27 September 2012

Hartanah? Perlu Ke Kita Tahu?

London - Semi-Detached Houses
London - Semi-Detached Houses (Photo credit: roger4336)
Persoalan ini agak menarik untuk kita yang telah dewasa sama ada bujang atau telah berkahwin.

Bagaimana dengan pembaca? Apa pendapat anda? Adakah anda merasakan pengetahuan mengenai hartanah adalah penting untuk diri anda atau anda merasakan anda tidak perlu mengetahuinya kerana ada orang lain yang boleh menguruskannya untuk anda seperti peguam, konsultan hartanah, agen Real Estate dan sebagainya.

Sebenarnya tidak kira apa pun sekali pendapat anda, ianya adalah hak anda – terpulang kepada anda. Tetapi adalah sebaiknnya untuk anda mengetahui perkara asas mengenai hartanah yang mana saya yakin ianya akan membantu anda pada ketika tertentu seperti ketika anda ingin membeli rumah, pindah milik hartanah dari nama ibu/bapa anda yang telah meninggal atau berlaku konflik kecil sesama jiran yang mungkin anda boleh menyelesaikan sendiri secara baik tanpa perlu terus mendapatkan nasihat peguam.

Sebagai contoh, ketika anda ingin membuat keputusan pembelian hartanah (atau rumah baru anda) anda pastinya memerlukan pengetahuan mengenai:

  • Apakah beza pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold) serta kesannya?
  • Apakah yang dikatakan sebagai hakmilik strata apabila anda membeli hartanah berbilang tingkat seperti apartment?
  • Apakah maksud kategori guna tanah?
  • Dan pelbagai lagi.

Make-believe 'village' across the Park
Make-believe 'village' across the Park (Photo credit: Alan Stanton)

Sememangnya anda boleh mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang saya nyatakan di atas, tetapi cuba bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan jika perkara asas pun anda perlu bertanya atau menyemak dengan mereka. Saya fikir anda juga pastinya berasa kurang yakin jika ingin bertanyakan perkara-perkara asas seperti apakah maksud rumah semi-d atau townhouse (hal ini pun mungkin ada yang masih tidak mengetahuinya) dan sebagainya.

Oleh itu adalah sebaiknya anda mengetahui serba sedikit perkara asas mengenai hartanah untuk kebaikan diri anda kerana anda tidak tahu bila anda mungkin memerlukannya.

Jika anda nak tahu pasal panduan membeli rumah, lawatilah TipsHartanah.com

- TH

AirAsia Dan Malindo Bekerjasama?

Indonesia AirAsia Airbus A320 (Photo credit: Wikipedia)
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedang berusaha membincangkan bidang yang berpotensi dilakukan kerjasama dengan pihak berkepentingan Malindo Airways yang baharu ditubuhkan. Bagaimanapun, katanya, persaingan antara AirAsia dan Malindo Airways masih berterusan. AirAsia mempunyai kehadiran yang kukuh di dalam industri serantau bagi menghadapi persaingan.
AirAsia and Malaysia Airlines aircrafts at Kuala Lumpur International Airport. (Photo credit: Wikipedia)

Tanpa diragui, mereka akan bersaing antara satu sama lain. National Aerospace and Defence Industries Sdn. Bhd. (Nadi) dan PT Lion Grup akan membentuk syarikat penerbangan tambang murah Malindo Airways, yang diambang memulakan operasi pada Mei 2013 menggunakan KLIA2 di Sepang. PT Lion Grup adalah syarikat induk Lion Air. Presiden Pengarah PT Lion Grup ialah Rusdi Kirana yang telah melaksanakan tugas yang cemerlang di Indonesia. Malindo Airways merancang menawarkan penerbangan di Malaysia dan Indonesia serta ke Thailand, China, India, Jepun dan Australia. Nadi memiliki kepentingan 51 peratus di dalam Malindo Airways dan bakinya dipegang oleh Lion Grup.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia tidak teragak-agak untuk beroperasi di India jika persekitaran penerbangan dan struktur cukainya mesra dan kondusif bagi operasi syarikat penerbangan tambang murah. Walaupun kerajaan India membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49 peratus dalam sektor penerbangan negara itu, kos mengurus operasi penerbangan di sana masih tinggi berbanding kebanyakan negara maju. Cukai lapangan terbang masih terlalu tinggi, malah kerajaan India mungkin mahu menaikkan cukai, yang memaksa syarikat penerbangan menghentikan operasi ke destinasi tertentu. Pasaran India berpotensi tinggi kerana mempunyai lebih daripada satu bilion penduduk.


AirAsia Airbus A320 in special Manchester United livery (Photo credit: Wikipedia)

Bidang utama yang sentiasa diberikan perhatian oleh AirAsia sebelum meneroka pasaran baharu ialah menurunkan kos. Atas alasan itulah syarikat sekutu AirAsia bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh, AirAsia X, menarik diri dari terbang ke New Delhi dan Mumbai.

- UO

26 September 2012

PERODUA Bakal Bangunkan Bandar Mini Automotif Di Rawang

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan membangunkan bandar mini automotif berhampiran ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang. Ia bakal membabitkan pembangunan kediaman mampu milik daripada teres, apartmen serta rangkaian lot kedai dan pejabat. Sebagai permulaan, kediaman yang dibina dalam projek yang belum dimuktamadkan nilai pelaburannya itu dikhususkan untuk semua peringkat kakitangan yang berkhidmat di kilangnya, sebelum diperluaskan secara beransur kepada pembeli luar. Matlamat utama pembangunan projek itu untuk mengurang dan menyelesaikan masalah kakitangan PERODUA yang tinggal dan menyewa jauh dari kilang dan ibu pejabatnya.
Front-side shot of a first generation, third f...
Front-side shot of a first generation, third facelifted Perodua Kancil, in Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

Tarik bakat muda

Ia juga bertujuan menyediakan faktor tarikan baru untuk menarik bakat muda, khususnya dalam kalangan eksekutif untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi bersama syarikat pengeluar kereta kedua nasional berkenaan. PERODUA juga berharap projek ini mampu memberi nafas baru dan boleh mewujudkan kesan gandaan dari segi aktiviti ekonomi sama ada peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk Sungai Choh dan kawasan sekitar.
Front-side shot of a first geneacelift (a very...
Front-side shot of a first geneacelift (a very minor one to be precise) Perodua Rusa, in Kajang, Selangor, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

Manfaatkan kawasan sekitar

Dijangka projek itu apabila dilaksanakan bakal memanfaatkan penduduk sekitar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Sungai Buaya dan Sungai Choh yang menjangkau hampir 100,000 orang. Projek ini masih pada peringkat perbincangan dalaman, manakala konsep dan kaedah serta jumlah unit kediaman yang bakal dibangunkan masih belum dimuktamadkan. Meskipun PERODUA akan membangunkan projek bandar mini automotif itu, ia tidak bermakna syarikat berkenaan menyimpang daripada perniagaan terasnya, iaitu pembangunan dan pengeluaran kereta.
The front of a first generation Perodua Viva (...
The front of a first generation Perodua Viva (EZ), in Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)
Keluarkan struktur bahagian

Sementara itu, PERODUA akan membangun dan mengeluarkan struktur bahagian atas badan kereta untuk modelnya dalam tempoh satu hingga dua tahun ini. Struktur bahagian yang bakal dikeluarkan vendor tempatan yang bertauliah itu, katanya, akan menggantikan struktur sama yang dieksport kumpulan dari Jepun ketika ini. Langkah berkenaan akan mengurangkan kos perbelanjaan syarikat, khususnya tukaran mata wang asing. Ia juga secara tidak langsung mampu meningkatkan peningkatan penggunaan struktur panel yang dihasilkan oleh vendor tempatan.
Front-side shot of a first facelifted Perodua ...
Front-side shot of a first facelifted Perodua Kelisa, in the Golden Triangle, Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo credit: Wikipedia)

24 September 2012

Tip Membersihkan Anak Patung

anak patung
Tahukah anda, koleksi anak patung yang dimiliki oleh anak-anak anda atau mungkin milik anda sendiri juga sebenarnya boleh menjadi tempat tinggal pepijat. Namun begitu, sekiranya anda membasuhnya sama ada dengan memasukkan ke dalan mesin basuh untuk membasuh mengunakan tangan, bulu yang terdapat pada anak patung tersebut akan berubah struktur. Perubahan yang berlaku pada anak patung pastinya akan menimbulkan kemarahan anak yang melihat mainan mereka sudah bertukar rupa. Menurut Dr. Raymond Tan, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memasukkan anak patung tersebut di dalam peti sejuk iaitu di bahagian sejuk beku semalaman! Kemudian, keluarkan semula anak patung tersebut dan vakumnya. Pepijat dan juga organisma lain yang sudah mati seterusnya mudah disedut keluar dan disingkirkan daripada anak patung tersebut.

Orang Jujur Lebih Sihat?

Bagi mendapatkan tubuh yang sihat, pastikan anda lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, melakukan senaman secara rutin serta tidak bercakap bohong! Menurut penyelidikan di Amerika Syarikat, orang yang bersikap jujur memiliki tahap kesihatan yang lebih baik dari sudut mental dan juga fizikal. Penyelidikan oleh Anita Kelly, pakar psikologi dari Notre Dame menyatakan apabila kurang berbohong, anda mampu mencapai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi. Berbohong bukan sahaja boleh menyebabkan stress dan tekanan, malah mampu memicu kepada keretakan sesebuah hubungan.

21 September 2012

Jana pendapatan dengan blog?

Barangkali anda tertarik dengan tajuk ni. Mungkin juga anda tercari-cari petua atau teknik untuk terima wang dari aktiviti blogging? Apa yang anda fikir itulah juga saya fikirkan melainkan anda sekadar pembaca setia bukannya seorang penulis. Pelbagai tips sebenarnya di luar sana, saya juga tidak layak memberi jawapan terbaik dari persoalan di atas. Namun alang-alang biarlah kongsi ilmu yang ada.

Blog Machine
Blog Machine (Photo credit: digitalrob70)
Jadi, panduan pertama yang harus dilakukan ialah isi kandungan. Ia berkait kualiti dan kuantiti. Memang saling berkaitan secara tidak langsung. Jika blog baru 10 entri tak payah la nak pikir pasal iklan, jauh lagi perjalanan anda tak kira hebat mana pun. Rajin letak satu artikel setiap hari, lagi bagus 2-3 entri. Kalau banyak sangat idea, jangan tamak semua nak terbitkan hari ni jugak, simpan la sikit untuk masa depan oi. Hari ni banyak idea, esok lusa belum tentu idea datang mencurah-curah. Fikirkan tu... Kemaskini blog setiap hari tetapi tiada kualiti pun haru juga. Lain la blog pasal kisah hati (diari), kot ye pun jangan nak menyumpah seranah, baik kau tweet je. Jadikan entri tu sesuatu yang bernilai untuk pembaca hatta blog tu sekadar kongsi suka-suka. Pembaca suka gerenti mereka nak baca yang lain dalam blog tu.

Blog design
Blog design (Photo credit: melop)
Seterusnya reka letak blog haruslah menarik dan nampak tersusun. Kalau kemas barulah pembaca senang hati je menambah ilmu. Ni kalau widget pun bersepah sana sini siapa nak baca,  serabut kepala tengok macam rumah dalam keadaan tunggang-langgang. Pengiklan pun mesti tak berminat nak iklan kat blog yang teruk susunannya sebab mereka nak cari untung. Maksudnya mereka dah melabur sejumlah wang untuk cari pelanggan, itulah punca keuntungan. Pelanggan akan datang kepada mereka dan dari situ mereka nampak hasil pelaburan mereka beriklan. Jika anda sertai Nuffnang sekalipun belum tentu blog anda akan terpilih jika susunan teruk. Harap bayaran per klik jer la... Tu pun kalau pembaca nak klik. Jangan paksa pembaca klik pula, silap- silap tak mau jenguk lagi dah. Mana taknya singgah-singgah je kena klik iklan adoi! Pasal template pula ikut kreativiti blogger la, ada yang suka template yang disediakan, ada juga ambil dari laman web template yang mana terdapat ribuan template yang cun untuk dipilih. Namun haruslah isi kandungan sesuai dengan template, jika blog info jangan la blog tu gelap gelita. Sakit mata membaca...

SEO. Ni bab yang saya juga belum khatam. Eloklah rujuk dari blogger yang dah lama aktif. Kalau tak kenal tanya encik Google je, lagi elok korang faham bahasa Inggeris. Ni teknik untuk naikkan ranking korang dalam enjin carian. Ia membantu naikkan trafik ke blog. Apabila ada orang cari kat Google ke Bing ke, hasil carian berdasarkan kata kunci yang dicari keluar la blog korang dalam senarai juga. Mereka mungkin akan pilih blog anda dan dari situ trafik masuk. Kebarangkalian untuk pembaca klik iklan mungkin tinggi jika trafik tinggi juga. Tajuk yang menarik juga penting. Isi kandungan lagi la penting, jangan guna perkataan ringkas atau bahasa SMS.

English: seo block
English: seo block (Photo credit: Wikipedia)
 Selepas semuanya dapat diikuti barulah anda boleh letak iklan sama ada menggunakan khidmat Nuffnang, Google AdSense dan lain-lain. Ikut la mana suka.
Enhanced by Zemanta

20 September 2012

Intel pentingkan kualiti pekerja

Image representing Intel as depicted in CrunchBase
Image via CrunchBase
Intel akan terus melabur di Malaysia, terutama dalam pengambilan pekerja berkemahiran tinggi bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar cip terbesar dunia. Menurut Intel, persaingan global yang sengit memerlukan pekerja berkualiti dan berkemahiran tinggi. Mereka tidak mementingkan kuantiti berbanding kualiti pekerja. Intel Malaysia telah bertapak sejak 1972 dan merupakan pengeluar cip terbesar di luar Amerika Syarikat dengan jumlah pelaburan lebih RM12 bilion. Setakat ini, mereka mempunyai 3 kilang pengeluaran di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang dengan lebih kurang 3000 juruteknik dan 6000 pekerja lain. Insentif yang ditawarkan kerajaan sangat kompetitif dan mampu menarik syarikat antarabangsa datang melabur. Justeru, Intel juga berharap kerajaan dapat terus meningkatkan kemudahan infrastuktur dan tahap pendidikan atau kurikulum supaya graduan universiti dapat bersaing bukan saja dalam negara tetapi di peringkat global. Tahun 2012 Intel menyambut ulang tahun ke-40 di Malaysia.

- BHO

Jualan komputer tablet makin meningkat

English: Apple iPad Event (Photo credit: Wikipedia)
Jualan global komputer tablet dijangka melonjak lebih 126 juta unit tahun 2012, didorong penjualan iPad dan syarikat pesaing lain dengan format lebih kecil, menurut syarikat penyelidikan pasaran, IHS iSuppli. Kaji selidik meramalkan peningkatan kukuh tahunan sebanyak 56 peratus bagi penghantaran untuk pasaran tablet pada 2012, berbanding lebih 82 juta unit pada tahun 2011.

Peningkatan tablet media menjadi pemacu pertumbuhan terbesar kepada pasaran paparan kecil dan sederhana. Sementara segmen 9 inci yang didominasi iPad akan menjadi sebahagian besar daripada penghantaran tablet tahun ini, bahagian lain yang akan berkembang pesat ialah bagi skrin 7 inci yang digunakan Galaxy Tab daripada Samsung Electronic, Kindle Fire dari Amazon, Nook Tablet dari Barnes & Noble dan produk tablet yang lain menggunakan sistem operasi Google Android.
Enhanced by Zemanta

19 September 2012

Karnival Nusajaya 2012

Flag of Johor. The colour blue represents the ...
Flag of Johor. The colour blue represents the State Government, the colour red for warriors defending the state, the white crescent and 5-sided star represent the monarchy and Islam. (Photo credit: Wikipedia)
Khazanah Nasional Berhad, UEM Land Holdings Berhad dan Iskandar Investment Berhad akan menganjurkan Karnival Nusajaya di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Johor pada 22-23 September 2012. Karnival sebagai menandakan kejayaan Iskandar Malaysia serta pelancaran beberapa projek pemangkin di kawasan Nusajaya. Pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan termasuk permainan, hiburan dan peluang kerjaya. Golongan muda juga berpeluang mengintai kerjaya baharu di beberapa gerai ekspo. Antara aktiviti menarik termasuklah mini Legoland untuk kanak-kanak, peluang kerjaya, hiburan, pertandingan karaoke dan demonstrasi masakan. Karnival itu dibuka secara percuma kepada umum. Bas khas akan disediakan untuk membawa orang ramai khususnya penduduk sekitar Nusajaya ke tapak karnival.

Enhanced by Zemanta

Blogger mudah alih

Ya kini dunia blog tidak sesukar dahulu. Dengan kecanggihan dunia Internet, segalanya tidak mustahil untuk dilakukan. Weblog kini dapat dikemaskini dari mana-mana platform termasuklah ketika anda menggunakan tablet atau telefon pintar. Ini bermakna kita boleh kemaskini blog di dalam pengangkutan awam, taman, pusat beli-belah mahupun di tepi pantai. Jika anda tiada talian Internet anda boleh taip terlebih dahulu kemudian simpan sebagai draf, namun bergantung kepada aplikasi yang anda gunakan. Untuk kali pertama saya boleh menaip entri terbaru menerusi telefon Sony Xperia Sola saya. Telefon pintar ini dikuasakan oleh sistem operasi Android, oleh itu aplikasi Blogger sememangnya dapat dipasang kerana Android dan Blogger adalah produk Google. Jika telefon anda adalah Android tak kiralah Sony, Samsung, Motorola, HTC, dan lain-lain, anda boleh muat turun aplikasi Blogger di Google Play. Ianya percuma dan mudah digunakan. Walaupun tidak semua fungsi boleh didapati namun sekurang-kurangnya kita boleh taip apa yang berada di minda terus sebelum hilang idea. Ia mungkin luahan perasaan (diari), kejadian semasa (jika anda di luar), seminar yang sedang anda ikuti (wartawan) atau ketika baru bergambar dengan artis mungkin. Sebarang perubahan boleh disunting nanti ketika di hadapan komputer. Selamat mencuba.
Enhanced by Zemanta

14 September 2012

Volkswagen Das Auto Show 2012

Hujung minggu lepas telah berlangsungnya pameran kereta dari syarikat pengeluar kenderaan utama Jerman, iaitu Volkswagen. Pameran Volkswagen DasAuto Show 2012 telah berlangsung pada 8 - 9 September 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Saya telah pergi pada sesi petang hari Ahad. Pameran ini menekankan ikon utama mereka iaitu kereta Beetle yang mengalami beberapa perubahan reka bentuk luaran dan dalaman sejajar arus kemodenan dunia permotoran. Pameran ini dibuka kepada umum memerlukan pendaftaran secara dalam talian (online) untuk menempah 'tiket' yang mana mereka diberi keutamaan untuk masuk berbanding yang tidak mendaftar. Sampai di sana saya perlu membuat pengesahan pendaftaran dan akan diberi 'wristband' untuk masuk. Di luar ada juga beberapa aksesori lama kereta.

Wristband
Selepas masuk saya dibawa ke dewan pertama. Kami semua duduk di situ untuk menonton tayangan khas tentang sejarah kereta Beetle dan temu bual pemilik kereta di Malaysia. Kemudian ada nyanyian dan tarian di samping kereta Beetle tersebut.

Ramainya yang datang

Draf...






Enhanced by Zemanta

13 September 2012

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

cooking
cooking (Photo credit: Wikipedia)
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...