Merdeka!
Itulah laungan keramat yang dilaungkan oleh Perdana Menteri negara yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Bak yang kecil hinggalah dewasa semua mengerti maksud perkataan ini. Tahun ini genaplah 55 tahun negara Malaysia bebas daripada penjajahan British yang mana merupakan penjajah terakhir bertapak di muka bumi bertuah ni. Syukurlah negara masih lagi dalam keadaan makmur sejahtera, tiada bencana besar berlaku seperti taufan atau gempa bumi yang melanda beberapa negara baru-baru ini. Sambutan tahun 2012 ini diadakan di Dataran Merdeka pada awal pagi dan bersambung pula di Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu malamnya.
Google Doodle
Seperti tahun lepas juga, pihak Google juga tidak ketinggalan meraikan sambutan hari kemerdekaan ini secara tidak langsung menerusi enjin carian utamanya. Perkataan Google yang biasa tertera di tengah telah digantikan dengan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Jika klik pada bunga tersebut akan dipaparkan hasil carian berdasarkan tema kemerdekaan. Ini adalah sebahagian projek Google Doodle yang mengubah perkataan Google asal kepada tema-tema tertentu mengikut negara. Secara tidak langsung menjadikan laman utama Google ini kelihatan menarik dan berwarna-warni seperti perkataan Google itu sendiri. Senarai koleksi Doodle yang lepas boleh dilihat di pautan http://www.google.com/doodles