22 Mac 2007

Peralatan membaiki PC

Tidak banyak peralatan yang anda perlukan untuk membaik pulih komputer peribadi (PC) dan penggunaan peralatan tambahan biasanya bergantung kepada bentuk kerosakan dan cara penyelesaian.

Jika masalah berkaitan konfigurasi sistem operasi (OS) atau perisian (software)...

Kerosakan sebegini biasanya tidak memerlukan peralatan pertukangan, sebaliknya buku panduan (manual) yang disertakan atau boleh didapati di Internet (pengalaman sebelum ini juga sangat berguna) sudah memadai untuk menyelesaikan masalah ini. Panduan sebegini juga boleh dapat di sini dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, anda juga mungkin memerlukan beberapa perisian utiliti dan diagnostik untuk menyelesaikan masalah berkaitan konflik antara perisian dan sistem operasi (Windows atau Linux atau Macintosh), atau menyelesaikan masalah seperti serangan virus, malware dan sebagainya. Tidak lupa juga perisian 'driver' perkakasan sekiranya perkakasan (hardware) mengalami masalah ketidakserasian dengan sistem operasi. Perisian sebegini biasanya disertakan semasa baharu membeli komputer atau perkakasan.

Jika masalah berkaitan perkakasan (hardware)...

- Alat yang paling utama untuk masalah ini ialah pemutar skru (screw driver) yang biasanya bermata phillips).
- Anda juga memerlukan beberapa komponen atau perkakasan tambahan, terutamanya jika ingin melakukan diagnostik pada masalah tersebut.
- Anda juga mungkin memerlukan sebuah lagi komputer yang tidak mengalami kerosakan untuk tujuan diagnostik. Misalnya, menguji cakera keras (hard disk) komputer yang rosak pada komputer yang tidak rosak.
- Anda juga memerlukan perisian driver perkakasan terkini dari laman web (website) pengeluar (vendor)perkakasan berkenaan di Internet.
- Dalam beberapa keadaan yang lebih ekstrim, ada yang menggunakan bantuan pateri dan pemateri dalam membaiki perkakasan yang rosak.

19 Mac 2007

Membaik pulih Internet Explorer (IE)

Untuk membaiki (repair) Internet Explorer, ikuti langkah-langkah berikut:-


1) Masukkan cakera padat (CD) Windows XP

2) Klik Start -> Run

3) Taipkan "cmd"

4) Masukkan arahan ini dan tekan Enter:


rundll32.exe setupapi,InstallHinfSection DefaultInstall 132 %windir%\Inf\ie.inf


16 Mac 2007

Bagaimana Melindungi Diri Anda Dari Spyware?


Spyware mungkin merupakan aplikasi berteknologi paling mencabar pada era siber. Ia turut juga dikenali ramai dengan nama adware, trackware dan malahan thiefware. Dapatkan maklumat mengenai perisian ini yang telah menjangkiti 9 daripada setiap sepuluh sistem komputer.

Apa itu Spyware?

Kebanyakan pengguna komputer pada hari ini telah biasa dengan istilah 'spyware' kerana mereka telah mengalami kesannya daripada perisian ini. Penurunan kelajuan perlaksanaan komputer, perubahan laman rumah dan kemunculan pop-up yang datang secara tiba-tiba atau kerap merupakan sebahagian daripada petanda bahawa komputer anda telah dijangkiti dengan spyware.

Spyware sering ditanggapi ramai sebagai virus, tetapi penyataan ini sebenarnya adalah tidak tepat. Perisian ini tidak dapat menggandakan dirinya seperti virus, maka oleh kerana itu ia tidak dapat dikesan oleh program anti-virus. Perlindungan terbaik bagi komputer anda ialah dengan menggunakan pendekatan tiga-lapisan: gabungan perisian anti-spyware, perisian anti-virus dan firewall.

Spyware ialah satu program yang dipasangkan ke dalam komputer anda, samada dengan kebenaran anda mahupun tanpa kebenaran anda dimana ia mampu melakukan proses tertentu secara terlindung seperti mengubah konfigurasi sistem, memantau aktiviti

Internet anda dan menghantar maklumat peribadi anda kepada pihak luar terutamanya pengiklan. Kesan spyware yang paling teruk ialah pertambahan bilangan spam dan pop-up yang tidak diingini atau lebih dikenali dengan nama 'adware'. Malware pula merujuk kepada program yang mempunyai tujuan tidak baik dan mampu mengurangkan atau menghalang kecekapan komputer anda. Pada masa kini, ia turut mampu mencuri maklumat peribadi seperti katalaluan bank dan nombor kredit kad.

14 Mac 2007

Petua Kesihatan (1)

Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.


Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:

Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.


Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.


Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.


Segarkan Kulit Muka
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

12 Mac 2007

Laman web resipi ringkas

Sejajar dengan slogannya "Tempat Untuk Berkongsi Resipi", laman web beralamat MyResepi.com adalah lokasi untuk anda mendapatkan pelbagai resipi masakan tempatan atau luar negara sebagai hidangan. Penulis tidak tahu alamat sebenar laman web ini tapi mencarinya terus dari enjin carian Google Malaysia untuk mencari menu masakan tertentu. Masakan yang dicari ialah nasi minyak dan resipi.

Ada beberapa laman web berkaitan resipi yang menyajikan nasi minyak tetapi laman web My Resipi menarik perhatian penulis kerana cara pembangunannya yang tersusun rapi dan memikat sesiapa saja yang mengunjunginya. Ia dibangunkan oleh ‘Fendi Family’ dengan cara yang paling ringkas dan mudah difahami menggunakan gabungan teks & gambar. Pengunjung bebas melayari dan mendapatkan pelbagai jenis resipi yang disediakan tetapi perlu mendaftar untuk memberi sebarang komen terhadap kandungannya atau komen selepas mencuba resipi terbabit.


Selain mendapatkan resipi, pengunjung juga dialu-alukan untuk menyumbang sebarang resipi yang mereka ada untuk dikongsikan bersama pengunjung lain. Tetapi, perlu mendaftar dulu. Menggunakan latar belakang berwarna putih dan teks hitam dan ada beberapa tempat berwarna merah. Kepala muka suratnya hanya mengandungi gambar kartun kepala Chef & nama laman web. Amat ringkas dan tidak menggunakan aplikasi sampingan seperti flash & sebagainya. Oleh itu, ia boleh diakses dengan pantas.

Walaubagaimanapun, aplikasi flash digunakan di ruangan pertanyaan. Ia menunjukkan cara untuk mendaftar dan menghantar komen atau resipi. Paparan hadapannya juga dibahagikan kepada 2 kerangka iaitu resipi utama pada hari itu dan lima resipi terbaru yang digabungkan dengan 5 komen masakan terbaru. Terdapat juga ruangan untuk iklan dan promosi mengikut musim, terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tidak disediakan enjin carian sendiri, namun kandungannya disusun mengikut kategori seperti ayam, daging, roti, makanan laut, minuman, nasi, kuih muih, kek dan sebagainya.

Faktor penyediaan memudahkan carian & pengunjung juga boleh berkongsi dengan rakan lain, yang mana resipi tertentu itu boleh dikirimkan terus menerusi e-mel atau dicetak untuk simpanan sendiri. Selain resipi, tip masakan juga disediakan sebagai panduan untuk menjadikan masakan lebih enak. Laman web selalu dikemaskini dan sering mendapat resipi baru untuk dikongsikan bersama pengunjung, cuma pembangun laman web ini perlu berhati-hati dengan bahasa & ejaan yang digunakan. Misalnya, terdapat ejaan resipi itu sendiri yang dieja dengan ‘resepi’ & jelas ia adalah salah. Begitu juga dengan campuran bahasa & mungkin ada pengunjung yang tidak faham bahasa Inggeris terutamanya mengenai bahan yang digunakan.

09 Mac 2007

Penipuan melalui SMS

Sejak akhir-akhir ini banyak kes penipuan melalui SMS dilaporkan oleh pihak media, yang terkini dan masih berleluasa adalah penipuan SMS AF4. Modus operandi penipuan ini bermula dengan mangsa menerima SMS dari pihak sindiket yang menyatakan mangsa telah berjaya dipilih sebagai pemenang kerana telah mengambil bahagian dalam pengundian SMS AF4 pada musim yang lepas.

Mangsa dinyatakan telah memenangi sejumlah wang, dan untuk menuntut wang tersebut, mereka perlulah membuat pembayaran sebanyak RM1,000 kepada akaun yang dinyatakan. Kebanyakaan penerima SMS yang rasional akan mengangap ianya satu penipuan, tetapi untuk sesetengah penerima mereka terus mempercayai mesej yang dinyatakan. Untuk mereka yang pernah mengambil bahagian dalam proses pengundian SMS AF4 ianya akan menjadi lebih meyakinkan.

Apabila wang telah dimasukkan kepada akaun yang dinyatakan, tidak ada apa-apa perhubungan yang akan diterima selepas itu. Mereka hanya tahu mereka telah ditipu apabila membaca berita mengenai penipuan ini dalam akhbar selepas dari kejadian tersebut.

Adalah diharapkan pengguna telefon bimbit di Malaysia tidak bersifat tamak apabila menerima SMS yang menyatakan mereka telah memenangi hadiah yang dihantar oleh pihak yang tidak dikenali.

08 Mac 2007

Kemudahan terjemahan tulisan rumi ke tulisan jawi

Tulisan jawi merupakan tulisan bangsa Melayu yang sebenar, ramai antara kita terutama yang belajar di sekolah agama mungkin memang pandai menulis dan membaca tulisan jawi. Namun, sebahagian besar bangsa Melayu masih tidak boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Apabila proses komunikasi telah memasuki alam digital, tulisan jawi semakin dipinggirkan kerana perisian yang digunakan tidak boleh menerima teks dalam tulisan jawi.


Jarang kita melihat laman web yang bertulisan jawi atau Yahoo! Messenger yang menggunakan tulisan jawi. Surat khabar dalam tulisan jawi pun jarang kita lihat di kedai sekarang. Sampai satu masa mungkin tulisan jawi hanya digunakan di masjid atau di papan penanda jalan.


Seperti biasa apabila ada masalah maka akan adalah penyelesaian, teknologi sepatutnya memudahakan bukan menyusahkan.

Tulisan jawi walaupun kelihatan seperti tulisan Arab, namun ianya unik kerana ianya disebut dalam bahasa Melayu. Seperti juga tulisan Jepun yang di sebut 'hiragana', yang mana ia ditulis dalam bahasa Jepun tetapi dibaca dalam bahasa Inggeris.


Mengapa tulisan jawi semakin dipinggirkan? Kemungkinan besar jawapannya adalah kita tidak mahir untuk menulis dalam tulisan jawi. Bukankah elok jika ada kemudahan yang membolehkan kita menaip dalam tulisan rumi dan kemudian diterjemahkan ke dalam tulisan jawi? Saya akan terangkan satu kemudahan menterjemahan tulisan, dari tulisan rumi kepada tulisan jawi.


Untuk menggunakan kemudahan ini kita tidak perlu memasang apa-apa perisian, apa yang diperlukan hanyalah sambungan Internet sahaja. Kemudahan penterjemahan tulisan rumi ke tulisan jawi ini boleh diakses di laman web http://www.ejawi.net/ . Laman web ini memaparkan ucapan selamat datang dalam tulisan jawi. Mungkin juga ini merupakan laman web yang pertama yang pernah anda lihat menggunakan tulisan jawi.

ڤڠنالن
لامن ايجاوي مروڤاكن سبواه لامن دالم بهاس ملايو برتوليسن جاوي. اياڽ دوجودكن باڬي منروسكن سورۏايۏور توليسن جاوي خصوصڽ دالم كومونيتي سيبير. اين هاڽله سباڬاي ڤرمولأن، باڽق لاڬي ڤروجيك يڠ اندا تيدق جڠكاكن اكن تربيت. تروسكن مڽوكوڠ اوسها اين...

Pada bahagian pengenalannya kita akan dapat membaca kata-kata pengenalan didalam tulisan jawi yang menyatakan: Laman ejawi merupakan sebuah laman dalam bahasa melayu bertulis jawi. Ianya diwujudkan bagi meneruskan survirval tulisan jawi khususnya dalam komuniti siber.

Semua arahan didalam laman web ini adalah didalam tulisan jawi, tetapi untuk pengunjung yang tidak boleh membaca jawi anda hanya perlu melalukan anak panah diatas arahan tulisan jawi tersebut dan terjemahan didalam tulisan rumi akan dipaparkan.

Untuk mengakses kemudahan terjemahan, capaian terjemah rumi ke jawi boleh diakses dibahagian kanan bawah. Apabila kita menekan capaian tersebut kita akan diberi satu ruang untuk kita menaipkan mesej yang hendak diubah kepada tulisan jawi. Dibahagian bawah ruang tersebut terdapat butang “Terjemah Sekarang” Apabila butang ini ditekan, mesej yang ditulis didalam tulisan rumi akan diterjemahkan kedalam tulisan jawi.

Kita seterusnya bolehlah menyalin tulisan jawi tersebut untuk di letakan didalam email, pemprosesan kata atau didalam messenger. - Azli Paat.dapat.com

07 Mac 2007

Membuat panggilan melalui Internet

Membuat panggilan dari komputer ke nombor telefon melalui Internet secara percuma

Kemunculan teknologi Internet telah banyak mengubah cara industri dan sesuatu perniagaan beroperasi. Internet telah mengubah cara masyarakat berkomunikasi dengan mewujudkan kemudahan e-mel. Internet juga telah mengubah cara untuk mendapatkan maklumat dengan wujudnya laman web. Seterusnya Internet dapat mengubah cara masyarakat berjual-beli dengan kewujudan e-dagang (e-commerce). Kini dengan wujudnya Skype, iaitu kemudahan yang membolehkan kita bercakap secara percuma dengan menggunakan komputer dan sambungan Internet telah membolehkan seseorang itu bercakap tidak kira di mana sahaja asalkan terdapat peralatan dan kemudahan sambungan Internet.

Setakat ini Skype hanya boleh menghubungkan perbualan secara percuma di antara komputer dan komputer sahaja, untuk bercakap dari komputer ke telefon bimbit biasa pengguna terpaka membeli prabayar (prepaid) yang dikenakan bayaran. Bukankah bagus jika komputer boleh mendail ke nombor telefon tanpa dikenakan bayaran? Memanglah nampak mustahil, tetapi banyak perkara dalam bidang teknologi ini nampaknya mustahil pada asalnya.

Di sini terdapat satu cara bagaimana pengguna boleh membuat panggilan dari komputer ke telefon bimbit atau telefon talian tetap secara percuma. Jangan risau ianya tidak menjadi kesalahan atau melanggar undang-undang. Apa yang kita perlukan hanyalah komputer dan kemudahan Internet.

Langkah pertama pergi ke Gizmo Project kemudian muat turun (download) perisian yang dinamakan Gizmo. Setelah anda muat turun persiain tersebut ikutilah langkah seterusnya:

  1. Muat turun perisian Gizmo di http://www.gizmoproject.com/
  2. Pasangkan (install) perisian tersebut di dalam komputer anda.
  3. Daftarkan diri anda.
  4. Daftarkan diri rakan anda jika dia tidak mempunyai komputer.
  5. Tambahkan nombor telefon rakan anda dengan format +60 [diikuti dengan nombor telefon mereka] contoh +60193550006 atau +60355692755.
  6. Tambahkan juga nama Gizmo anda ke dalam akaun rakan anda jika dia juga ingin menelefon anda menggunakan kemudahan ini.
  7. Tambahkan nama rakan anda ke dalam akaun anda dengan menggunakan kemudahan - Invite

  8. Buat panggilan ke nombor rakan anda dengan menggunakan Gizmo.

  9. Bercakaplah sepuasnya.

06 Mac 2007

Penggodam hanya perlu bercakap pada Windows Vista

2 Februari 2006 - Seorang blogger telah mendapati bahawa ciri terkini Windows Vista - 'Speech Recongition' sudah lebih dari mencukupi untuk para penggodam (hackers) memberi masalah isu sekuriti terbaru pada Microsoft dengan menggunakan arahan (command) suara dari fail laman web penyerang.

Speech Recognition merupakan suatu ciri terbaru Vista di mana ia menterjemahkan perkataan yang dituturkan kepada arahan komputer & anda tidak lagi perlukan papan kekunci (keyboard) untuk memberi arahan kepada komputer, malah untuk menaip keseluruhan dokumen di dalam Microsoft Word. Microsoft sebelum ini telah membuat demonstrasi Speech Recognition (walaupun terdapat sedikit masalah berikutan gema) di pautan di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=kX8oYoYy2Gc


Muncul satu soalan - adakah ia mampu dieksploitasikan oleh para penggodam untuk melancarkan serangan? Menurut salah seorang blogger ZD Net, jawapannya ya. George Ou telah melaporkan bahawa dia telah memainkan fail bunyi yang mengandungi arahan pada komputer peribadinya (PC), dan Windows Vista terus mengecamnya dan melaksanakan arahan tersebut.

Setelah mendapat laporan dari Ou, Microsoft bertindak pantas menyatakan bahawa ia hanya boleh berlaku sekiranya komputer tersebut dipasangkan dengan pembesar suara (speaker) dan mikrofon. Selain itu, ciri tersebut juga perlu diaktifkan, selain menyatakan bahawa Speech recognition tidak dapat berfungsi pada level pengguna Administrator.

Persoalan yang timbul ialah, dengan penggunaan telefoni Internet seperti Skype secara meluas di serata dunia, adakah berbaloi untuk mengatakan bahawa risiko serangan hanya ada pada PC yang dilengkapi dengan pembesar suara mikrofon dan speaker? - iTWire

05 Mac 2007

Blogathon sempena Hari Keselamatan Internet


Apa itu Blogathon? Ia bukanlah bermakna anda perlu menulis blog sambil berlari. Blogathon merupakan satu lagi istilah baru yang diwujudkan dalam dunia blog bagi merujuk kepada blog dan marathon. Ia adalah aktiviti yang dijalankan kepada blog & menggalakkan orang ramai menulis blog & pada masa yang sama dapat mempertingkatkan kesedaran masyarakat seluruh dunia mengenai keselamatan Internet. Program berkenaan diadakan bersempena Hari Keselamatan Internet yang disambut bermula 6 Februari lalu. Menerusi program Blogathon, orang ramai & organisasi yang menyertainya akan menghantar seberapa banyak blog dengan membincangkan isu-isu tertentu. Tajuk blog pada tahun ini memfokuskan tentang Antara-Budaya (Cross-Culture) & peluang yang ditawarkan oleh Internet dalam perkara berkenaan. Sesebuah blog yang dihantar akan dibuka untuk sebarang pendapat, komen & perbincangan. Dianggarkan lebih daripada 40 negara seluruh dunia akan menyertai Blogathon. Penyertaan tidak dihadkan kepada individu semata-mata. Syarikat seperti Panda Software misalnya turut tidak ketinggalan mengambil bahagian. Bukan itu sahaja, kira-kira 200 sekolah dari 25 negara juga secara tidak langsung menyertai Blogathon. Selain Blogathon, Insafe turut menyediakan informasi berguna yang boleh diakses oleh orang ramai. Ia adalah hasil tinjauan yang dilakukan terhadap generasi muda mengenai tahap serta bentuk penggunaan oleh mereka. Data yang dikumpul sejak 2 bulan lalu menerusi servis talian itu boleh didapati dengan mengunjungi laman web Insafe.

02 Mac 2007

'Shutdown Day' - Satu hari tanpa PC


Di sinilah cabarannya. Adakah anda berani untuk menutup (shutdown) komputer (PC) anda & tidak menyentuhnya dalam masa 24 jam?

Sesetengah daripada anda mungkin berkata, “Ya, saya boleh melakukannya. Saya masih boleh bernafas malahan membuang PC tersebut”. Tetapi mungkin salah seorang daripada anda akan berkata dengan segera, “Tidak! Saya tidak boleh hidup tanpa PC saya. Tolong biarkan kami hidup bersama…”

Apa-apa pun, di sini ada cabaran untuk sesiapa yang celik komputer, pencinta komputer atau sesiapa yang menggunakan komputer setiap hari dalam hidup mereka. Saya mencabar anda untuk menutup PC anda & jangan sesekali menyentuhnya atau menggunakan komputer dalam jangka masa 24 jam bermula pada 'Shutdown Day' (24 March 2007). Jika anda boleh jauhkan tangan anda daripada papan kekunci (keyboard) & tetikus (mouse), saya mengaku anda seorang yang hebat! :p

Muhd Izzuddin Shah: Saya tidak berfikir saya dapat menutup PC lebih daripada 8 jam.

01 Mac 2007

Kunci lesen (license key) Kaspersky percuma !!!

Dapatkan kunci lesen (license key) Kaspersky secara percuma untuk 3 bulan!

Untuk sesiapa yang menggunakan kunci lesen tidak sah (illegal license key) perisian anti virus Kaspersky, kini anda boleh mendapatkan kunci lesen sah Kaspersky selama 3 bulan. :)

Klik di sini... (jangan peduli dengan bahasa Jerman yang terpapar) & masukkan alamat e-mel anda ke dalam kekotak (box) & klik bebutang (button) di bawahnya. Selepas beberapa ketika, semak peti masuk (inbox) e-mel anda & anda akan dapat kunci lesen Kaspersky yang sah selama 3 bulan secara percuma!



Pernahkah anda mendengar mengenai perisian anti virus Nod32? Saya berpendapat ia lebih bagus & ringan daripada Kaspersky. Semak carta perbandingan. Nod32 hanya menggunakan 4% sumber sistem. Selain daripada itu, berdasarkan pengalaman, pengesanan Nod32 untuk serangan 'zero-day' adalah jauh lebih baik daripada sebarang produk anti virus yang lain. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...