10 November 2012

Hobi Buat Kek Mampu Jana Pendapatan

Setiap orang yang mempunyai hobi tersendiri mampu mengatur masa lapangnya dengan terancang, berdisiplin dan berkesan. Individu yang tahu memanfaatkan masanya boleh memaksimumkan hobi tersebut untuk menambah pendapatan terutama bagi suri rumah mahupun wanita bekerjaya. Hobi boleh dikembangkan melalui penambahan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus tertentu. 

English: Photograph and cake created by Mary-I...
English: Photograph and cake created by Mary-Irene Lang. (Photo credit: Wikipedia)
Antara hobi yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan ialah membuat kek atau coklat di rumah. Melalui kaedah moden, perniagaan ini mampu berkembang dari rumah. Di samping menguruskan rumahtangga, suri rumah dapat memanfaatkan masa terluang untuk tujuan meningkatkan pendapatan keluarga. Usaha ini tidak memerlukan modal besar untuk memulakan perniagaan asalkan rajin berusaha, inovatif dan kreatif. Seseorang juga boleh bertukar kepada kerjaya baru sekiranya mahu memenuhi hobi yang diminati apabila tiba masanya. Walaupun sibuk dengan tugas, kita boleh turut mencurahkan bakti kepada warga masyarakat sekitar. Ketika lapang bolehlah belajar selok-belok membuat kek hari jadi, pertunangan dan perkahwinan. Daripada kek biasa nanti boleh pelajari pula teknik membuat kek fondant

Français : Fonfant au Chocolat
Français : Fonfant au Chocolat (Photo credit: Wikipedia)
Ada individu yang pada mulanya sekadar ingin mencuba apabila anak-anak sedang membesar gemar makan kek terutama ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka. Selain anak-anak, anda boleh hadiahkan kek kepada jiran tetangga atau rakan sekerja. Dari situ bolehlah dapatkan maklum balas membina untuk memperbaiki kelemahan. Mana tahu rakan-rakan dan saudara-mara anda mungkin meminta membuat kek sempena majlis pertunangan dan perkahwinan kelak. Jika sudah mahir nanti anda mampu berkongsi pengetahuan kepada generasi muda terutama suri rumah yang mahu mengusahakan industri kek.
Fondant-chocolat-p1040089
Fondant-chocolat-p1040089 (Photo credit: Wikipedia)

Ada sesetengah mereka sudah mampu membuat sendiri kek dan membuka perniagaan secara kecil-kecilan. Anda jangan lokek ilmu untuk membimbing generasi baru dalam bidang berkenaan. Banyak corak dan reka bentuk kek dicipta boleh dilihat dalam blog Selagi Ada Gula. Pengendali blog itu dapat menambahkan dan memantapkan lagi ilmu melalui perkongsian pelbagai pengalaman daripada rakan lain. Kejayaan boleh dicapai apabila seseorang itu mempunyai semangat dan keyakinan diri.

-UMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...