02 Mac 2008

Pengendalian tetikus yang cermat

Pengguna produk komputer yang dilengkapi tetikus (mouse) pastinya tidak menyedari kaedah pengendalian yang betul mampu mengelakkan ketegangan & tekanan terhadap tangan mereka untuk tempoh jangka panjang. Sehubungan itu, kita akan diketengahkan langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kecederaan apabila menggunakan tetikus. Ia juga turut merujuk kepada penggunaan peranti lain seperti bebola trek (track ball), pad sesentuh (touch pad), & pen navigasi produk digital.

Apabila menggunakan tetikus, anda hanya perlu mengendalikannya dengan menggerakkannya secara perlahan dalam kawasan yang kecil berikutan keupayaannya mengajukan titik utama tugasan dengan lebih cekap. Elakkan daripada terus menolak produk terbabit pada ruang sempadan terlalu besar & seterusnya akan memenatkan anda. Kendalikan tetikus dengan menggunakan siku pada keadaan pergelangan tangan yang berada menjurus ke arah menegak. Posisi ketika memegangnya juga perlu berada pada paras yang sama dengan siku disokong permukaan pad tetikus (mouse pad) yang rata iaitu antara 1 - 2 inci pada ketinggian melebihi papan kekunci (keyboard).

Pergelangan tangan perlu dilindungi dengan memastikan kedudukan yang tepat ketika memegang tetikus itu disokong ruangan bebas telapak tangan. Elakkan daripada menekan tetikus menggunakan pergelangan tangan yang boleh mengakibatkan peredaran darah utama iaitu di kawasan nadi darah sering diambil terganggu. Penggunaan tetikus secara tidak berhati-hati boleh mengakibatkan peredaran darah di kawasan itu terjejas & boleh mengundang bahaya. Kini, pengeluar papan sokongan tetikus turut menghasilkan prosuk yang mampu menyokong pergelangan tangan bagi membolehkan segmen badan terbabit direhatkan ketika melayari komputer menggunakan tetikus. Anda tidak digalakkan menggunakan produk seumpamanya kerana ia boleh menyebabkan tekanan 2 kali ganda kepada aliran darah lebih lancar.

Pergerakan tangan ketika mengendalikan tetikus juga tidak perlu dihadkan ketika anda duduk di kerusi yang mempunyai segmen ruangan rehat tangan. Pemilihan reka bentuk tetikus yang sesuai juga penting bagi mengelakkan sebarang tekanan pada tangan. Pemilik tetikus disarankan supaya membeli produk yang menawarkan reka bentuk lebih bersimetri & bukan pada rekaan lengkungan yang melampau. Malah, disarankan juga untuk anda menggunakan tetikus lebih besar berbanding rekaan kecil yang boleh didapati di pasaran ketika ini.

Peruntukan untuk hargai diri

Selepas merangka perbelanjaan & membuat perancangan kewangan pernahkah terfikir bagi kita untuk mengasingkan sejumlah wang setiap bulan sebagai hadiah kepada diri sendiri? Ia bukan simpanan tetap untuk jangka masa panjang yang paling minimum 10% sebulan. Bukan juga simpanan untuk kegunaan kecemasan sebanyak 3 atau 6 bulan gaji kasar, tetapi peruntukan sebanyak 10% ini adalah untuk diri sendiri. Menurut T Harve Eker dalam bukunya The Millionaire Mindset, peruntukan sebanyak 10% ini adalah untuk diri yang perlu dihabiskan setiap bulan. Logiknya hal ini adalah Eker membuat andaian bahawa dalam diri manusia ini ada jiwa kanak-kanak yang perlu dibelai & dimanjakan.

Jika jiwa ini terus ditekan mengikut regim simpanan yang ketat, kemungkinan ia akan memberontak. Ketika itu, perancangan kewangan yang dibuat mungkin tidak berhasil kerana jiwa kanak-kanak ini akan cuba menggagalkan rancangan berkenaan. Justeru, sebagai manusia yang keinginan pelbagai sedangkan sumbernya terutama pendapatan adalah terhad, ada baiknya jiwa kanak-kanak ini diberikan perhatian. Sekiranya anda sedang merangka perbelanjaan & cuba mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga secara berbelanja berhemah, memenuhi keperluan jiwa kanak-kanak seharusnya termasuk dalam agenda setiap bulan. Peruntukan 10% itu pada sebilangan orang mungkin agak tinggi untuk dibelanjakan pada diri sendiri.

Anda boleh mengurangkan jumlah peratusannya. Bagaimanapun, ia terpulang kepada bajet anda kerana yang penting, peruntukan pada diri sendiri adalah sebagai pendorong kepada diri anda untuk berusaha lebih gigih lagi. Dengan wang berkenaan, anda mungkin boleh membeli barang berjenama yang lama anda idamkan, baju baharu ataupun tas tangan & kasut baharu. Anggaplah ia sebagai hadiah kepada diri sendiri. Sebelum Eker memperkenalkan konsep ini. Peruntukan bagi diri sendiri ini bukan saja dalam bentuk barangan, anda mungkin juga boleh merancang percutian bersama keluarga ataupun mengadakan aktiviti lain seperti menonton wayang ataupun bermain boling bersama.

Dari segi psikologi, tindakan ini ada rasionalnya. Pernahkah anda mengalami satu detik di mana anda berasa bosan apabila sudah terlalu lama memberi & memberi? Contoh paling mudah, katakan anda sudah terlalu lama bekerja di sesuatu tempat - bekerja dengan penuh dedikasi & sentiasa cuba memberikan yang terbaik namun kebolehan anda itu tidak dihargai. Selain wang untuk hidup, manusia perlukan penghargaan sama ada daripada syarikat ataupun dari diri sendiri. Memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan adalah sebagai tanda penghargaan kepada diri anda. Tepuk diri anda & katakan - kamu sudah melakukan yang terbaik. Sekalipun sudah berusia, dalam diri kita masih lagi ada jiwa kanak-kanak yang perlu dimanja, dibelai & disayangi.

Masalah tidur

Definisi masalah tidur:

Gangguan waktu tidur yang merangkumi kesukaran mengantuk atau tidur, mengantuk pada waktu yang tidak sesuai, tempoh tidur yang berlebihan atau peri laku luar biasa berkaitan dengan tidur seperti mengigau, berjalan, bercakap & sebagainya.

Masalah tidur disebabkan:

-Insomnia (kesukaran atau ketidakupayaan untuk tidur sama ada sekejap atau kronik).
-Narcolepsi (serangan mengantuk yang keterlaluan secara mengejut atau tiba-tiba tidak terkawal, biasanya secara sekejap-sekejap & biasanya diikuti oleh paralisis dan bayang-bayangan).
-Apnoe Tidur (pernafasan terhenti sekejap-sekejap ketika tidur disebabkan gangguan saluran udara atau gangguan pada pusat pernafasan dalam otak).
-Salah tanggapan mengenai waktu tidur (keadaan yang mana seseorang menganggap dirinya tidak cukup tidur meskipun sebenarnya tidurnya telah mencukupi).
-Parasomnia ketika tidur (menggigit & mengunyah gigi ketika tidur, menggoyang kepala atau tangan & badan, pergerakan kerap anggota badan & sindrom kaki tidak duduk diam, mengigau atau berjalan ketika tidur).
-Masalah tidur di kalangan bayi atau kanak-kanak (kencing malam, gangguan atau pernafasan terhenti & mimpi ngeri atau ketakutan ketika tidur).

Israel & Yahudi

-Israel adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakob. Bani Israel adalah anak cucu Asbat iaitu 12 anak Nabi Yaakob.
-Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf, Nabi Yahya & Nabi Zakaria antara nabi dari kalangan bangsa Yahudi.
-Yahudi pernah meracun Rasulullah s.a.w. & cuba menghempap batu besar ke kepala Nabi Muhammad.
-Pada 1897, satu persidangan diadakan di Basle, Switzerland untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Untuk merealisasikan impian itu, mereka menubuhkan gerakan Zionis yang diketuai oleh Abdul Hamid.
-Pada 29 November 1947 (5 tahun selepas penubuhan gerakan Zionis), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB - UN) mengisytiharkan pembahagian Palestin kepada 2 bahagian. Satu untuk orang Arab & satu lagi untuk dibina negara haram Israel.

GPMS bantu pelajar dapat tempat di IPTA, IPTS

Kira-kira 700 pelajar yang merayu bagi mengikuti pengajian tinggi menerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) & swasta (IPTS). Daripada jumlah yang diterima masuk menerusi pengambilan ke-2 itu, lebih kurang 500 pelajar ditempatkan di IPTS, manakala selebihnya di IPTA. Pihak GPMS akan berusaha mengemukakan rayuan pelajar lain supaya mereka juga mendapat tempat menerusi pengambilan November lepas. GPMS telah meminta lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) & matrikulasi yang ingin memasuki IPT supaya mengemukakan rayuan sebelum September.

Usaha dilakukan GPMS itu selaras dengan peranannya sebagai agensi setempat pelajar Melayu mendapatkan khidmat kaunseling & bantuan bagi memasuki IPT, sejak 10 tahun lalu. Berikutan tempat disediakan IPTA terhad, sekretariat itu turut memberi khidmat kaunseling kepada pelajar supaya mengikuti pengajian di IPTS yang bekerjasama dengan GPMS. Setakat ini, 8 IPTS bersetuju menyediakan biasiswa & subsidi berbentuk rebat yuran pengajian. Kita jamin IPTS terbabit diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi, selain mendapat kemudahan pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta MARA.

IPTS terbabit ialah Institut Megatech, Kolej Teknologi Cosmopoint, Sal Group of Colleges, Kolej Antarabangsa Inpens, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Kolej Islam Antarabangsa, Kolej Teknologi Mulia, & Institut Pengajian Islam Perlis. GPMS turut mengadakan program motivasi & promosi ke seluruh negara bagi membolehkan pelajar tercicir ke IPT memanfaatkan peluang disediakan. Program itu dilaksanakan mengikut zon, iaitu Zon Utara membabitkan Perlis, Kedah & Pulau Pinang; Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan & Johor); Zon Timur (Terengganu, Pahang & Kelantan) & Zon Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Perak).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi 03-2692 7026 atau e-mel ke gpms_keb@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...