29 Ogos 2012

Tawaran dari MAS sempena Merdeka 55!

Sila baca jika anda kaki terbang... eh bukan, yang selalu naik kapal terbang la... Sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55, syarikat penerbangan ulung negara iaitu Malaysian Airlines (MAS) menawarkan harga istimewa RMxx55 untuk SEMUA penerbangan ke beberapa destinasi seperti yang tertera di laman webnya.


Tawaran adalah terhad sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 tahun yang mana tawaran telah pun bermula dan berakhir 31 Ogos 2012. Pembeli bolehlah tempah sekarang sehingga hujung bulan Ogos 2012. Tiket yang boleh didapati adalah untuk penerbangan dari tarikh 2 September sehingga 7 November 2012 asalkan menempah tiket dalam tempoh promosi. Hanya pilih destinasi yang diingini dan kelas penerbangan sama ada kelas perniagaan atau ekonomi.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MAS atau klik pautan di bawah:


Ingat! Tawaran berakhir 31 Ogos 2012.

2 ulasan:

  1. masa untuk mengambil peluang...

    BalasPadam
  2. ya betul tapi dah agak lambat sebenarnya hehe...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...