15 Februari 2008

Virus 'goda' hari kekasih

Berhati-hati apabila menerima mesej sempena hari kekasih dalam e-mel anda tahun ini. Pengguna komputer diberi amaran supaya berwaspada dengan e-mel menggoda yang menjanjikan cinta abadi buat selama-lamanya tetapi ia sebenarnya membawa virus siber yang sama seperti penyakit jangkitan kelamin. Ulat jenis terbaru dalam Internet itu dikenali dengan nama 'Storm', yang merosakkan puluhan juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakan pengguna tidak tahu komputer mereka dijangkiti & terus menghantar e-mel. Pakar keselamatan Internet cuba sedaya upaya membunuh Storm tetapi ia masih wujud & sentiasa berada satu tahap di depan. Storm diasaskan Januari tahun lalu dengan mesej biasa seperti berikut: "230 mati apabila ribut melanda Eropah". Apabila pengguna Internet klik pada fail yang dikepilkan (attachment) untuk membaca lebih lanjut, mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka membenarkan penjenayah siber menguasai komputer mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...