23 Ogos 2010

Kad digital MOL PayPal Visa

Selepas kad MOL Freedom Mastercard, kini MOL dengan kerjasama PayPal telah mengeluarkan satu lagi kad yang memberi tambah nilai kepada pengguna terutamanya peminat permainan dan pembeli dalam talian. Kad digital MOL PayPal yang boleh didapati sejak bulan lepas adalah satu berita baik kepada komuniti Internet dan permainan. Kad digital ini yang diisukan oleh Kumpulan EON Bank mempunyai banyak kelebihan tersendiri selain kemudahan tambah nilai melalui ATM atau dalam talian atau membeli di outlet-outlet seperti 7-Eleven. Kad ini boleh jadi alternatif untuk membeli belah di Internet, tidak lagi perlukan kad kredit atau kad debit.

Berikut adalah ciri-ciri dan kelebihannya:
  • Yuran keahlian RM15.00.
  • Tiada yuran bulanan.
  • Yuran tahunan pertama dikecualikan. Pembaharuan yuran tahun berikutnya akan dikecualikan jika pemegang kad menggunakan minima 12 kali sepanjang 12 bulan seterusnya.
  • Boleh dimohon oleh sesiapa sahaja, warganegara atau bukan warganegara.
  • Boleh memohon lebih daripada satu kad digital.
  • Tiada baki minima kad diperlukan.
  • Pengeluaran tunai di semua ATM Kumpulan EON Bank (percuma, perlu memohon PIN) atau ATM dengan logo PLUS/Cirrus.
  • Yuran tambah nilai di Kumpulan EON Bank adalah percuma.
  • Kemudahan  menyemak baki kad dan sejarah transaksi menerusi perkhidmatan perbankan Internet EON atau talian khidmat pelanggan EON.
  • Arahan pembayaran untuk memindah dana dari Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Kumpulan EON Bank ke kad digital MOL PayPal.
  • Menyokong transaksi pembayaran secara dalam talian 3-D Secure.
  • Tambahan 5% MOLPoints akan diberi semasa membuat pembelian secara online di laman web MOL.
  • Kad ini boleh digunakan untuk membayar di tempat beli-belah yang menerima transaksi VISA.
  • Menikmati transaksi luar biasa dari peniaga PayPal seluruh dunia.
  • Lebih mudah berbelanja dengan PayPal.
  • 24 jam khidmat pelanggan.

Syarat-syarat memohon kad digital MOL PayPal:
  • Berumur 18-70 tahun.
  • Memiliki nombor kad pengenalan atau pasport.
  • Pemohon memiliki kedua-dua akaun MOL dan PayPal (perlu ada alamat e-mel)

30 Mei 2010

Nokia E75

Inilah telefon milikku sejak akhir tahun lepas. Sepanjang 5 bulan menggunakannya macam-macam fungsi yang dah digunakan. Ada yang selalu guna, ada yang jarang-jarang guna. Walaupun harganya agak mahal tapi berbaloi beli berdasarkan ciri-ciri tersedia di dalamnya. Biasalah ada juga kekurangannya jika dibandingkan dengan telefon lain.

Berikut adalah spesifikasi umum telefon pintar ini:

Nokia E75

OS: Symbian OS 9.3 FP2, S60 Edisi Ke-3
Frekuensi: Quad-band EGSM 850/900/1800/1900, WCDMA 900/1900/2100 HSDPA
Rangkaian data: GPRS, EDGE, WCDMA, HSDPA, WLAN, TCP/IP

Skrin: 2.4"
Resolusi: 320 x 240 pixels (QVGA), sehingga 16 juta warna
Berat: 139g
Memori dalaman: 50 MB
Kad luaran: MicroSDHC 4GB, sokongan sehingga 16 GB

Kamera: 3.2 mp (2048 x 1536 piksel), zum digital 8x, autofokus
Panggilan video: Sehingga 640 x 480 piksel (VGA), 30 fps

Sambungan: Bluetooth 2.0 dengan EDR, cetakan USB PictBridge, menyokong MTP (Multimedia Transfer Protocol), sokongan SyncML synchronization/iSync/ActiveSync

Pemain audio: Penyambung 3.5 mm AV, sokong format .mp3/.wma/.aac/AAC+/eAAC+

Aplikasi: Java MIDP 2.1, Flash Lite 3.0, chat & pemesejan segera, Quickoffice, kamus, PDF Viewer, ZIP Manager, File Manager, Nokia Maps, N-Gage

Papan kekunci: Keypad numerik dan QWERTY penuh slaid-tepi
E-mel: Menyokong IMAP4, Mail for Exchange, POP3
Navigasi: A-GPS diintegrasi, aplikasi Nokia Maps

Bateri: BL-4U 1000 mAh Li-Ion
Aksesori: microUSB extra power DC-11

24 Februari 2010

Manusia empat mata

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga cermin mata baharu. Setelah menunggu beberapa hari untuk disiapkan, dapat juga dipakai di mukaku. Jadilah manusia empat mata wakaka...

Apabila bingkai cermin mata lama patah, baru la tersedar akan kepentingan menjaganya. Tapi biasa la mula-mula bukan main jaga, lama-lama macam tak berapa kisah sangat. Cermin mata baharuku agak menarik, ramai member kata lawa, stailo. Dengan bingkai separuh, warna kelabu dilapisi besi, "wow nampak mahal", ada seorang kawan tu kata. Siap ada apa entah kat tepi, boleh tolak-tolak. Sekurang-kurangnya dapat la yang cantik dan terang. Bila cek rupanya power makin naik maklum la cermin lama tu lebih 5 tahun berjasa kepadaku. Cuma beberapa kali tukar bingkai sebab patah. Huh!

12 Februari 2010

KL Symbian Stammtisch

Symbian Stammtisch adalah satu perjumpaan tidak rasmi untuk mereka yang berminat dan ingin menjadi sebahagian komuniti Symbian. Terdapat beberapa topik berkaitan Symbian yang akan dibincangkan ketika itu. Setiap hasil perbincangan akan dihantar kepada pihak Symbian Foundation. Jika idea anda bernas mungkin akan diambil tindakan susulan agar Symbian itu sendiri dapat dimantapkan lagi. Antara tujuan perjumpaan ini ialah mendapatkan maklum balas & juga idea daripada pembangun, pengguna dan dapat menyelesaikan masalah-masalah bersama-sama sebagai satu komuniti.

Perkataan 'Stammtisch' berasal daripada Jerman. Maksudnya lebih kurang seperti perenggan di atas. Kebiasaannya berlangsung di kota London. Buat julung kalinya, ia telah diadakan di luar London iaitu di kota Kuala Lumpur disusuli dengan beberapa bandar lain di dunia.

Bla... bla... bla...

Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga rasanya tak kemaskini blog ku ini. Jadi, ini posting pertama utk tahun 2010. Wow lama gak offline, tak update. Kali ini aku nak gebang pasal acara terbaru yang aku sertai di bandar KL iaitu KL Symbian Stammtisch. Macamana mau sebut terpulang la korang ye... Acara itu dah berlaku kelmarin, tapi saja nak heboh kat sini. Lihat artikel seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...