31 Ogos 2012

Google Doodle: Merdeka 55


Merdeka!

Itulah laungan keramat yang dilaungkan oleh Perdana Menteri negara yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Bak yang kecil hinggalah dewasa semua mengerti maksud perkataan ini. Tahun ini genaplah 55 tahun negara Malaysia bebas daripada penjajahan British yang mana merupakan penjajah terakhir bertapak di muka bumi bertuah ni. Syukurlah negara masih lagi dalam keadaan makmur sejahtera, tiada bencana besar berlaku seperti taufan atau gempa bumi yang melanda beberapa negara baru-baru ini. Sambutan tahun 2012 ini diadakan di Dataran Merdeka pada awal pagi dan bersambung pula di Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu malamnya.

Google Doodle

Seperti tahun lepas juga, pihak Google juga tidak ketinggalan meraikan sambutan hari kemerdekaan ini secara tidak langsung menerusi enjin carian utamanya. Perkataan Google yang biasa tertera di tengah telah digantikan dengan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Jika klik pada bunga tersebut akan dipaparkan hasil carian berdasarkan tema kemerdekaan. Ini adalah sebahagian projek Google Doodle yang mengubah perkataan Google asal kepada tema-tema tertentu mengikut negara. Secara tidak langsung menjadikan laman utama Google ini kelihatan menarik dan berwarna-warni seperti perkataan Google itu sendiri. Senarai koleksi Doodle yang lepas boleh dilihat di pautan http://www.google.com/doodles 

30 Ogos 2012

Nuffnang: Status Glitterati

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama sertai Nuffnang ni, akhirnya dapat juga status VIP. Apa dia? Status Glitterati laa... Dengan mendapat status ini, peluang seterusnya untuk mendapatkan pendapatan dari iklan dengan lebih tinggi adalah cerah. Pada bulan raya ni la dapat status idaman semua blogger yang sertai Nuffnang. Beberapa hari lepas, log masuk akaun Nuffnang seperti biasa, tahu-tahu di sudut atas kanan tertera Glitterati. Yahoo!

Apa itu Glitterati?

Kalau tak tahu Nuffnang tu apa tak payah baca. Kalau dah tau sila teruskan...

Glitterati merujuk kepada 'keahlian eksklusif' ahli blogger Nuffnang yang mana blog mereka telah menepati syarat yang dikehendaki iaitu:
"TIADA iklan dari rangkaian syarikat iklan dari Asia Tenggara (SEA), menyebut mengenainya, atau ada pautan (link) kepadanya. Juga TIADA iklan dari rangkaian syarikat lain yang mana Nuffnang rasakan sebagai pesaing dalam blog ahli."
Itu syarat utama. Ahli biasa akan bertukar ke status ini secara automatik asalkan patuh kepada syarat di atas tadi. Status Glitterati juga boleh hilang jika langgar syarat ini. Katakan tetiba status ditarik balik, boleh hubungi mereka untuk tanya sebab. Sebab yang biasa terjadi adalah artikel yang ada pautan iklan lain, cuba cek balik lagi-lagi kalau salin dari laman web orang lain.

Jika bersih dari iklan syarikat lain, korang akan jadi ahli kelab secara automatik dalam tempoh seminggu tetapi kalau ingkar laju je korang kena buang dalam tempoh 4 hari je... Kelebihan menjadi ahli komuniti Glitterai Nuffnang ni? Nak tau? Kena baca artikel seterusnya. Jumpa lagi... :)

29 Ogos 2012

Tawaran dari MAS sempena Merdeka 55!

Sila baca jika anda kaki terbang... eh bukan, yang selalu naik kapal terbang la... Sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55, syarikat penerbangan ulung negara iaitu Malaysian Airlines (MAS) menawarkan harga istimewa RMxx55 untuk SEMUA penerbangan ke beberapa destinasi seperti yang tertera di laman webnya.


Tawaran adalah terhad sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 tahun yang mana tawaran telah pun bermula dan berakhir 31 Ogos 2012. Pembeli bolehlah tempah sekarang sehingga hujung bulan Ogos 2012. Tiket yang boleh didapati adalah untuk penerbangan dari tarikh 2 September sehingga 7 November 2012 asalkan menempah tiket dalam tempoh promosi. Hanya pilih destinasi yang diingini dan kelas penerbangan sama ada kelas perniagaan atau ekonomi.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MAS atau klik pautan di bawah:


Ingat! Tawaran berakhir 31 Ogos 2012.

28 Ogos 2012

FIFA Soccer 13 bakal muncul di pasaran!


Dah tengok video di atas? Itu sebahagian dari pratonton edisi seterusnya untuk siri francais FIFA keluaran studio Electronic Arts (EA) di Kanada. Kelihatannya beberapa perubahan enjin permainannya yang bakal mengubah revolusi kepintaran buatan (AI) serta beberapa penambahbaikan dari edisi terdahulu. Inovasi yang diketengahkan termasuk:-
  • Kawalan penguasaan bola.
  • Lebih kebebasan dan kreativiti semasa menyerang.
  • Enjin impak pemain lebih baik.
  • Sentuhan pertama yang lebih menarik.
  • Skil gelecek lebih sempurna.
  • Sepakan percuma taktikal.
  • Pemain mampu menyerang dengan pintar.


Berikut beberapa screenshot menarik dari permainan tersebut:

El Clásico: Real Madrid vs Barcelona

Ibrahimovic bukan sudah pindah kelab?

Man. City sama hebat dengan Arsenal

Dijangka permainan ini berada di pasaran mulai 25 September 2012 menurut laman web rasminya. FIFA Soccer 13 terdapat dalam beberapa platform permainan iaitu:
  • Nintendo 3DS
  • PC
  • PC Download
  • PlayStation 2
  • PlayStation 3
  • PlayStation Portable
  • Wii
  • Xbox 360

Kepada peminat salah satu permainan popular EA Sports ini, anda pasti tidak sabar menunggu bukan? Ikuti perkembangan terkini di laman web: http://www.ea.com/fifa-soccer-13 

27 Ogos 2012

Tukar ke Astro E-Billing dan menang iPad!

Tengok tajuk di atas apa kaitannya antara kedua-duanya? Adakah Astro ada 'share' dengan Apple?

Ia berkaitan kempen terbaharu dari Astro yang mana mereka ingin memberi ganjaran kepada pelanggan mereka yang membantu menyelamatkan pokok-pokok! Bagaimana tu? Teruskan membaca...

Daftarlah perkhidmatan eBilling terbaharu mereka - anda boleh menghentikan penggunaan mel tradisional iaitu penggunaan kertas selama ini dan anda akan selesa dengan sistem e-rekod bil anda ini. Akses kepada rekod anda adalah percuma dan anda boleh membantu memulihara alam sekitar juga! Dengan e-bil terbaharu Astro, pengalaman pembayaran bil anda adalah lebih selesa dan mudah.

Apa lagi? Anda juga berpeluang memenangi iPad. Mereka memberikan 150 iPad baharu kepada pendaftar baharu - yang mana 5 iPad akan diberikan setiap hari! Jadi, jangan berlengah lagi dan daftarlah hari ini.

Tempoh peraduan Daftar Astro e-Billing Dan Menang iPad: 16 Ogos - 14 September 2012.


Panduan membuat pendaftaran ke Astro e-Billing:-

Langkah 1:
Daftar masuk ke www.astro.com.my untuk menyambungkan akaun Astro anda secara dalam talian.

Langkah 2:
Isikan maklumat anda di bahagian ‘ Register Here ’ dan klik “Register”.

Langkah 3:
Pilih pilihan e-Billing yang anda mahukan sama ada Web atau e-mel.
Enhanced by Zemanta

24 Ogos 2012

Lagu Raya 3

Salam sejahtera dan masih dalam mood raya bukan? Ketika artikel + lagu ini diterbitkan, hari raya sudah memasuki hari ke-6 untuk tahun 2012. Ramai orang kelihatan ke sana ke mari menziarahi saudara-mara dan rakan dengan berpakaian baju melayu dan baju kurung yang secara tidak langsung memeriahkan suasana raya dengan warna warni pakaian mereka. Lirik kali ini menggambarkan keadaan hari raya tersebut, kerana lirik, muzik, penyanyi dan suasana memang sepadan bila dinyanyikan bersama. Kalau tak pandai menyanyi pun dengar jelah yer...



Satu Hari Di Hari Raya - M. Nasir

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

23 Ogos 2012

Easy oleh RHB - Perbankan mudah dan pantas

Easy oleh RHB adalah suatu konsep baharu dalam perbankan yang memberikan penyelesaian perbankan inovatif kepada pelanggan mereka. 



Pengalaman perbankan pantas dan mudah Easy di praktikkan menerusi pembukaan akaun tanpa kertas, dan pengesahan terus untuk pinjaman yang menjadikan Easy unik. Apa yang anda perlukan hanyalah MyKad, itu sahaja!

Di Easy, pinjaman anda akan diluluskan dalam masa 10 minit atau anda boleh juga buka akaun simpanan kad debit dengan segera, secara percuma! Anda boleh lakukan semua ini hanya dengan MyKad anda.

Easy oleh RHB ini direka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik yang anda perlukan dan mengikut keselesaan anda. 


Di Easy, anda akan mengalami yang berikut:

  • Pembukaan akaun segera siap.
  • Beberapa perkhidmatan yang ringkas dan mudah difahami untuk:
    1. Pembiayaan peribadi.
    2. Pelaburan.
    3. Simpanan.
    4. Insurans.
  • Pengalaman pelanggan yang memuaskan menerusi penggunaan teknologi.
  • Perbankan 7 hari dan dipanjangkan waktu bekerja untuk menambah keselesaan anda.
  • Kakitangan yang mesra pelanggan.

Sekiranya anda berminat bolehlah layari laman web Easy by RHB atau klik pautan di bawah:

21 Ogos 2012

Lakukan sesuatu yang mulia dan menang tablet!

Sudahkah anda membayar zakat? Pelajari tentang pembayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat #PPZ dan berpeluang memenangi  Samsung Galaxy Tab atau iPad yang baharu sempena Raya ini!

Jangan lepaskan peluang ini untuk beramal & meragut hadiah-hadiah menarik! Anda hanya perlu “Like” laman Facebook Pusat Pungutan Zakat, berikan komen yang positif dari 20 Julai hingga 20 Oktober 2012. Itu sahaja! Anda juga berpeluang memenangi hadiah saguhati setiap hari selama 3 bulan, tunggu apa lagi? Cepatlah bertindak sekarang!

Dengan hanya 2.5% daripada harta anda boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Bagaimana ingin sertai? Klik pautan di bawah atau terus ke laman Facebook Pusat Pungutan Zakat:

http://bit.ly/NAE0Eu


Maklumat syarikat

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ialah sebuah institusi zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang diberi tanggungjawab untuk mengutip zakat sahaja. Manakala semua urusan agihan zakat diuruskan oleh Baitulmal, MAIWP. Terdapat 9 cawangan PPZ (8 di Kuala Lumpur, 1 di Putrajaya & 1 di Labuan).

20 Ogos 2012

Lagu Raya 2

Hari ini hari raya kedua. Semalam tidak sempat terbitkan artikel kerana sibuk berhari raya. Waktu senggang ni cuba la tambah satu lagi lagu raya untuk dinyanyikan orang yang beraya sahaja ;p .Lagu nyanyian kumpulan Senario ni sesuai la untuk hari perayaan orang Islam yang muncul setahun sekali, sesiapa yang tengah bersedih tu tak perlu nyanyi ek... Jom hayati lirik di bawah:


Seminggu Berhari Raya - Senario

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

( korus )
Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

( ulang korus )

Raya ketujuh berihat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

( ulang korus )

18 Ogos 2012

Lagu Raya 1

Istimewa menjelang ketibaan bulan Syawal iaitu hari perayaan bagi umat Islam di Malaysia yang disambut selama sebulan bermula esok. Mari menyanyi lagu di bawah, sesuai dengan hari terakhir puasa Ramadhan pada tahun 2012 ini. Di kesempatan ini pemilik blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi melawat blog ini dan kepada yang mengikuti blog ini secara langsung atau tidak langsung. Jangan terlampau gembira, masih ada lagi yang berduka. Sekian... :)


Menjelang Hari Raya - D. J. Dave

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

( ulang dari mula )

17 Ogos 2012

Internet PERCUMA selama 30 hari?

Nikmati akses Internet PERCUMA selama 30 hari melalui DiGi Prepaid™ mudah alih anda! Semudah aktifkan DiGi® Easy Prepaid atau DiGi® Best Prepaid baharu anda & tambah nilai minimum RM30 di Pengedar Sah DiGi dalam tempoh 7 hari selepas pengaktifan.

Tempoh Promosi: Bermula 1 Ogos 2012

Bagaimana saya nak sertai?

Langkah 1
Aktifkan DiGi® Easy Prepaid atau DiGi® Best Prepaid baharu.

Langkah 2
Tambah nilai RM30 atau lebih dalam satu resit melalui Pengedar Sah DiGi berdekatan anda dalam tempoh 7 hari selepas pengaktifan.

Langkah 3
Selepas transaksi berjaya, Pengedar Sah DiGi akan mendaftarkan anda untuk akses Internet PERCUMA selama 30 hari.


Anda berminat? Terma dan syarat boleh di dapati di laman web DiGi atau klik pautan di bawah untuk keterangan lanjut:

http://bit.ly/OqaYG6

campaign image

15 Ogos 2012

Iklan Raya Astro – Kisah Aaron Aziz

 

Tontoni Kisah Raya Aaron Aziz pada zaman remajanya.

Kisah Raya Aaron Aziz mengimbau kembali kisah raya sewaktu remaja. Dan apabila sudah berkahwin dia dapat merasakan perubahan suasana raya ketika dia remaja dan sekarang.

Adakah ia jauh berbeza dengan kehidupannya yang sudah berumahtangga sekarang?

Raikanlah hari raya tahun ini dengan kisah raya Aaron Aziz!

Bagaimana dengan raya anda? #AstroRaya

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut atau layari laman web Youtube.

Info lanjut: http://bit.ly/PjQIdV

Iklan Raya Astro – Kisah PakNil



Ikuti kisah Raya Paknil (Aznil Haji Nawawi) mengimbau kembali zaman kanak-kanak bersama ayah kesayangannya. Tradisi ke masjid awal-awal pagi lagi menjadi pegangan Paknil sehingga kini, walaupun ayah Paknil sudah tiada.

Ingatilah dan raikanlah keluarga tersayang di Hari Raya ini. Tonton kisah raya Paknil. #AstroRaya

Semoga jalinan antara keluarga and rakan rakan sentiasa dikekalkan dan dieratkan.

Ingatilah dan raikanlah keluarga tersayang di Hari Raya ini.

Apakah Tradisi Raya Anda? Kongsikan dengan kami.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut atau layari laman web Youtube.

Info lanjut: http://bit.ly/NtJvok 

Iklan Raya Astro – Kisah Erra Fazira

Erra Fazira berkongsi tentang memori bersama-sama arwah ayahnya yang menyentuh hati.

Ikuti Kisah Raya Erra Fazira tentang dirinya yang terpaksa meneruskan kehidupannya tanpa seorang bapa sejak kecil lagi. Lihatlah bagaimana Erra Fazira menjadi teladan yang baik untuk menjadi lebih tabah.

Erra Fazira sentiasa teringatkan arwah ayahnya terutama ketika Hari Raya menjelang.

Bersyukurlah dapat berhari raya bersama-sama keluarga tersayang anda. Bagaimana dengan Erra Fazira pula?

Semoga hubungan anda bersama keluarga dan rakan-rakan sentiasa erat dan berpanjangan. Apakah Tradisi Raya Anda? Kongsikan dengan kami.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut atau layari laman web Youtube.

Info lanjut: http://bit.ly/RoecBw

14 Ogos 2012

Nak duit raya sebanyak RM 1,000?


 
Tambah duit raya anda sebanyak RM 1,000 sekarang!

Di sini ada cara mudah untuk mula mendapat duit raya sekarang - hanya layari Internet lebih lama!

Celcom First Data ingin memberikan RM 2,000 secara tunai kepada 2 pelanggan Celcom bertuah untuk sepanjang bulan Ramadhan!


Anda mahu? Hanya langgan tambahan kuota atau langgan sebarang plan Internet mudah alih/tetap, bermula sekarang sehingga 20 Ogos 2012.

Layari perjalanan anda untuk mendapatkan duit raya RM 1,000 sekarang! Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut atau layari laman web Celcom.

Info lanjut: http://bit.ly/Nv6rrI

p/s: Untung la pengguna Celcom :)

Samsung Galaxy S III terbaik!


Gambar: GSMArena.com

Sekarang sesuatu yang dijamin membuatkan anda menjadi tumpuan rakan-rakan anda - Samsung Galaxy SIII.

Telefon ini sangat pintar dan mudah digunakan. Bercakap kepadanya dengan S Voice (umpama fungsi Siri dalam iPhone), berkongsi perkara menarik dengan orang lain menerusi S Beam.

Dengan paparan 4.8” HD Super AMOLED, anda takkan dapat menutup mata apabila melihat Samsung Galaxy SIII ini!

Ciri Pop Up Play pada #GALAXYSIII membolehkan anda tonton video ketika hantar emel pada masa yang sama!

Ciri-ciri lain:

- Dibina dengan pemproses empat teras 1.4GHz menjadikan pengalaman pelbagai tugasan sangat mengagumkan!

- Kapasiti simpanan sebanyak 16GB & 32GB, dengan storan tambahan boleh dimuatkan menerusi kad microSD (menyokong sehingga 64GB).

Dapatkannya sekarang dari Samsung! Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut atau ke laman Facebook Samsung Mobile Malaysia.

Info lanjut: http://bit.ly/Oq9Y4E

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...