15 Februari 2008

Virus 'goda' hari kekasih

Berhati-hati apabila menerima mesej sempena hari kekasih dalam e-mel anda tahun ini. Pengguna komputer diberi amaran supaya berwaspada dengan e-mel menggoda yang menjanjikan cinta abadi buat selama-lamanya tetapi ia sebenarnya membawa virus siber yang sama seperti penyakit jangkitan kelamin. Ulat jenis terbaru dalam Internet itu dikenali dengan nama 'Storm', yang merosakkan puluhan juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakan pengguna tidak tahu komputer mereka dijangkiti & terus menghantar e-mel. Pakar keselamatan Internet cuba sedaya upaya membunuh Storm tetapi ia masih wujud & sentiasa berada satu tahap di depan. Storm diasaskan Januari tahun lalu dengan mesej biasa seperti berikut: "230 mati apabila ribut melanda Eropah". Apabila pengguna Internet klik pada fail yang dikepilkan (attachment) untuk membaca lebih lanjut, mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka membenarkan penjenayah siber menguasai komputer mereka.

Faktor perlu diambil kira apabila membeli rumah

Dalam membuat keputusan pembelian rumah, anda mempunyai 3 pilihan iaitu membeli rumah sekarang kerana anda sudah menjumpai rumah yang sesuai, menarik & menguntungkan atau anda menangguhkan pembelian sehingga berjumpa dengan rumah sedemikian atau anda menyewa rumah sepanjang hayat anda. Bagi membuat pilihan pertama & ke-2 anda perlu tahu kriteria dalam menentukan rumah yang hendak dibeli itu sesuai, menarik & menguntungkan.

Pertama, anda perlu mencari lokasi, keluasan, susun atur, bilangan bilik, kemasan & ciri rumah yang sesuai dengan keperluan, kehendak & kemampuan kewangan anda. Jangan lupa mengambil kira keperluan sekarang & juga keperluan tambahan apabila bilangan anak bertambah.

Ke-2 ialah mencari rumah yang harga tawarannya menarik. Anda perlu membandingkan harga tawaran dengan harga pasaran untuk rumah seumpama itu di kawasan berkenaan. Anda boleh mengira berapakah luas rumah itu & mengira kos jualan bagi setiap kaki persegi. Kos jualan berdasarkan RM/kaki persegi boleh digunakan sebagai perbandingan dengan kos projek lain. Kos juga boleh dipecahkan kepada kos binaan & kos tanah berdasarkan keluasan binaan & keluasan tanah untuk unit berkaitan.

Ke-3 ialah menilai ciri kelebihan & kekurangan yang ada pada rumah berkenaan. Lokasi strategik berdekatan pusat bandar, kawasan perindustrian, sekolah, pasar, kejiranan rendah kadar jenayah, jalan raya tidak sesak & seumpamanya sudah tentu faktor positif yang menarik. Pada peringkat lebih mikro, rumah tepi, berhadapan dengan taman, menghadap matahari naik & memiliki pemandangan depan rumah yang menarik adalah antara faktor tambahan menjadi tarikan. Reka bentuk, susun atur & kemasan rumah yang baik akan menyumbang kepada keselesaan & memberi impak besar kepada suasana di dalam rumah. Spesifikasi alatan, kemasan lantai & sebagainya akan menentukan hayat ketahanan dan boleh menjadikan selenggaraan lebih mudah & murah.

Dari sudut ekonomi & pelaburan pula, keuntungan daripada pembelian sesebuah rumah diperoleh dari kenaikan nilai rumah & kenaikan sewa. Jika tempat itu strategik seperti berdekatan universiti, kolej, hospital, pejabat kerajaan, kawasan industri, & sebagainya, pertumbuhan ekonominya yang pesat menjadikan nilai rumah cepat meningkat. Jika sewa bulanan tinggi, ia boleh digunakan untuk membayar sebahagian dari ansuran pinjaman, sementara kenaikan nilai rumah hanya akan diperoleh apabila rumah itu dijual. Umumnya pembelian rumah boleh menjadi satu bentuk pelaburan yang baik kepada pasangan muda kerana duit sewaan bulanan akan bertukar sebagai bayaran ansuran pinjaman rumah & akhirnya rumah itu menjadi milik mereka. Insurans hartanah (MRTA) yang dibeli bersama pula boleh membantu melangsaikan hutang jika peminjam meinggal dunia & pewaris sudah bersedia dengan sebuah rumah untuk kediaman mereka. Jika anda mahu membeli rumah daipada pemaju perumahan, anda juga perlu sedar bahawa pemaju yang lemah boleh menyebabkan projek tidak siap atau rumah yang disiapkan tidak berkualiti. Anda dicadangkan meneliti latar belakang rekod pemaju dengan melihat rekod projek mereka yang lalu.

Kucing bawa penyakit

Ramai tidak menyedari bahawa kucing peliharaan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Ada jenis penyakit dikenali sebagai 'cat scratch disease'. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa melalui air liur kucing. Doktor dan penyelidik berpendapat bahawa kucing berkemungkinan mendapat bakteria daripada kutu biarpun tiada sebarang bukti menunjukkan kesahihannya. Lazimnya, kucing akan mendapat bakteria apabila ia menjilat-jilat bulunya. Mata anda juga tidak terlepas daripada mengalami jangkitan bakteria jika anda gemar mencium kucing.


Rawatan

  • Kesan gigitan atau cakaran kucing sukar disembuhkan.
  • Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas digigit atau dicakar kucing.
  • Sakit & bengkak pada kelenjar untuk tempoh 2 atau 3 minggu.
  • Sakit sendi dan tulang.
  • Kesakitan pada abdomen (tanpa demam, muntah & cirit-birit).
  • Terlalu letih untuk tempoh 2 atau 3 minggu.

Kaedah berkesan merancang kerjaya masa depan

Anda tentu kecewa apabila permohonan pekerjaan anda ditolak. Hal ini mungkin berpunca daripada surat iringan serta resume yang dihantar tidak menarik perhatian majikan ataupun permohonan tidak memenuhi syarat seperti yang dikehendaki. Hal ini sering terjadi apabila anda tidak meneliti iklan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati sehingga berlaku kesilapan. Mungkin juga kelulusan akademik anda tidak melayakkan anda memohon jawatan berkenaan serta pelbagai perkara lain berkaitan seperti kemahiran atau pengalaman.

Anda tidak boleh mengharapkan majikan untuk berbuat demikian untuk anda. Jika suatu ketika dahulu, ibu bapa menentukan kerjaya anak mereka, lain pula halnya dengan hari ini. Ibu bapa bersikap liberal & memberi peluang kepada anak menentukan karier mereka sendiri. Sebagai ibu bapa mereka seharusnya memberikan pandangan, bimbingan & maklumat tentang kerjaya dan masa depan mereka. Perancangan teliti penting untuk menentukan kerjaya seseorang. Kita perlu faham apakah kehendak organisasi, industri serta keperluan sumber tenaga pada masa depan. Situasi yang ideal boleh berlaku apabila pihak universiti mula bekerjasama dengan majikan dalam menentukan keperluan pekerjaan pada masa akan datang. Ini bagi mengelakkan keadaan ketidakseimbangan dalam permintaan & pengeluaran pekerjaan.

Salah satu cara merancang kerjaya anda ialah dengan membuat satu garisan lurus & mulakan titik kerjaya seiringan dengan umur anda & gaji tahunan iaitu setelah anda mendapat ijazah. Buat andaian jangka hayat anda ialah 70 tahun. Anda sendiri boleh membuat perancangan seperti di atas sambil membincangkan masa depan & apa yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat itu. Matlamat yang jelas & teliti mampu membawa kejayaan. Tidak semua perancangan yang diatur lancar, kadangkala anda menghadapi perubahan atau dihantar ke tempat yang anda tidak jangkakan & sebagainya. yang penting petunjuk tersebut boleh membantu anda menghadapi segala rintangan dalam kerjaya anda.

Biodata Yasser Arafat

English: Yasser Arafat at 'From Peacemaking to...
English: Yasser Arafat at 'From Peacemaking to Peacebuilding' at the Annual Meeting 2001 of the World Economic Forum (Photo credit: Wikipedia)
Berikut adalah biodata peribadi Yasser Arafat, sekadar untuk pengetahuan bersama.

Nama asal: Muhammad Abd ar-Ra'uf al-Qudwa al-Husayni
Nama timangan: Abu Ammar
Tarikh lahir: 4 Ogos 1929 (ada yang mendakwa beliau dilahirkan pada 24 Ogos 1929)
Tempat lahir: Beliau mendakwa dilahirkan di Baitulmaqdis tetapi kelahirannya didaftarkan di Kaherah, Mesir.
Bilangan dalam keluarga: Anak ke-5 atau ke-6 (berlaku percanggahan pendapat)
Pendidikan: Universiti Raja Fuad I (kemudian dinamakan Universiti Kaherah) & mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada 1956.
Pengalaman dalam tentera: Leftenan kedua dalam pasukan tentera Mesir ketika krisis Perang Suez.
Jawatan: Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) & Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Anugerah: Pemenang bersama Anugerah Nobel.


Enhanced by Zemanta

Anda masih boleh mengurangkan bil elektrik

Terdapat ramai pengguna yang menggunakan elektrik lebih 30% daripada apa yang mereka perlukan. Lebih banyak yang digunakan, lebih banyak yang perlu anda bayar. Oleh itu, cara yang termudah untuk mengurangkan bil elektrik adalah dengan mengamalkan penggunaan elektrik secara efisien. Pengguna tidak perlu mengubah cara hidup & tahap keselesaan. Anda boleh menjimatkan elektrik dengan menutup suis peralatan & perkakas elektrik jika tidak digunakan. Gunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga & menjimatkan elektrik. Sila layari http://www.tnb.com.my/ untuk panduan selanjutnya.

-Gunakan mentol yang jimat tenaga.
-Tutup suis lampu & peralatan elektrik jika tidak digunakan.
-Gunakan mesin basuh dengan sepenuh muatan tanpa melebihi had.
-Ubahkan suhu penghawa dingin ke tahap yang selesa (25ºC atau 26ºC)

Kurangkan bil elektrik dengan menjadi pengguna yang efisien.

09 Februari 2008

Membersih & mengemaskini fail komputer

Kali ini, anda akan diketengahkan antara langkah yang perlu dilaksanakan bagi membersih dan mengemaskini fail dalam sistem komputer peribadi (PC) bagi memastikan operasi aplikasi komputer atau Windows (program) dapat berjalan dengan cekap, lancar serta cepat. Ia membabitkan aktiviti mengemaskini fail yang tidak diperlukan di dalam ruangan cakera PC pemilik. Pada peringkat awal, antara langkah yang perlu dilakukan ialah membuang fail tidak diperlukan ke dalam Recycle Bin, diikuti membuang fail sementara, pembersihan cakera dan diakhiri dengan proses penyusunan fail di dalam cakera keras (menerusi aplikasi Disk Defragmenter).

Apabila fail yang tidak diperlukan sudah dibuang daripada cakera keras, ia (fail) akan dihantar ke Recycle Bin dan ditempatkan ke destinasi simpanan sementara bagi membolehkan pemilik komputer mengenalpasti sama ada fail itu perlu dihapuskan atau untuk ditempatkan semula ke lokasi asalnya. Jika masih ada fail yang diperlukan, ia boleh ditempatkan semula ke lokasi asal dengan memilih Restore pada fail itu. Apabila fail itu tidak diperlukan, klik di sebelah kanan tetikus dan kosongkan Recycle Bin menerusi pilihan Empty Recycle Bin. Saranan kepada pemilik PC ialah proses itu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan kecekapan operasi komputer. Fail sementara yang ditinggalkan selepas penggunaan program, boleh dibuang daripada segmen Temporary Internet Files dengan memilih butang 'delete files' daripada ruangan Tools, disusuli pemilihan ruangan Internet Options. Kemudian, kita boleh meneruskan proses pembersihan cakera yang akan membuang komponen Windows, program dan fail sementara yang tidak diperlukan dengan pergi ke menu Start yang diikuti klik pada Programs, Accessories, System Tools dan pilih Disk Cleanup.

Selepas fail yang tidak diperlukan dihapuskan, adalah disarankan untuk menyusun semula struktur sistem fail yang berselerak di dalam cakera keras bagi memastikan aktiviti pencarian program dapat dilakukan dengan lebih lancar dan mudah pada masa depan. Ini membabitkan membuka menu Start, diikuti dengan Programs, Accessories, System Tools dan klik Disk Defragmenter. Proses ini mungkin memakan masa sehingga beberapa jam bergantung kepada kaedah proses penyusunan semula itu dilaksanakan, di samping memerlukan ruangan kosong PC sebanyak 15%.

Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah

Pembiayaan bagi membolehkan orang ramai menjelaskan pelbagai perbelanjaan pendidikan seperti yuran pengajian, kos sara hidup & membeli buku.

Konsep: Bai Al-Inah

Kelayakan:

-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas hingga 60 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
-Pemohon mempunyai hubungan kekeluargaan atau penjaga yang sah.
-Pelajar yang bekerja & berpendapatan tetap boleh memohon sendiri.

Had pembiayaan: Maksimum RM50,000

Tempoh pembiayaan: Maksimum 10 tahun (tidak termasuk tempoh tangguhan).

Jenis kursus yang dibiayai:

-Sepenuh masa/separuh masa & pos.
-Dalam & luar negeri.
-Profesional, akademik, teknikal & vokasional.

Tahap pengajian:

-Doktor Falsafah
-Ijazah & ijazah lanjutan
-Diploma
-Sijil kemahiran

Penjamin:

-Jika pemohon kakitangan kerajaan, pelajar disyaratkan sebagai penjamin.
-Jika pelajar kakitangan kerajaan (bekerja), tanpa penjamin.
-Jika pemohon kakitangan swasta, seorang penjamin berkelayakan bersama pelajar.
-Jika pelajar kakitangan swasta, seorang penjamin berkelayakan.

Kos yang dibiaya: Yuran pendaftaran masuk, peperiksaan, makmal, syarahan, kos sara hidup, buku dan peralatan, penempatan, pakaian, & tiket kapal terbang (luar negeri sahaja).

Deposit sekuriti: Bersamaan 3 bulan ansuran

Takaful: Pilihan pelanggan

Keputusan peperiksaan: Pelajar dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan setiap semester kepada bank.

Setiap pelaburan ada risiko

Apabila membuat pelaburan, ada yang berasa bimbang wang dilaburkan itu lesap ataupun tidak mendapat keuntungan seperti yang diharapkan. Itu memang tidak dinafikan kerana sudah menjadi adat pelaburan, ada yang memberikan pulangan menarik & ada juga yang rugi. Kerugian ini yang menakutkan banyak pihak & mereka lebih rela meletakkan wang mereka dalam akaun simpanan biasa meskipun mengetahui pulangannya tidak seberapa. Banyak pertanyaan mengenai risiko pelaburan khususnya bagi yang berminat untuk melabur dalam saham amanah. Diandaikan pelaburan ini umpama membuka restoran. Sebelum dapat mengaut pulangan, pemilik restoran berkenaan pastinya perlu mengeluarkan wang dulu untuk menyediakan segala kelengkapan seperti menyewa bangunan bersesuaian, menyediakan dapur & peralatan memasak, pinggan mangkuk, tukang masak, pelayan, & bahan-bahan masakan.

Kebiasaannya, dalam tempoh 6 bulan ataupun tahun pertama masih lagi belum pulang modal. Jika restoran itu unik & menyajikan makanan yang sedap mungkin kurang daripada 2 atau 3 tahun, pemiliknya sudah boleh tersenyum kerana sudah mendapat semula modal pelaburan, tetapi bagi yang baru mula berjinak-jinak & kurang pengalaman berniaga mungkin mengambil masa lebih lama. Begitu jugalah sekiranya anda melabur dalam saham amanah. Risikonya memang ada, namum ia adalah jenis risiko yang boleh diurus. Risiko boleh diurus ini bermaksud pengurus dana akan mengambil segala langkah perlu bagi mengurangkan risiko pelaburan & caranya adalah dengan mengagihkan pelaburan itu dalam beberapa portfolio. Portfolio pelaburan ini termasuklah bon, bil perbendaharaan kerajaan, simpanan tetap, gugusan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau luar negara.

Pemilihan pelaburan dalam syarikat ini akan ditentukan oleh pengurus dana profesional yang akan membuat kajian teliti mengenai sesebuah syarikat yang ingin dilaburkan. Ia bukan dibuat sembarangan. Hanya syarikat yang kukuh & berpotensi saja menjadi pilihan. Kepelbagaian pelaburan dalam amanah saham ini menjadikan ia pilihan pelaburan digemari ramai terutama bagi masyarakat luar negara. Di Amerika Syarikat (US) saja industri saham amanahnya menguasai lebih 40% pasaran modal negara berkenaan, India 30% manakala Malaysia baru saja berkembang dan menguasai hanya kira-kira 14%. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pelaburan saham ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang risiko jika pelabur mempunyai masa. Masa adalah faktor utama yang menentukan pelaburan itu berisiko atau tidak. Ia akan menjadi berisiko apabila pelabur tidak mempunyai masa kerana pelaburan dalam saham amanah ini adalah untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya mempunyai masa antara 3-5 tahun.

Tidak dinafikan ada pelaburan dalam saham amanah ini tidak membuahkan hasil yang dijangkakan. Sehubungan itu, sebelum membuat pelaburan, harus dibuat kajian & penyelidikan terlebih dahulu. Sebaiknya dapatkan maklumat lanjut berkenaan sesuatu jenis dana yang ingin dilaburkan. Jangan mudah terpedaya dengan slogan tertentu kerana secara umumnya mana-mana institusi pengurusan dana di negara ini menawarkan mempunyai kelebihan & keistimewaannya sendiri. Sebagai pelabur, anda perlu membuat pilihan bijak. Umumnya industri pelaburan saham amanah di negara ini mampu memberikan pulangan antara 10-15% setahun. Seandainya anda melabur RM100,000 dalam tempoh 5 tahun, ada dana yang mampu memberikan pulangan lebih 100%! Bagaimanapun, pemilihan dana ini bergantung pada faktor usia & profil risiko yang mampu ditangani pelabur berkenaan.

Setiap pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Ada yang agak konservatif & kebiasaannya dana yang ditawarkan untuk mereka juga adalah dana konservatif (berisiko rendah). Sementara yang sederhana akan ditawarkan dana seimbang, manakala yang sukakan cabaran akan ditawarkan dana agresif. Namun perlu diingat, tahap risiko pelaburan dana amanah ini berkait rapat dengan pulangan pelaburan. Lebih tinggi risikonya lebih tinggi pula pulangannya. Bagi perunding kewangan berpengalaman, mereka akan merangka beberapa strategi pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan pelabur. Justeru, sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda pelu bijak memilih institusi pengurusan dana serta perkhidmatan nilai tambah (add-ons) yang ditawarkan & profesionalisme rundingannya. Pastikan wang anda itu berada dalam tangan yang terbaik.

Penghawa dingin kereta perlu diperiksa & diservis dengan kerap

Bilakah penghawa dingin (air-cond) kereta perlu diservis & apakah kesan sampingan jika ia tidak pernah diservis?

Seperti penyelenggaraan berkala kenderaan, penghawa dingin kenderaan juga mempunyai jadual penyelenggaraan tertentu mengikut spesifikasi kenderaan yang ditetapkan oleh pengilang. Ia bertujuan untuk memastikan keselesaan & kesihatan pemandu serta penumpang. Sama seperti kereta penumpang biasa jadual penyelengaraan yang disarankan adalah setiap 18 bulan atau 20,000 ke 30,000 kilometer perjalanan. Tujuan penyelenggaraan ini adalah untuk memastikan supaya sistem penghawa dingin ini sentiasa beroperasi dengan baik & sempurna, di samping itu juga penyelenggaraan ini adalah penting untuk memastikan kesihatan pemandu serta penumpang. Penghawa dingin yang kotor akan menghasilkan habuk serta bakteria yang tidak sihat & ini akan mendatangkan kesan kepada pesakit yang menghidapi asma terutamanya pada kanak-kanak serta mereka yang telah berusia.

Kadangkala ia juga merbahaya kepada mereka yang sensitif atau alah pada habuk yang akan menyebabkan kegatalan pada kulit terutamanya pada bahagian muka. Pada mereka yang menghidap resdung kemungkinan diserang selesema adalah tinggi. Penghawa dingin kenderaan akan cepat menjadi kotor jika dibandingkan dengan penghawa dingin di rumah atau pejabat kerana keluasan dalaman kenderaan yang terhad serta komponen penyejukan yang hampir dengan alas lantai. Habuk serta kotoran yang ringan akan disedut terus dari pelapik kaki & tempat duduk terus ke gelung penyejuk atau 'cooling coil' menerusi kipas (blower motor) ketika udara serta habuk ini melalui celah-celah cooling coil. Seterusnya habuk tersebut akan terlekat pada permukaan dinding serta liang cooling coil kerana permukaannya sememangnya berkeadaan lembap disebabkan aktiviti gas penghawa dingin yang berada dalam cooling coil tersebut.

Lama-kelamaan kotoran ini akan menghakis permukaan cooling coil & akan menyebabkan kebocoran gas penghawa dingin dalam kenderaan. Proses servis penghawa dingin ini akan melibatkan beberapa komponen penghawa dingin termasuk pembersihan kipas (blower motor fan), cooling coil, motor pemampat tekanan (air-cond compressor), dan juga penukaran pada injap gas (expansion valve) & penapis gas (receiver dryer). Kebanyakan pengguna melakukan kesilapan dengan beranggapan sistem penghawa dingin ini hanya perlu diservis apabila ia tidak sejuk lagi. Sebenarnya bila sistem penghawa dingin ini tidak sejuk lagi bermakna sudah ada komponen yang rosak atau bocor & ini tidak lagi boleh dianggap sebagai proses servis tetapi adalah proses pembaikan dan bila pembaikan dilakukan kosnya adalah lebih tinggi dari proses penyelenggaraan.

Oleh itu, anda perlu selalu mengikut atau meneliti jadual penyelenggaraan yang dinasihatkan. Paling penting ialah melakukan penyelenggaraan atau pembaikan di bengkel yang bertauliah serta diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan memastikan bengkel mereka memiliki sijil pengiktirafan. Gas penghawa dingin yang dibenarkan adalah dari jenis R134A. Lakukan pembersihan penghawa dingin dengan lebih kerap jika anda selalu menggunakan kenderaan ini dalam pemanduan di bandar & sentiasalah utamakan kesihatan dan keselamatan anda serta penumpang yang lain.

Pembiayaan Perumahan Rakyat

Kami bukan sekadar memberi harapan, kami menunaikan impian anda

Pembiayaan Perumahan Rakyat
Membantu anda memiliki rumah idaman

Ingin memiliki kediaman sendiri tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap? Tidak mempunyai penyata gaji? Kini dengan Pembiayaan Perumahan Rakyat daripada Bank Simpanan Nasional & Bank Islam, impian anda akan menjadi kenyataan. Pembiayaan yang diperkenalkan khusus untuk golongan seperti petani, nelayan & peniaga-peniaga kecil yang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri tetapi tidak bekelayakan untuk mendapat pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan. Dengan Pembiayaan Perumahan Rakyat, harapan kini menjadi kenyataan.


Kelayakan permohonan

-Pemohon tiada rekod pendapatan tetap.
-Pemohon berumur antara 18-60 tahun.
-Pembiayaan rumah pertama untuk kediaman sendiri sahaja.
-Pembiayaan hanya terhad keapda rumah kos rendah & sederhana.

Ciri-ciri pembiayaan

-Jumlah pembiayaan sehingga RM60,000*.
-Pembiayaan sehingga 100% pada Kadar Pembiayaan Asas (KPA/BLR) + 0%.
-Tempoh pembayaran sehingga 40 tahun.
-Pilihan pembiayaan berdasarkan konsep Syariah atau konvensional.

*Kelayakan permohonan & ciri-ciri pembiayaan adalah tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk merealisasikan impian anda, sila hubungi mana-mana cawangan bank berikut:

Bank Islam (BIMB)
Tel: 03-2690 0900
Laman web: http://www.bankislam.com.my/

Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Komuniti Anda
Tel: 03-2142 5258
Laman web: http://www.bsn.com.my/

05 Februari 2008

Menguruskan fail dalam komputer

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia teknologi maklumat (IT) pasti berdepan dengan pelbagai kekeliruan untuk mengendali & menguruskan kelengkapan digital yang begitu cepat kemajuannya. Menyedari hakikat itu, kita akan berkongsi pengetahuan dalam pengurusan & pengendalian kelengkapan IT, terutama komputer peribadi (PC) serta notebook secara lebih berkesan.

Kita akan berkongsi langkah merancang penyimpanan format fail atau storan dengan lebih efektif. Ini dapat membantu pemilik PC atau notebook menguruskan sistem komputer dengan lebih berkesan & mudah pada masa depan, seterusnya meningkatkan prestasi komputer. Bagi mengelakkan format fail atau dokumen yang disimpan di dalam komputer berselerak sehingga boleh mengakibatkan tahap prestasi komputer kurang cekap, pemilik disaran memperkenalkan folder (ruang simpanan) baru bagi setiap program yang hendak distorkan. Ia adalah mudah apabila pemilik komputer hanya perlu melayari cakera pemacu C: atau D: yang ditempatkan dalam 'My Computer' kerana kebiasaanya ia menempatkan 'Documents and Settings' dan 'Program Files' untuk pemacu C:.

Sebagai permulaan, ruangan simpanan yang baru itu pengguna hanya perlu klik sebelah kanan tetikus dalam C: disusuli dengan klik ruangan 'New' untuk folder baharu. Apabila folder baharu dipilih pengguna hanya perlu memberikan nama baharu bagi memudahkan ia diingati & menepati tujuan penggunaan tertentu. Folder baru itu boleh digunakan untuk menyimpan fail & dokumen sedia ada atau baru dalam ruangan yang mudah diperoleh dan lebih tersusun. Aktiviti menguruskan ruangan simpanan fail disarankan dilakukan setiap 2 bulan dan anda perlu membuang format fail yang tidak diperlukan kerana cakera yang mempunyai kapasiti simpanan dalam lingkungan 5% mudah terdedah kepada ralat.

Swasta minat ambil lepasan IKBN

Hari Karnival 44
Hari Karnival 44 (Photo credit: ewth2)
Lebih 75% pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mendapat peluang pekerjaan di sektor perindustrian & selebihnya memilih untuk bekerja sendiri dengan menceburi bidang keusahawanan mengikut kemahiran masing-masing. Mengikut kajian, pada tahun lepas lebih 74.8% lulusan IKBN bekerja di sektor swasta, 4.6% di sektor perkhidmatan awam & 17.7% bekerja sendiri dan selebihnya sektor lain. Sejak penubuhan Pusat Kemahiran Belia pada 1966 & kemudian ditukar kepada IKBN mulai 1996 sehingga Jun lalu, institusi berkenaan sudah melahirkan 60,859 pelatih di seluruh negara. Mengikut kajian itu juga, kursus yang paling popular yang mendapat tawaran di pasaran pekerjaan ialah jahitan, hospitaliti, automotif & elektrik. Hampir keseluruhan pelatih yang mengikuti kursus di IKBN adalah yang berkelulusan kurang cemerlang atau memuaskan dalam pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apa yang paling membanggakan, pelatih IKBN mendapat permintaan yang amat tinggi daripada pelbagai syarikat swasta terkemuka di seluruh negara. Malah, sebilangan besar sudah menempah mereka untuk bekerja di syarikat masing-masing, sebaik menamatkan latihan kemahiran di institut kemahiran itu. Ini menunjukkan pelajar yang dilatih di IKBN berkualiti. Pencapaian yang teruk dalam pelajaran tidak menyekat kemajuan seseorang itu untuk maju dalam kerjaya mereka.

IKBN menekankan aspek bina insan, kepimpinan, keusahawanan & jati diri sebagai bekalan mereka untuk menempuh alam pekerjaan. Mereka juga diajar supaya lebih cekal menghadapi cabaran & lebih berdisiplin sebaik menamatkan latihan di sini dengan hanya berbekalkan sijil di IKBN. IKBN mengutamakan kemahiran diri selain kelulusan dalam pelajaran. Semua kursus yang disediakan juga menyediakan pelajar kepada latihan kemahiran & vokasional dalam bidang tertentu mengikut minat masing-masing. Serentak itu, peranan Bahagian Kemahiran untuk menyediakan peluang kemahiran & melatih seramai mungkin belia dalam pelbagai bidang kemahiran melalui pelbagai pendekatan sama ada secara jangka panjang atau jangka pendek. Daripada 42 kursus yang disediakan, 5 kursus yang paling popular iaitu Teknologi Kejuruteraan - Kereta, Pendawaian Elektrik, Jahitan Pakaian Wanita, Penyediaan Makanan, & Teknologi Kimpalan. Kementerian Belia dan Sukan juga menyediakan peruntukan tertentu untuk memberi kelas malam kepada pelatih bagi meingkatkan pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan & kemahiran. Selain itu, IKBN menyediakan kursus jangka pendek & kursus hujung minggu dengan jumlah keseluruhannya, seramai 104,960 (kursus jangka pendek) & 3,152 (kursus hujung minggu). Bagi memenuhi pasaran global, IKBN juga melengkapkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta bahasa Inggreris.
Enhanced by Zemanta

Tips membeli kasut

-Lukis tapak kaki anda tanpa berkasut di atas sekeping kertas & gunting.
-Masukkan guntingan kertas itu ke dalam kasut yang ingin anda beli.
-Perlu ada ruang 1sm antara hujung kertas dengan ruang belakang kasut.
-Kelebaran kasut yang bersesuaian dengan tapak kaki perlu diambil kira.
-Sentiasa membeli kasut dari kedai yang mempunyai banyak pilihan seperti Bata.
-Pastikan anda dilayani petugas yang berkelayakan.
-Dapatkan ukuran kaki yang tepat setiap kali anda membeli kasut.
-Perlu mencuba kedua-dua belah kasut & berjalan seketika untuk memastikan keselesaan.
-Jika anda terasa kaki mengembang, datang kembali pada lain hari.
-Pakai stokin atau sarung kaki jika anda ingin memakai kasut dalam tempoh lama.
-Beli kasut yang sesuai dengan kaki bukan sekadar mengikut imaginasi anda.

Perkahwinan misyar

Sejarah perkahwinan misyar

-Dikatakan mula wujud & dilaksanakan di tanah Arab pada tahun 1825.
-Perkahwinan seumpama itu banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi & berpendapatan lumayan di negara Arab Saudi serta beberapa nagara Teluk.
-Bermaksud suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit & pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin isteri.
-Boleh jika mendapat keizinan daripada pihak perempuan yang perlu dibuat secara bertulis bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sokong perkahwinan misyar diamalkan

-Tidak seharusnya timbul persoalan mengenai penghinaan terhadap wanita kerana mereka sudah memberikan keizinan.
-Sesuai untuk wanita yang berharta.
-Bagi mengatasi masalah wanita yang belum lagi mendirikan rumah tangga.
-Mampu mengurangkan masalah berkaitan dengan kegiatan maksiat yang wujud dalam masyarakat.

Tidak sokong perkahwinan misyar diamalkan

-Tidak bersesuaian dengan corak kehidupan masyarakat di Malaysia.
-Dianggap menghina wanita kerana tujuan perkahwinan misyar hanya untuk menghalalkan hubungan seksual.
-Suami terlepas dari tanggungjawabnya sebagai ketua rumah kerana tidak perlu bayar nafkah zahir kepada isteri & anak.
-Kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian yang dibuat antara wali & si lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri yang sudah ditentukan syarak.
-Dianggap lebih teruk daripada mutaah iaitu perkahwinan yang mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan memandangkan perkahwinan misyar tiada tempoh ditetapkan.
-Jika si suami merasakan hendak meninggalkan isterinya maka dia boleh berbuat demikian. Si suami juga mempunyai kuasa dalam menentukan berapa lama dia hendak hidup bersama wanita yang dikahwininya.
-Perkahwinan itu juga mungkin memberi peluang kepada pihak lelaki untuk bertukar-tukar pasangan kerana mereka boleh berkahwin & meninggalkan isterinya pada bila-bila masa saja.
-Pelaksanaan perkahwinan ini akan menambahkan lagi masalah perceraian di negara ini & berlakunya pertambahan dari segi bilangan ibu tunggal.

Jenis-jenis bahan bacaan

Surat khabar
Memaparkan pelbagai isu semasa yang berlaku di dalam & luar negara.

Motivasi
Mempunyai kelompok pembaca tersendiri. Buku motivasi kebanyakannya menyelitkan tips serta arah tuju yang patut diteladani serta memberi panduan untuk menjadi lebih baik.

Majalah
Terdapat banyak jenis majalah di pasaran seperti teknologi, resipi masakan, automotif, dekorasi rumah, sukan, fesyen, gaya hidup, hiburan & sebagainya. Pengaruh gambar serta maklumat yang ditampilkan sesebuah majalah mempengaruhi pembaca.

Ekonomi
Menjadi petunjuk kepada pasaran ekonomi semasa, selain analisis pergerakan pasaran ekonomi negara & dunia.

Komik
Mudah mendapat tempat di pasaran. Lambakan komik dengan pelbagai tema seperti aksi perang, dramatik, perlumbaan kereta, selain komik kanak-kanak menjadi teman penghibur pada waktu lapang.

Novel
Paling mendapat tempat di pasaran. Kebanyakan novel yang menjadi pilihan masyarakat berkisar mengenai kekeluargaan, motivasi, masalah sosial, tragedi, seram & percintaan.

Jimatkan penggunaan elektrik

Jimatkan penggunaan elektrik di rumah

-Tutup kipas apabila hendak meninggalkan bilik
-Gantikan kipas yang digunakan lebih 20 tahun. Kipas keluaran terbaru di pasaran lebih baik & menggunakan kuasa elektrik lebih rendah.
-Tutup televisyen & video di rumah apabila tidak mahu menonton. Ingat! Televisyen & video banyak menggunakan kuasa elektrik.
-Seterika elektrik menggunakan banyak tenaga elektrik. Anda sepatutnya cuba menguruskan masa, seperti menggosok pakaian sebanyak mungkin dalam satu masa. Setiap saat anda memanaskan seterika untuk menggosok akan membazirkan banyak tenaga.
-Jangan biarkan pendingin udara terpasang di bilik yang kosong atau semasa tidak digunakan. Tutup semua tingkap & pintu. Sesuaikan 'regulator' pendingin ke tahap sederhana atau rendah.
-Pastikan muatan pakaian yang cukup & tidak digunakan hanya untuk membasuh sehelai dua pakaian sahaja.
-Menggunakan periuk masak tekanan lebih menjimatkan elektrik, masa & tenaga berbanding dapur elektrik.

Menjimatkan penggunaan lampu

-Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat.
-Jika tidak inginkan cahaya terlalu terang di tempat tertentu, pilih mentol yang kurang kuasanya. Mentol 75 watt atau lampu kalimantang menggunakan 25% kurang tenaga elektrik berbanding dengan mentol 100 watt.
-Bilik berdinding warna gelap akan menyerap lebih banyak cahaya menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.
-Letakkan lampu di sudut bilik. Hal ini lebih berkesan kerana lampu akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
-Lampu kalimantang 4 kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama.
-Mentol mempunyai kuasa efisien lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang & lebih ekonomik pada jangka panjang.
-Tutup lampu apabila keluar bilik.
-Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu penjimat tenaga.

Elak panggil nama kepada insan lebih tua

Bahasa menunjukkan bangsa manakala pertuturan pula boleh menyerlahkan keperibadian seseorang. Namun, ada anak muda tidak menghormati orang lain terutama yang lebih tua & berkedudukan. Sesetengahnya sekadar memanggil nama atau 'hoi' saja sedangkan ada perkataan lain yang lebih manis & sopan seperti pak cik, pak haji, mak haji, cik puan, abang atau kakak. Apabila kita memanggil orang, kita menggunakan kata nama panggilan. Nama panggilan ada 3 jenis:

-Gelaran seperti datuk, datin, tuan, puan, encik, cik puan, & saudara.
-Kata ganti seperti kamu, engkau, awak, anda, hang, & sebagainya.
-Nama hubungan keluarga seperti bapa, emak, pak cik, mak cik, abang, kakak, & adik.

Kita menggunakan gelaran apabila bercakap dengan orang yang tarafnya tinggi & dengan orang yang belum biasa dengan kita. Penggunaan gelaran ini menunjukkan hubungan rasmi. Kita menggunakan kata ganti terhadap rakan setaraf atau yang lebih rendah. Penggunaan kata ganti ini menunjukkan hubungan biasa atau hubungan bertingkat. Kita menggunakan nama hubungan keluarga kepada ahli keluarga & orang yang rapat dan dianggap keluarga.

Hubungan mesra

Penggunaan hubungan keluarga menunjukkan hubungan mesra. Kini, nama hubungan keluarga sering digunakan oleh sesetengah orang dalam hubungan rasmi. Keadaan ini perlu dibetulkan. Menggunakan kata nama hubungan keluarga ditentukan oleh 2 faktor. Pertama, nama hubungan keluarga digunakan di kalangan keluarga. Kedua, penggunaannya ditentukan oleh usia orang yang bercakap, terutama antara kenalan biasa & bukan ahli keluarga. Kata nama hubungan keluarga seperti emak, ayah, abang, kakak, adik, datuk, nenek, pak cik, mak cik, & sebagainya itu adalah panggilan untuk ahli keluarga. Yang mengelirukan ialah dalam budaya Melayu, keluarga bukanlah sekadar ibu, bapa, abang, kakak, & adik.

Dalam masyarakat Melayu yang berkeluarga lebih besar, orang yang ada pertalian darah dianggap keluarga. Malah penduduk sekampung pun sering diiktiraf sebagai bersaudara. Syarat ini mengatasi faktor usia. Misalnya, adik perempuan kepada emak kita, walaupun lebih muda daripada kita, tetap dipanggil mak su. Amalan ini terbawa-bawa ke dalam konteks luar daripada keluarga & kampung. Hal ini menyebabkan orang Melayu memanggil siapa saja pak cik, mak cik, abang, kakak, & adik. Amalan menggunakan nama hubungan keluarga ini ada hadnya. Apabila digunakan kepada orang yang tidak layak dipanggil dengan nama hubungan keluarga, perbuatan ini boleh menjadi biadap.

Abang atau pak cik

Faktor usia pun perlu diambil kira dalam menggunakan nama hubungan keluarga, Katakanlah apabila Azman bercakap dengan Daud menggunakan panggilan abang. Jika Daud jauh lebih tua, Azman akan menggunakan panggilan pak cik & jika muda sedikit memanggil 'abang'. Tetapi jika Daud jauh lebih muda, Azman akan memanggilnya dengan nama peribadi, iaitu Daud saja. Begitu juga sebaliknya. Kata nama hubungan keluarga seperti ini digunakan apabila kita bercakap dengan orang yang ada hubungan keluarga saja, ataupun, antara orang yang kenal biasa. Sebagai contoh, Mahmud & Zaidin kenal biasa antara satu sama lain. Mereka mungkin orang sekampung, berjiran, menjadi anggota kumpulan yang sama & seumpama itu. Nama hubungan keluarga tidak boleh digunakan untuk orang yang tidak mempunyai hubungan keluarga. Sebagai contoh, jika mahmud seorang kerani pejabat & Zaidin adalah ketuanya, Mahmud tidak boleh memanggil Zaidin dengan kata hubungan keluarga. Perbuatan itu tidak sopan, kerana hubungan antara mereka adalah hubungan sekerja.

04 Februari 2008

Memanjangkan jangka hayat komputer peribadi

Penjagaan kelengkapan komputer secara konsisten mampu meningkatkan jangka hayat komputer peribadi (PC) pemilik, terutama bagi komponen dalaman produk seumpamanya. Kali ini kita akan berkongsi pengetahuan dalam penjagaan asas kelengkapan PC terutama daripada habuk yang boleh meningkatkan kepanasan komputer serta boleh memendekkan jangka hayat kelengkapan terbabit. Ia bukan saja mampu meningkatkan jangka hayat PC, malah menjimatkan kos penyelenggaraan bagi tujuan pembersihannya untuk tempoh jangka panjang.

Antara komponen asas utama kelengkapan PC yang perlu dijaga secara konsisten adalah 'casing' atau perumah, monitor, papan kekunci (keyboard) & tetikus (mouse). Untuk permulaan pengguna disarankan supaya tidak menempatkan 'casing' di atas lantai, sebaliknya menggunakan meja komputer yang dikhaskan untuk kelengkapan itu. Proses pembersihan itu boleh dilakukan dengan mencabut kabel penjana kuasa bagi sistem itu termasuk wayar penyambung yang lain. Apabila sudah dipastikan selamat, anda boleh membersihkannya dengan menggunakan sumber angin termampat bermula dari belakang casing komputer seterusnya ke bahagian depan.

Penekanan perlu diberikan dalam penjagaan kipas bekalan tenaga komputer itu. Selepas itu, lap secara perlahan casing anda dengan menggunakan kain lembap menerusi penggunaan cecair pembersih sebelum mengulangi proses itu dengan menggunakan kain kering. Pendekatan yang sama boleh digunakan dalam pembersihan papan kekunci & monitor pemilik. Pengguna disarankan untuk menutup papan kekunci dengan pelindung yang ditawarkan di pasaran terutama bagi mereka yang berada dalam persekitaran berhabuk. Bagi monitor komputer pula, pastikan bahagian cerminnya dilap dengan menggunakan kain lembut & cecair cermin yang boleh didapati di pasaran.

Tetikus yang turut dikenali antara komponen utama dalam kelengkapan PC boleh dibersihkan dengan mengeluarkan bebola di dalamnya selepas anda mencabut kabel sambungannya terlebih dahulu. Bebola yang sudah dibasuh itu perlu dikeringkan sebelum ia boleh ditempatkan semula di lokasi asalnya. Perlu diingat, bahagian dalaman tetikus yang menempatkan bebola itu perlu dibersihkan juga daripada habuk yang sering terperangkap di dalamnya. Langkah penjagaan konsisten itu perlu bagi mengelakkan komputer daripada cepat panas yang berpunca daripada habuk yang terperangkap. Kaedah itu boleh dilakukan dengan sendiri tanpa memerlukan pemilik PC menghantarnya ke kedai bagi tujuan pembersihan.

IPTS alternatif untuk pelajar gagal ke IPTA

Jumlah pelajar lepasan SPM meningkat saban tahun. Kementerian Pengajian Tinggi pernah mengumumkan penerimaan lebih 40,000 pelajar lepasan STPM memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Untuk lepasan SPM pula, lebih 26,000 pelajar dikatakan menerima tawaran menyambung pelajaran di IPTA. Selain IPTA, lepasan SPM juga akan ditawarkan tempat di politeknik dan kolej komuniti milik kerajaan yang boleh menampung kira-kira 20,000 tempat. Selain itu, pusat matrikulasi mungkin boleh menyerap dalam lingkungan 25,000 pelajar manakala IKBN/IKTBN sekitar 5,000 pelajar. Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang biasanya memperuntukkan setakat 5,000 tempat turut menawarkan program kepada lepasan PMR. Sehubungan itu, pusat latihan di bawah kelolaan Mara seperti IKM, Kolej Kemahiran Mara dan Pusat Giat Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak dapat menyerap lebih daripada 20,000 pelajar pada satu-satu masa. Tahun ini pusat itu hanya mampu mengambil sekitar 18,000 pelajar.

Kini, sudah tiba masanya pelajar lepasan SPM mengetuk pintu IPTS untuk melanjutkan pengajian. Ibu bapa yang anak mereka tidak mendapat tempat ke IPTA harus segera memilih IPTS sebagai alternatif terbaik untuk menyambung pengajian. Jangan terlalu bergantung kepada kerajaan bagi menyediakan tempat tambahan untuk anak kita belajar. Mereka perlu pembelaan. IPTS adalah tempat paling sesuai. Sesetengah ibu bapa tersalah tafsir kenyataan beberapa pemimpin mengenai berita 100,000 tempat lagi akan ditambah di UiTM dan kerajaan akan membuka lebih banyak kolej komuniti. Mereka menyangka tempat itu akan dapat disediakan dalam masa terdekat ini lalu menaruh harapan anak mereka akan diterima walaupun gagal mendapat tempat pada kemasukan Julai.

Kepada ibu bapa seperti ini, jangan membiarkan anak mereka menjadi penganggur selepas tamat SPM. Umur antara 19 hingga 25 tahun adalah tahap kritikal. Tempoh usia itu adalah masa untuk mereka belajar memperkaya dan memperkasakan modal insan. Mereka harus diajar berdikari melalui pendidikan pada peringkat universiti & kolej swasta. Masalah kekurangan tempat di IPTA bukan lagi perkara baru. Penubuhan IPTS dan pusat bertauliah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dibuat atas kesedaran dan tujuan yang murni. Namun, kemelut IPTS Bumiputera yang terpaksa gulung tikar dan pusat bertauliah MLVK yang ditarik balik pentauliahannya menjadikan ibu bapa & pelajar kurang yakin untuk masuk ke IPTS dan pusat bertauliah MLVK milik swasta. Di manakah silapnya?

Isu pusat bertauliah MLVK yang tidak bertanggugjawab ini sudah & sedang ditangani dengan rasional dan saksama oleh Kementerian Sumber Manusia. Pemimpin negara & pegawai kementerian berkenaan belum membuat kenyataan jitu dan dapat meyakinkan rakyat untuk segera memujuk pelajar lepasan SPM agar melanjutkan pelajaran ke IPTS & pusat bertauliah MLVK yang banyak masih kukuh dan bertanggungjawab. Dengan purata lebih 450,000 pelajar lepasan SPM yang akan keluar setiap tahun dan IPTA pula hanya boleh menyerap tidak sampai separuh daripada jumlah itu, kini sudah sampai masanya pemimpin menyedarkan ibu bapa & pelajar supaya menerima IPTS dan pusat bertauliah MLVK sebagai alternatif terbaik untuk meningkatkan ilmu & kemahiran anak bangsa.

Ramai berpendapat, bagi membela nasib lepasan SPM yang tercicir terutama Bumiputera, ada baiknya kerajaan mempertimbang semula cadangan IPTS Bumiputera mengambil alih peranan menawarkan program Diploma UiTM di IPTS ini. Dengan ruang & peluang yang akan diwujudkan kelak, UiTM boleh mengambil lebih ramai pelajar untuk program sarjana muda atau pasca sarjana sekaligus meringankan beban kerajaan untuk menampung & membiayai pendidikan tinggi anak dengan subsidi yang keterlaluan. Dengan cara ini, IPTS akan dapat memainkan peranan secara lebih berkesan sejajar objektif penubuhannya yang sebenarnya didorong oleh kerajaan sendiri bagi menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan bertaraf global & pada masa sama meruntun permasalahan kekurangan tempat belajar di IPTA.

Sebenarnya kewujudan IPTS itu sendiri tidak membebankan dana kerajaan. Kerajaan hanya perlu berlaku adil dengan menyumbangkan sedikit peruntukan tambahan kepada Mara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah ada rungutan & laporan betapa IPTS dikenakan yuran terlalu mahal untuk mendapat akreditasi LAN (kini MQA) sedangkan LAN sendiri lebih banyak menyusahkan operasi sesetengah IPTS yang ternyata tidak disukai. Keciciran pelajar Bumiputera juga sekaligus dapat diatasi jika semua pihak menyokong IPTS Bumiputera. Ada pula yang berpendapat usaha menambah tempat lepasan SPM untuk memasuki Tingkatan 6 bukan jalan penyelesaian terbaik. Pemegang STPM sejak dulu terpaksa bersaing dengan pelajar lulusan pusat matrikulasi, asasi sains & pemegang diploma untuk mengejar tempat di IPTA. Setidak-tidaknya dengan diploma yang diperoleh dari IPTS mereka sudah boleh masuk ke pasaran pekerjaan sebelum melanjutkan pelajaran, jika mereka mahu.

Graduan disaran tidak terlalu memilih kerja

Faktor sikap adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan setiap graduan dalam usaha mendapatkan pekerjaan yang kini cabarannya semakin sengit. Sikap yang dimaksudkan itu termasuk tidak memilih pekerjaan, cara berpakaian, tingkah laku, kesungguhan, yakin diri & berdikari. Graduan perlu rajin berusaha & tidak terlalu berharap mendapat pekerjaan dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebaik saja mereka keluar universiti. Ada graduan yang tidak malas menghadiri temu duga hanya kerana pekerjaan yang dimohon memerlukan mereka bekerja syif atau bekerja di luar kawasan & ada pula kerana kerja dimohon bertaraf kerja kontrak & tidak sesuai dengan jiwa mereka. Mereka sepatutnya menghadiri temu duga dulu & mendapatkan maklumat mengenai kerja itu & jika memang benar-benar tidak sesuai, barulah menolak tawaran pekerjaan itu. Jika terus tidak menghadiri temu duga bagaimanakah mereka boleh mengetahui tanggungjawab yang bakal dipikul.

Graduan boleh mendaftar sebagai pencari pekerjaan di Agensi Pekerjaan Intelek Sdn. Bhd. (Intelek) yang ditubuhkan pada 1999 & mendapat sambutan mengalakkan dan sehingga kini sudah membantu banyak majikan & pencari pekerjaan. Untuk mendaftar sebagai pencari pekerjaan di Intelek, orang ramai boleh melayari laman web Intelek di http://www.intelek.com.my/ untuk mendaftar secara online dan kemudian datang terus ke pejabat Intelek untuk mendapatkan sesi rundingan temu duga. Bagi yang tiada kemudahan Internet mereka boleh datang ke pejabat Intelek untuk mendaftar kerana perkhidmatan ini percuma. Perunding di Intelek akan memberi cadangan jenis pekerjaan yang sesuai untuk graduan & biasanya mereka akan menyenaraikan pilihan kerja sebelum dihantar kepada majikan yang berdaftar dengan Intelek.

Semua pemohon akan ditemu duga oleh perunding syarikat ini bagi memastikan hanya mereka yang layak dan sesuai saja sebelum dicadangkan kepada majikan yang memerlukan. Peluang mendapatkan pekerjaan memang luas kerana banyak majikan menawarkan pelbagai pekerjaan daripada peringkat rendah seperti perkeranian kepada jawatan tertinggi. Paling penting ialah penguasaan bahasa Inggeris yang mana ramai graduan kurang mahir. Namun, pihaknya akan mencarikan mereka pekerjaan bersesuaian yang tidak memerlukan kemahiran tersebut. Apabila ada pekerjaan yang ditawarkan bersesuaian dengan pilihan dan kelayakan pemohon, mereka akan dihubungi untuk menghadiri temu duga. Intelek mempunyai 2 cawangan iaitu di Wisma MCA, Jln Ampang & Seksyen 20, Shah Alam, Selangor dan boleh dihubungi di talian 03-2161 2121 & 03-5542 8133 atau e-mel enquiry@intelek.com.my

3 pilihan maksimum kedudukan kewangan

Tidak dapat dinafikan bahawa mendapat kenaikan gaji adalah impian semua orang. Dengan lebihan wang, macam-macam boleh direalisasikan, naik taraf telefon bimbit kepada 3G atau menukar satu set tayar baharu untuk kereta & sebagainya. Lazimnya begitulah gaya hidup yang dilalui sesetengah daripada kita. Mendapat kenaikan gaji bermakna memberi laluan atau tiket untuk berbelanja lebih. Lantas, daripada memulihkan kedudukan kewangan, kenaikan gaji sebaliknya boleh memudaratkan seandainya kita gagal mengawal gelora hidup mewah atau berbelanja tidak berhemat. Bagaimanapun, berkat perancangan teliti & teratur serta usaha penuh kesedaran untuk mengawal kewangan, kita boleh mencapai kedua-duanya sekali, mendapat kenaikan gaji & merangsang kedudukan kewangan kita. Selepas berjaya memperolehi kenaikan gaji, bagaimana pula untuk mengurus lebihan wang yang ada di tangan?

Justeru itu, anda ditawarkan beberapa tip untuk menguruskan lebihan wang dengan bijak, seperti terkandung dalam buku panduan ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah) mengenai Kewangan Perseorangan. Hakikatnya, apabila ada lebihan wang, sewajarnya kita bijak menetapkan keutamaan terutama ke manakah lebihan wang itu harus disalurkan. Misalnya, melunaskan hutang adalah satu usaha atau idea yang baik, manakala keputusan untuk menggunakan lebihan wang itu untuk membuat pengubahsuaian rumah pula adalah tidak wajar. Kesilapan paling teruk yang mungkin sesetengah daripada kita lakukan adalah meningkatkan kos hidup kita dengan membuat pinjaman kereta yang lebih tinggi, makan di luar dengan lebih kerap atau bergaya dengan pakaian berjenama, misalnya. Sebaliknya, ada 3 pilihan yang kita boleh pilih untuk memaksimumkan kedudukan kewangan kita.

Pilihan pertama - kita boleh mengatur kenaikan gaji itu dengan cara di mana ia digunakan untuk membiayai perbelanjaan tetap kita. Perbelanjaan tetap merangkumi, antaranya ialah gadai janji atau cagar, sewa beli yang tinggi, perbelanjaan seisi rumah & makanan asas. Melalui cara ini, kita boleh memenuhi kewajipan kewangan bulanan kita dengan baik & pada masa sama menikmati gaya hidup lebih baik. Peruntukan itu hendaklah diseimbangkan dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk setiap barangan. Ia mungkin agak suakr untuk sesetengah orang, jadi cara paling baik ialah menggunakan perisian kewangan seperti Quicken atau Microsoft Money yang mudah diperoleh di pasaran. Pilihan ini bagaimanapun tidak boleh memulihkan kedudukan kewangan kita.

Pilihan kedua - menggunakan lebihan wang itu ke arah satu matlamat saja seperti melunaskan hutang kad kredit. Dengan cara ini, kita boleh memendekkan tempoh untuk menjelaskan hutang & pada masa sama menjimatkan wang daripada membayar kadar faedahnya tinggi. Selepas matlamat ini dipenuhi, kita mungkin boleh digunakan wang untuk membiayai perbelanjaan tetap lain, seperti dijelaskan dalam pilihan pertama.

Pilihan ketiga - memperuntukkan lebihan wang itu untuk memulihkan rekod keseluruhan kedudukan kewangan kita. Kita boleh mulakan dengan melunaskan semua hutang sedia ada, dan yang pertama dalam senarai pastinya kad kredit berikutan kadar faedahnya yang tinggi. Ia disusuli dengan bayaran pinjaman kereta atau gadai janji, misalnya. Selepas selesai melunaskan semua hutang itu, kita boleh kemudiannya menggunakan wang itu untuk melabur lebih dalam amanah saham atau meningkatkan tabungan atau simpanan bulanan.

Denggi

Tanda serangan denggi

-Demam kuat secara mengejut & berterusan.
-Ruam pada kulit.
-Sakit tulang, otot, sendi, biji mata, & telinga.
-Hilang selera makan.
-Muntah-muntah.
-Sakit perut.
-Pendarahan pada badan, hidung & mulut.

Langkah kawal denggi

-Sistem pemantauan.
-Semburan asap.
-Pemeriksaan premis untuk mencari & memusnahkan jentik-jentik.
-Menggalakkan penggunaan abate.
-Mengedarkan risalah & pemberitahuan mengenai langkah pengawalan pembiakan nyamuk aedes.
-Meminta kerjasama pengetua & guru besar bagi menggerakkan pelajar bersama memeriksa halaman & dalam rumah.

Palestin


  • Palestin pernah menjadi sebahagian Empayar Usmaniah (1517-1917). Turki yang menjadi sekutu Jerman pada Perang Dunia Pertama (WW1) terpaksa menyerahkan Palestin kepada Britain. Pada 1917, Britain menerusi Deklarasi Balfour mengumumkan Palestin menjadi tanah air rakyat Yahudi. Pada 1921, Perdana Menteri Britain ketika itu, Winston Churchill membentuk Jordan. Pada 1947, Britain 'menyerahkan' konflik Israel-Palestin untuk ditangani Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB - UN). PBB kemudian memecahkan kawasan dengan kawasan asli Palestin meliputi Tebing Barat, sebahagian kawasan timur Baitulmaqdis, Semenanjung Gaza (West Bank), Semenanjung Sinai & Bukit Golan pada Perang 1967 (Perang 6 Hari) berjaya menewaskan tentera Mesir (Egypt), Syria serta Jordan.
  • 94 negara mengiktiraf Pihak Berkuasa Palestin (PA) & menganugerahkan status diplomatik kepada diplomat Palestin. Negara itu termasuk Afrika Selatan (South Africa), Algeria, China, Pakistan, Turki, Indonesia, India, & Greece. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pula mendapat status pemerhati di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1964 (Resolusi 3237). Status itu dikaji semula Julai 1998 & hak itu diberikan kepada Palestin, Ia dibenarkan menyertai debat umum setiap Perhimpunan Agung PBB.
  • Palestin, Iraq & 'Transjordan' (Jordan) dijajah British (Britain) selepas Perang Dunia Ke-2 (WW2) manakala Lubnan serta Syria dikuasai Perancis (France). Kebanyakan negara itu mudah mencapai kemerdekaan. Malangnya, nasib Palestin terus terumbang-ambing kerana tekanan Israel & Amerika Syarikat (US).
  • Kerajaan pertama Palestin diisytihar pada September 1948 di Gaza sebagai usaha Liga Arab untuk menyekat pengaruh Jordan ke atas isu Palestin. Bekas mufti Baitulmaqdis, Amin al-Husseini dilantik Presiden pertama. Pada 1 Oktober tahun yang sama, Baitulmaqdis diumumkan ibu kota Palestin. Kerajaan ini diiktiraf Mesir, Syria, Lubnan, Iraq, Arab Saudi (Saudi Arabia) & Yaman (Yemen). Malangnya, Jordan & kuasa dunia enggan mengiktiraf kewujudan negara itu. Pada 1959, Presiden Mesir, Gamal Abdul Naser membatalkan kewujudan Palestin.
  • Bekas Perdana Menteri Israel, Golda Meir (1969-1974) pernah menegaskan betapa tidak wujud istilah negara Palestin. Daripada 1948 hingga 1967, Gaza diduduki Mesir manakala Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis dikuasai Jordan. 2 kawasan itu dirampas Israel pada Perang 1967 (Perang 6 Hari).
  • Ringkasan penyelidikan ekonomi dilakukan Thomas R Stauffer membuktikan kerajaan Amerika menyalurkan AS$3 trilion (RM11.31 trilion) bagi membantu Israel pada 2002. Hasil kajian Stauffer itu disiarkan dalam The Washington Report mengenai Hal Ehwal Timur Tengah edisi Jun 2003.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...