11 April 2012

Wajah baharu, artikel terbaru

Saya sukakan perubahan terutamanya dalam dunia teknologi. Produk Google banyak mengalami evolusi dan peningkatan sejak beberapa tahun lepas. Blogger juga tidak ketinggalan mengalami perubahan antara muka  yang secara keseluruhannya lebih moden serta mampu berintegrasi dengan Google+, satu laman web sosial yang bersaing kuat dengan Facebook.

Perubahan ini nampaknya menjadikan pengguna akaun Google+ semakin bertambah kerana integrasi ini memerlukan akaun tersebut diwujudkan agar dapat membantu memperluaskan kewujudan blog serta menarik lebih ramai pengunjung ke blog masing-masing.



Ciri-ciri utama Blogger baharu:-


  1. Editor catatan yang diperkemas.
  2. Papan pemuka baharu statistik penting.
  3. Kongsi siaran ke Google+.
  4. Gunakan profil Google yang disatukan.
  5. Pautan ke profil anda dalam hasil carian.

Perubahan ini nampaknya menjadikan pengguna akaun Google+ semakin bertambah kerana integrasi ini memerlukan akaun tersebut diwujudkan agar dapat membantu memperluaskan kewujudan blog serta menarik lebih ramai pengunjung ke blog masing-masing. Di bahagian ketetapan di sebelah atas kanan, anda boleh kembali ke antara muka lama tetapi saya rasa yang baharu lebih menarik dan kemas walaupun sedikit kekok pada mulanya. Sama seperti laman YouTube yang mengalami perubahan dari rupanya yang lama.

Selamat bertukar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...