13 Mei 2007

Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Maklumat (IT)


IT merupakan bidang yang luas dan meliputi semua bentuk teknologi yang digunakan untuk mencipta, memproses, menyimpan, dan menggunakan maklumat dalam pelbagai bentuk (seperti data perniagaan, mesej suara, imej pegun, filem, persembahan multimedia). Tambahan pula, IT juga satu bidang yang berkembang pesat. Ia mengubah dunia secara radikal dengan memperkenalkan pelbagai cara baru menjalankan perniagaan, membuat kerja, mengurus hiburan dan mencipta seni. Pendek kata, ia meliputi perkara berkaitan dengan sains komputer dan teknologi yang berkait rapat dengan perkakasan dan perisian komputer, reka bentuk, pemasangan serta pelaksanaan sistem maklumat dan penggunaan aplikasi.

Mata pelajaran yang termasuk dalam bidang ini ialah penciptaan perisian, pengaturcaraan (programming), sistem maklumat perniagaan dan pengurusan, sistem pengurusan pangkalan data (database), reka bentuk grafik, animasi, multimedia, reka bentuk laman web, sistem rangkaian (network), kejuruteraan perkakasan, sistem komunikasi data dan sistem komputer digital. Mereka yang telah lulus SPM / STPM boleh mengikuti kursus ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Maklumat di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti asing yang tertentu juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Bakal pelajar perlu menyemak senarai institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum mengikuti kursus di seberang laut. Peluang pekerjaan dalam bidang ini banyak & boleh dikatakan cerah kerana penggunaan komputer secara berleluasa. Siswazah boleh mencari kerja di agensi kerajaan; firma pembuatan dan perkhidmatan; organisasi perdagangan; syarikat pembuatan komputer; bank tempatan dan luar negeri; organisasi penyelidikan; penguasa tempatan, institusi pengajian tinggi, organisasi antarabangsa atau bekerja sebagai perunding untuk memberi penyelesaian IT kepada pelbagai agensi termasuk kerajaan.

Mereka yang menceburkan diri dalam bidang IT diberi pelbagai gelaran bergantung kepada bidang kepakaran serta pengkhususan mereka: pengaturcara penggunaan; penganalisis sistem (system analyst); pentadbir pangkalan data; pentadbir sistem (system administrator); perundig perisian; pentadbir rangkaian (network administrator); pereka bentuk laman web (web desginer); pakar multimedia & animasi; pengurus sistem maklumat; pentadbir laman web (webmaster); pengurus projek IT; jurutera perkakasan; juruaudit sistem komputer; jurutera perisian (software engineer); pereka bentuk pangkalan data; dan penganalisis komunikasi data.

Mereka yang berkelayakan IT berupaya mendapat gaji yang lebih lumayan sekiranya memiliki satu kelayakan profesional – Microsoft Certified Professional (MCP). Di Malaysia, seorang profesional IT yang baru boleh mendapat gaji permulaan di antara RM 2,000 dan RM 2,500 sebulan . Mereka yang mempunyai pengalaman kerja lebih kurang 6 tahun serta pengetahuan dan kemahiran dalam pentadbiran rangkaian (network administration), reka bentuk laman web, reka bentuk grafik & animasi (graphic designer & animation), pengiklanan multimedia dan penyelesaian perniagaan (business solutions) boleh mendapat gaji kira-kira RM 6,000-RM 8,000 sebulan.

16 ulasan:

  1. Tanpa Nama03 Ogos, 2008

    Kebanyakan karya di ciplak dari mana-mana penerbit dan di pastekan kat sini. Karya perlu datang dari kepala hotak sendiri dan dari pengalaman yang dapat. Walau pun ada sedikit dari ko,tapi faktanya tidak cukup tepat.. Berusaha..!!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. sy ni ..bru ni ceburi bidng IT ..
    harap leps study de lh peluang perkejaan ..

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana sudi membaca artikel ini, ketika ini banyak bidang berkaitan IT di luar sana. Sebelum sambung belajar sila kaji dahulu apa yang banyak majikan perlukan sekarang ini kerana tidak semua bidang IT menjanjikan pekerjaan segera kepada lepasan universiti.

    BalasPadam
  5. "Like" ur comment http://www.blogger.com/profile/04980980610837290318

    BalasPadam
  6. How do you like it? haha...

    BalasPadam
  7. University yg mna bagus utk bidang IT ni ya? :)

    BalasPadam
  8. University apa yg bagus utk bidang IT?

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama18 Mei, 2015

    Sya trtnye2 susa ke senag IT nie nmpak cm complicated la..tlong jelaskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau minat senang je, kalau nak ambik course IT better ko kena tahu dulu apa yang ko minat, kepakaran dengan pengalaman. Contoh kalau ko minat design, ko tau apa tu photosop , penah design leh la ko ambik grafik.

      Padam
  10. Tanpa Nama07 Jun, 2016

    Bagi yg amik sains komputer pulak msti kene minat mendalam pada math..kalo x mmg pening kepala memikirkannye

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama07 Jun, 2016

    Bagi yg amik sains komputer pulak msti kene minat mendalam pada math..kalo x mmg pening kepala memikirkannye

    BalasPadam
  12. Brapa kredit yg diperlukan utk ambil kursus ni. Tq

    BalasPadam
  13. Untuk pekerjaan adakah bidang ini menjamin masa depan yang baik

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...