30 Ogos 2012

Nuffnang: Status Glitterati

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama sertai Nuffnang ni, akhirnya dapat juga status VIP. Apa dia? Status Glitterati laa... Dengan mendapat status ini, peluang seterusnya untuk mendapatkan pendapatan dari iklan dengan lebih tinggi adalah cerah. Pada bulan raya ni la dapat status idaman semua blogger yang sertai Nuffnang. Beberapa hari lepas, log masuk akaun Nuffnang seperti biasa, tahu-tahu di sudut atas kanan tertera Glitterati. Yahoo!

Apa itu Glitterati?

Kalau tak tahu Nuffnang tu apa tak payah baca. Kalau dah tau sila teruskan...

Glitterati merujuk kepada 'keahlian eksklusif' ahli blogger Nuffnang yang mana blog mereka telah menepati syarat yang dikehendaki iaitu:
"TIADA iklan dari rangkaian syarikat iklan dari Asia Tenggara (SEA), menyebut mengenainya, atau ada pautan (link) kepadanya. Juga TIADA iklan dari rangkaian syarikat lain yang mana Nuffnang rasakan sebagai pesaing dalam blog ahli."
Itu syarat utama. Ahli biasa akan bertukar ke status ini secara automatik asalkan patuh kepada syarat di atas tadi. Status Glitterati juga boleh hilang jika langgar syarat ini. Katakan tetiba status ditarik balik, boleh hubungi mereka untuk tanya sebab. Sebab yang biasa terjadi adalah artikel yang ada pautan iklan lain, cuba cek balik lagi-lagi kalau salin dari laman web orang lain.

Jika bersih dari iklan syarikat lain, korang akan jadi ahli kelab secara automatik dalam tempoh seminggu tetapi kalau ingkar laju je korang kena buang dalam tempoh 4 hari je... Kelebihan menjadi ahli komuniti Glitterai Nuffnang ni? Nak tau? Kena baca artikel seterusnya. Jumpa lagi... :)

3 ulasan:

  1. welcome bro nick. saya belum letak semua info lagi hehe...

    BalasPadam
  2. oh iya ka bro khairul? kenapa pulak? website nuffnang juga guna wordpress, just FYI ;-p

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...