Peningkatan langganan unit amanah saham milik Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sebanyak 17 peratus setiap tahun membuktikan kempen mendidik masyarakat yang dilaksanakan syarikat pengurusan dana terbesar negara itu membuahkan hasil. Konsep memberi pendedahan dan mendidik masyarakat mengenai pelaburan serta menggalakkan mereka terlibat secara aktif dalam industri amanah saham dilihat berjaya.
Zakat Fitrah (Photo credit: deqalb) |
PNB merupakan satu-satunya organisasi di dunia yang berjaya mengadakan seminar berkaitan pelaburan pada setiap hari tanpa gagal yang membuktikan komitmen kami untuk mendidik masyarakat dalam industri ini.
PNB komited untuk membantu lebih ramai rakyat di negara ini terlibat dalam industri amanah saham supaya dapat meningkatkan taraf ekonomi diri dan seterusnya membantu keluarga mereka menjalani hidup dengan lebih baik. Zakat perniagaan PNB ini tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang amanah yang melabur dalam tabung dikendalikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Sehubungan itu, pemegang akaun dinasihat supaya melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah tersebut.
melabur utk masa depan
BalasPadam