28 Ogos 2012

FIFA Soccer 13 bakal muncul di pasaran!


Dah tengok video di atas? Itu sebahagian dari pratonton edisi seterusnya untuk siri francais FIFA keluaran studio Electronic Arts (EA) di Kanada. Kelihatannya beberapa perubahan enjin permainannya yang bakal mengubah revolusi kepintaran buatan (AI) serta beberapa penambahbaikan dari edisi terdahulu. Inovasi yang diketengahkan termasuk:-
  • Kawalan penguasaan bola.
  • Lebih kebebasan dan kreativiti semasa menyerang.
  • Enjin impak pemain lebih baik.
  • Sentuhan pertama yang lebih menarik.
  • Skil gelecek lebih sempurna.
  • Sepakan percuma taktikal.
  • Pemain mampu menyerang dengan pintar.


Berikut beberapa screenshot menarik dari permainan tersebut:

El Clásico: Real Madrid vs Barcelona

Ibrahimovic bukan sudah pindah kelab?

Man. City sama hebat dengan Arsenal

Dijangka permainan ini berada di pasaran mulai 25 September 2012 menurut laman web rasminya. FIFA Soccer 13 terdapat dalam beberapa platform permainan iaitu:
  • Nintendo 3DS
  • PC
  • PC Download
  • PlayStation 2
  • PlayStation 3
  • PlayStation Portable
  • Wii
  • Xbox 360

Kepada peminat salah satu permainan popular EA Sports ini, anda pasti tidak sabar menunggu bukan? Ikuti perkembangan terkini di laman web: http://www.ea.com/fifa-soccer-13 

4 ulasan:

  1. waah tak sabar nak main ni. yg lama tu aku dah boring gila main tu

    BalasPadam
  2. sama la kita... rasa tak best lak FIFA 12 sebab yg realiti dh ada pemain transfer ke kelab2 lain. takpe sebulan lebih je nak keluar kilang.

    BalasPadam
  3. oh..
    nanti dloadkan kat komputer umah..
    ade 2 org bdk tk sbr nk men..
    abah pun nk join jgk..
    muahhahhahhahhaaaa..

    BalasPadam
  4. mane leh download, beli dvd laa...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...