- Apakah saya benar-benar memerlukannya?
- Adakah barang itu sudah saya miliki sebelum ini?
- Berbaloikah memiliki barang itu?
- 'Matikah' jika saya tidak memilikinya?
- Adakah harganya berpatutan dengan kualiti?
- Bolehkah barang itu digunakan dalam tempoh yang lama? Berapa kerap saya akan gunakan?
- Tempoh jangka hayat?
- Sesuaikah saya melaburkan sejumlah wang untuk barang itu? Bolehkah saya membelinya pada masa akan datang?
Panduan menjadi insan yang tidak boros:-
- Biasakan diri untuk tidak membawa kad kredit & kad ATM apabila ingin keluar berbelanja.
- Bawa sejumlah wang saja yang diperlukan untuk membeli barang keperluan.
- Senaraikan barang mengikut keperluan utama untuk dibeli.
- Teliti barang yang ingin dibeli dengan mengambil kira kepentingan & faktor keperluan sebelum membuat keputusan membeli.
- Buatlah penilaian harga dengan kualiti barangan. Lebih baik tunggu hingga jualan murah jika barang itu lebih berbaloi dibeli ketika itu.