14 April 2012

Bagaimana Kita Hari Ini

Bagaimana Kita Hari Ini | iluvislam.com discover the beauty of islam

11 April 2012

They said I could be anything, so I became a Churper. #ChurpChurp

A smoother navigation & a complete facelift, check out the new #ChurpChurp

Wajah baharu, artikel terbaru

Saya sukakan perubahan terutamanya dalam dunia teknologi. Produk Google banyak mengalami evolusi dan peningkatan sejak beberapa tahun lepas. Blogger juga tidak ketinggalan mengalami perubahan antara muka  yang secara keseluruhannya lebih moden serta mampu berintegrasi dengan Google+, satu laman web sosial yang bersaing kuat dengan Facebook.

Perubahan ini nampaknya menjadikan pengguna akaun Google+ semakin bertambah kerana integrasi ini memerlukan akaun tersebut diwujudkan agar dapat membantu memperluaskan kewujudan blog serta menarik lebih ramai pengunjung ke blog masing-masing.



Ciri-ciri utama Blogger baharu:-


  1. Editor catatan yang diperkemas.
  2. Papan pemuka baharu statistik penting.
  3. Kongsi siaran ke Google+.
  4. Gunakan profil Google yang disatukan.
  5. Pautan ke profil anda dalam hasil carian.

Perubahan ini nampaknya menjadikan pengguna akaun Google+ semakin bertambah kerana integrasi ini memerlukan akaun tersebut diwujudkan agar dapat membantu memperluaskan kewujudan blog serta menarik lebih ramai pengunjung ke blog masing-masing. Di bahagian ketetapan di sebelah atas kanan, anda boleh kembali ke antara muka lama tetapi saya rasa yang baharu lebih menarik dan kemas walaupun sedikit kekok pada mulanya. Sama seperti laman YouTube yang mengalami perubahan dari rupanya yang lama.

Selamat bertukar!

Blogger akan berwajah baharu pada bulan April.

Salam sejahtera.

Sekian lama tidak kemas kini laman blog ini. Catatan terakhir 27 Januari 2011 dengan 110 catatan dan 31 pengikut. Pada hari ini, 4 April 2012 kembali bebas dari sarang labah-labah... Hehe..

Sebagaimana tajuk di atas, Blogger akan bertukar wajah bermula bulan ini. Jadi, artikel ini merupakan yang terakhir menggunakan wajah lama. Antaramuka baharu tentu lebih menarik. Jom bertukar!

27 Januari 2011

Langkah mewujudkan keyakinan diri

Kadang kala, kita selalu rasa kurang yakin dgn diri sendiri. Apatah lagi ketika berhadapan dgn kelompok manusia yg kita rasakan masih asing bg kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dgn mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini ada beberapa tips & petua utk kita meningkatkan keyakinan diri:-


1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama spt orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yg ada pada diri anda, anda baikinya.

3. Jangan takut-takut atau teragak-agak utk melakukan sesuatu yg positif.

4. Elakkan perasaan malu yg tidak bertempat.

5. Lakukan riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dapat mengaktifkan diri seseorang.

6. Kemaskan diri & anggaplah diri adalah yg terbaik pada hari itu.

7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka & mata orang yg kita sedang  berinteraksi & gunakan sedikit pergerakan tangan utk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jgn memikirkan masalah tetapi fikirkan hasil yg akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.

9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dlm melaksanakan sesuatu tugas.

10. Berdoa kpd Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.

Insya-Allah anda akan dpt menilai betapa berharganya diri anda. Sesungguhnya anda ialah insan yg mulia & cemerlang. Insan yg mulia & cemerlang mempunyai potensi & setiap potensi harus diusahakan utk mendapatkan hasilnya!

- Artikel iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...