinya terus dari enjin carian Google Malaysia untuk mencari menu masakan tertentu. Masakan yang dicari ialah nasi minyak dan resipi.

Ada beberapa laman web berkaitan resipi yang menyajikan nasi minyak tetapi laman web My Resipi menarik perhatian penulis kerana cara pembangunannya yang tersusun rapi dan memikat sesiapa saja yang mengunjunginya. Ia dibangunkan oleh ‘Fendi Family’ dengan cara yang paling ringkas dan mudah difahami menggunakan gabungan teks & gambar. Pengunjung bebas melayari dan mendapatkan pelbagai jenis resipi yang disediakan tetapi perlu mendaftar untuk memberi sebarang komen terhadap kandungannya atau komen selepas mencuba resipi terbabit.


Selain mendapatkan resipi, pengunjung juga dialu-alukan untuk menyumbang sebarang resipi yang mereka ada untuk dikongsikan bersama pengunjung lain. Tetapi, perlu mendaftar dulu. Menggunakan latar belakang berwarna putih dan teks hitam dan ada beberapa tempat berwarna merah. Kepala muka suratnya hanya mengandungi gambar kartun kepala Chef & nama laman web. Amat ringkas dan tidak menggunakan aplikasi sampingan seperti flash & sebagainya. Oleh itu, ia boleh diakses dengan pantas.

Walaubagaimanapun, aplikasi flash digunakan di ruangan pertanyaan. Ia menunjukkan cara untuk mendaftar dan menghantar komen atau resipi. Paparan hadapannya juga dibahagikan kepada 2 kerangka iaitu resipi utama pada hari itu dan lima resipi terbaru yang digabungkan dengan 5 komen masakan terbaru. Terdapat juga ruangan untuk iklan dan promosi mengikut musim, terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tidak disediakan enjin carian sendiri, namun kandungannya disusun mengikut kategori seperti ayam, daging, roti, makanan laut, minuman, nasi, kuih muih, kek dan sebagainya.

Faktor penyediaan memudahkan carian & pengunjung juga boleh berkongsi dengan rakan lain, yang mana resipi tertentu itu boleh dikirimkan terus menerusi e-mel atau dicetak untuk simpanan sendiri. Selain resipi, tip masakan juga disediakan sebagai panduan untuk menjadikan masakan lebih enak. Laman web selalu dikemaskini dan sering mendapat resipi baru untuk dikongsikan bersama pengunjung, cuma pembangun laman web ini perlu berhati-hati dengan bahasa & ejaan yang digunakan. Misalnya, terdapat ejaan resipi itu sendiri yang dieja dengan ‘resepi’ & jelas ia adalah salah. Begitu juga dengan campuran bahasa & mungkin ada pengunjung yang tidak faham bahasa Inggeris terutamanya mengenai bahan yang digunakan.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama07 Mei, 2007

    salam. ade jugak malaysian students suke carik resepi kat www.mesra.net

    harap2 membantu :)

    BalasPadam
  2. sekarang pun banyak juga laman web resepi di samping lambakan resepi di majalah juga :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...