31 Oktober 2012

Cara Pemanduan Wanita Bahaya?

Antara senario yang sering dilakukan oleh segelintir pemandu wanita:-

Menukar lorong secara teragak-agak

Mungkin disebabkan kurang keberanian atau keyakinan untuk menukar haluan ke lorong bersebelahan, membuatkan ada pemandu wanita teragak-agak untuk berbuat demikian. Perkara ini boleh membuatkan pemandu di belakang mungkin tidak dapat mengagak apa yang anda ingin lakukan, sama ada mahu kekal di lorong asal atau beralih ke lorong lain. Untuk mengelakkan salah faham berlaku di jalan raya, pastikan anda menggunakan signal sebagai tanda anda ingin menukar lorong. Selepas memastikan tiada kenderaan lain di lorong berkenaan (jangan lupa untuk selalu melihat keadaan jalan melalui cermin pandang belakang dan cermin sisi) dan selamat, barulah anda menukar haluan.

English: A woman driving a white Ford Taurus w...
English: A woman driving a white Ford Taurus westbound into the setting Sun on East Geer Street in Durham, North Carolina. (Photo credit: Wikipedia)
Leka sewaktu berhenti di lampu isyarat

Ada segelintir pemandu wanita yang mengambil kesempatan untuk bersolek atau sekadar membetul-betulkan tudung rambut sewaktu berhenti di lampu isyarat. Perbuatan ini ada kalanya melekakan. Lantas apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau, anda ‘tidak’ peka dengannya. Maka kenderaan belakang akan membunyikan hon, barulah anda menyedari dan tergesa-gesa untuk meneruskan pemanduan. Semasa memandu, kita harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Biarpun berhenti di persimpangan lampu isyarat dan terasa seperti agak lama ia mahu bertukar ke warna hijau, namun anda harus bersedia. Elakkan daripada melakukan perkara yang membuatkan anda mudah terleka.

woman talking on cellphone driving SUV who spe...
(Photo credit: Sidereal)
Keluar simpang secara mendadak atau melulu

Sudahlah tidak memberikan signal, keluar simpang secara mendadak atau melulu memang boleh membahayakan anda sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin ada berasa yakin, tiada kenderaan lain ketika itu.Tetapi ada kalanya anda kurang ‘perasaan’ kemungkinan besar terdapatnya kenderaan lain terutamanya motosikal. Oleh ltu, pastikan anda berhenti seketika di simpang berkenaan (jika tiada lampu isyarat), tengok kiri, kanan dan hadapan. Jika selamat, barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Tetapi ingat, pastikan anda menggunakan signal untuk membelok.

Memandu agak perlahan di lorong kanan

lni merupakan antara satu kesilapan yang nyata iaitu memandu agak perlahan di lorong kanan. Umum mengetahui, lorong kanan untuk pemandu yang memandu laju. Jadi usah berada di lorong berkenaan, jika anda memandu perlahan. Beri laluan kepada pengguna jalan raya yang lain untuk menggunakan lorong kanan. Dan anda beralihlah ke lorong kini. la lebih selamat dan tidak menyusahkan orang lain.

Kurang berkeyakinan ketika melalui bulatan

Teragak-agak atau kurang berani untuk meneruskan perjalanan ketika rnelalui bulatan antara salah satu kelemahan segelintir pemandu wanita. Memang anda patut berhati-hati tetapi jika anda mengambil masa yang lama untuk rnelepasi bulatan tersebut, ia akan mengundang rasa tidak puas hati pemandu di belakang. 
My girl driving my compact
My girl driving my compact (Photo credit: endii 33)

Jarang menggunakan signal

Rasanya ini bukan tabiat segelintir pemandu wanita tetapi juga melibatkan kaum lelaki. Tahukah anda, tidak memberikan isyarat untuk membelok, memotong atau pun apa jua keadaan yang perlu menggunakan signal, ia bukan saja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain tetapi juga boleh membahayakan pemanduan anda. Jadi, disiplinkan diri anda menggunakan signal di dalam pemanduan!

Masalah parkir kenderaan

Perkara yang ada kalanya menyulitkan keadaan ialah memparkirkan kenderaan. Terutamanya yang melibatkan petak parkir sisi atau ‘side parking'. Namun ada juga segelintir pemandu wanita yang memarkir kenderaan di petak biasa tetapi terlajak memasuki petak di sebelah. Ada iuga yang parkir secara mengundur dah terlanggar tembok, dinding atau apa-apa objek di belakang. ltu perkara normal. Tetapi tidak semua pemandu wanita begitu bukan?
From English Wikipedia. Girl pretendnig to dri...
From English Wikipedia. Girl pretendnig to drive a toy car. (Photo credit: Wikipedia)

-BH 

30 Oktober 2012

Carian Popular (Kata Kunci Resepi)

Berikut kata kunci popular untuk carian resepi:
Nasi Lemak
Nasi Lemak (Photo credit: hey tiffany!)

  • resepi
  • my resepi
  • myresipi
  • resepi kek
  • my resipi
  • resepi ayam
  • macaroni cheese
  • resepi puding
  • nasi ayam
  • ayam bakar
  • resepi kuih gunting
  • ayam penyet
  • karipap
  • bakso
  • resepi kek coklat
  • resepi cake cawan moist
  • resepi tart blueberry
  • kek pisang
  • cara buat
  • resepi ayam percik
  • ikan bakar
  • nasi briyani
  • nasi lemak
  • kuih raya
  • bubur kacang hijau
  • yam recipe
  • resepi mee kari
  • Home made macaroni and cheese, with some dried...
    Home made macaroni and cheese, with some dried herbs and grounded pepper. (Photo credit: Wikipedia)
    Bahasa Melayu: Bubur kacang hijau bersama durian.
    Bahasa Melayu: Bubur kacang hijau bersama durian. (Photo credit: Wikipedia)


Chicken rice baked in a banana leaf
Chicken rice baked in a banana leaf (Photo credit: Wikipedia)

29 Oktober 2012

Bahaya Terpercik Air Liur

Adakah anda mengalami batuk berterusan melebihi dua minggu diikuti demam serta berpeluh pada sebelah petang dan malam, susut berat badan, hilang selera makan dan mudah letih?

Jika ya, anda mungkin dijangkiti penyakit tibi. Mereka yang mengalami simptom di atas dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan lanjut dengan membuat ujian kahak di klinik atau hospital. Tindakan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anda malah dapat mengelak penyakit itu daripada merebak dan menjangkiti orang tersayang.

Batuk sebenarnya sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. “Ia cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara. Justeru seseorang perlu berjumpa doktor jika batuk berpanjangan melebihi tiga minggu sehingga sesak nafas, mengalami kesakitan teruk atau pengsan. Anda perlu risau jika batuk anda semakin teruk sehingga membawa kepada masalah lain seperti muntah darah dan sukar tidur malam. Jika masalah itu berlaku, anda bukan lagi mengalami batuk biasa sebaliknya mungkin menghidap tibi.

air liur
Air liur
Tibi atau nama saintifiknya Mycobacterium tuberculosis berpunca daripada kuman yang merebak melalui udara hasil titisan oleh penghidap penyakit tibi aktif. Tibi boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti selsema. Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam. Bakteria tibi boleh masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru. “Bayangkan seseorang itu boleh dijangkiti apabila penghidap tibi yang batuk, bersin, ketawa atau bercakap terpercik air liur. Orang ramai dinasihatkan menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

Malangnya tidak ramai mengikut saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan. Lebih menakutkan, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa individu itu menyedari yang dia ialah pembawa kuman. Dalam keadaan ini, dia bukan pesakit tetapi boleh menjangkiti orang di sekeliling khususnya warga emas dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera. Bukan hanya paru-paru, tibi juga boleh menyerang bahagian anggota badan yang lain.

- UMO

26 Oktober 2012

Tip Beli Rumah Kali Pertama

Memiliki kediaman atas nama sendiri menjadi idaman semua individu namun, tidak ramai yang tahu prosedur pembelian rumah, malah lebih memeningkan kepala memikirkan faktor kewangan bagi membayar ansuran bulanan. Kebanyakan individu keliru memikirkan soal rumah sebagai keperluan atau kemahuan yang mana pada akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah berikutan kekurangan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan yang hampir separuh disalurkan untuk membayar ansuran rumah yang diidamkan.
teras rumah - Dendi Abdul Rohim
teras rumah - Dendi Abdul Rohim (Photo credit: dendicious)

Apakah panduan sebelum membuat keputusan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri? Apakah perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?

Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo. Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap. 

Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?

Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara. Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji. Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000. 
Federal housing project on the outskirts of th...
Federal housing project on the outskirts of the town of Yauco, Puerto Rico. About an acre of land for gardens is provided with each house (LOC) (Photo credit: The Library of Congress)

Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?

Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun. Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan. Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.

Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?

Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari. Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah.

Housing
Housing (Photo credit: james.thompson)
Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun. Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.

Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?

Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah. Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda. Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.

24 Oktober 2012

Jom melabur amanah saham

Peningkatan langganan unit amanah saham milik Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sebanyak 17 peratus setiap tahun membuktikan kempen mendidik masyarakat yang dilaksanakan syarikat pengurusan dana terbesar negara itu membuahkan hasil. Konsep memberi pendedahan dan mendidik masyarakat mengenai pelaburan serta menggalakkan mereka terlibat secara aktif dalam industri amanah saham dilihat berjaya. 

Zakat Fitrah
Zakat Fitrah (Photo credit: deqalb)
PNB merupakan satu-satunya organisasi di dunia yang berjaya mengadakan seminar berkaitan pelaburan pada setiap hari tanpa gagal yang membuktikan komitmen kami untuk mendidik masyarakat dalam industri ini.

PNB komited untuk membantu lebih ramai rakyat di negara ini terlibat dalam industri amanah saham supaya dapat meningkatkan taraf ekonomi diri dan seterusnya membantu keluarga mereka menjalani hidup dengan lebih baik. Zakat perniagaan PNB ini tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang amanah yang melabur dalam tabung dikendalikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Sehubungan itu, pemegang akaun dinasihat supaya melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah tersebut.

23 Oktober 2012

PROTON guna teknologi PETRONAS?


Dipasang pada model baru, gantian bermula tahun depan

Proton Holdings Bhd akan menggunakan enjin E01 yang dimajukan PETRONAS untuk model baru serta model gantian keluarannya bermula tahun depan.

Proton Satria Neo
Proton Satria Neo (Photo credit: Danie Swanepoel)
Sumber industri berkata, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd itu kini sedang berunding dengan PETRONAS bagi pembelian enjin berkenaan berserta dengan hak inteleknya.

Katanya, sebagai permulaan, Proton Holdings bercadang menggunakan enjin PETRONAS E01 yang memiliki teknologi dan kemampuan setara dengan enjin kereta terbaik dunia lain itu pada model Preve hatchback, Exora Facelift, model gantian Perdana serta model baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat.

- BHO

Bandar resort pinggir air bakal wujud di Kuantan?

Kuantan Beach
Kuantan Beach (Photo credit: Wikipedia)

Syarikat hartanah, Newston International Group Sdn. Bhd. (Newston) bakal membangunkan Kuantan Waterfront Resort City (KWRC) yang terletak di Tanjung Lumpur di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.6 bilion. Projek tersebut akan dibangunkan di atas kawasan tanah tebus guna seluas 202 hektar dan dijangka akan dimulakan menjelang pertengahan tahun depan. Projek bercirikan bandar resort pinggir air ini bakal dilengkapi dengan kemudahan serta tarikan bagi aktiviti pelancongan, hotel, kawasan kediaman, pusat komersial, pusat perniagaan, perubatan dan kesihatan.

Pembangunan projek ini dibangunkan secara lima fasa iaitu dalam tempoh 10 hingga 15 tahun dengan anggaran GDV sebanyak RM1.6 bilion. Fasa pertama akan bermula dengan projek tebus guna tanah bagi pembangunan perumahan termasuklah pangsapuri, banglo dan hotel. Hampir 25 peratus kawasan projek itu akan dibangunkan menjadi pusat pelayaran serta marina yang bakal menarik para pelayar serta kapal-kapal besar dari serata dunia.

Antara fasiliti yang akan diwujudkan ialah taman tema air, aquaria, pusat beli-belah, kedai bebas cukai, terminal kapal pelayaran, restoran terapung, pusat konvensyen dan hotel. Projek ini bakal menyaksikan perubahan wajah baru bagi bandar Kuantan sendiri, selain merubah landskap pelancongan serta menjadikan kawasan ini sebagai ikon pelancongan. Entiti terbaharu itu bakal menyediakan para pengunjung dengan pengalaman serta destinasi gaya hidup yang menarik dan membantu menyerlahkan Kuantan sebagai antara bandar pinggir air yang moden di Pantai Timur.

- UMO

07 Oktober 2012

Rebat RM200 beli telefon pintar 3G

English: Cellular phone Polski: Telefon komórkowy
English: Cellular phone Polski: Telefon komórkowy (Photo credit: Wikipedia)
Kira-kira 1.5 juta belia bakal menikmati rebat RM200 untuk telefon pintar mudah alih 3G setiap seorang dengan Pakej Komunikasi Belia, bermula 1 Januari depan.

Sehubungan itu, RM300 juta yang disediakan itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) bagi memberi laluan kepada golongan muda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah. Pakej itu boleh dimiliki melalui pengedar rasmi telefon pintar mudah alih sekali gus memberi manfaat kepada 22 peratus belia berusia antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Sebagai galakan

Pakej itu sebagai galakan kepada belia menggunakan teknologi terkini. Penggunaan telefon itu berpatutan dengan kehendak belia yang dahagakan ilmu. Pakej itu jawapan kepada kehendak mereka untuk memilikinya, katanya. Pemberian rebat itu membuktikan kerajaan memahami keperluan belia yang membesar dengan teknologi maklumat. Usaha itu juga dilihat sebagai satu langkah melahirkan belia bermaklumat menjelang Wawasan 2020 selain meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan mereka, katanya.

- BHO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...