18 Ogos 2012

Lagu Raya 1

Istimewa menjelang ketibaan bulan Syawal iaitu hari perayaan bagi umat Islam di Malaysia yang disambut selama sebulan bermula esok. Mari menyanyi lagu di bawah, sesuai dengan hari terakhir puasa Ramadhan pada tahun 2012 ini. Di kesempatan ini pemilik blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi melawat blog ini dan kepada yang mengikuti blog ini secara langsung atau tidak langsung. Jangan terlampau gembira, masih ada lagi yang berduka. Sekian... :)


Menjelang Hari Raya - D. J. Dave

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

( ulang dari mula )

1 ulasan:

  1. Sudah menjadi lumrah setiap hampirnya Hari Raya akan berkumandang lagu Raya.

    p/s: meletak password untuk komen agak menganggu. Apa yang boleh dicadangkan adalah set approval setiap komen oleh admin seperti yang dilakukan otai blogger Eyriqazz.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...