23 Oktober 2012

Bandar resort pinggir air bakal wujud di Kuantan?

Kuantan Beach
Kuantan Beach (Photo credit: Wikipedia)

Syarikat hartanah, Newston International Group Sdn. Bhd. (Newston) bakal membangunkan Kuantan Waterfront Resort City (KWRC) yang terletak di Tanjung Lumpur di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.6 bilion. Projek tersebut akan dibangunkan di atas kawasan tanah tebus guna seluas 202 hektar dan dijangka akan dimulakan menjelang pertengahan tahun depan. Projek bercirikan bandar resort pinggir air ini bakal dilengkapi dengan kemudahan serta tarikan bagi aktiviti pelancongan, hotel, kawasan kediaman, pusat komersial, pusat perniagaan, perubatan dan kesihatan.

Pembangunan projek ini dibangunkan secara lima fasa iaitu dalam tempoh 10 hingga 15 tahun dengan anggaran GDV sebanyak RM1.6 bilion. Fasa pertama akan bermula dengan projek tebus guna tanah bagi pembangunan perumahan termasuklah pangsapuri, banglo dan hotel. Hampir 25 peratus kawasan projek itu akan dibangunkan menjadi pusat pelayaran serta marina yang bakal menarik para pelayar serta kapal-kapal besar dari serata dunia.

Antara fasiliti yang akan diwujudkan ialah taman tema air, aquaria, pusat beli-belah, kedai bebas cukai, terminal kapal pelayaran, restoran terapung, pusat konvensyen dan hotel. Projek ini bakal menyaksikan perubahan wajah baru bagi bandar Kuantan sendiri, selain merubah landskap pelancongan serta menjadikan kawasan ini sebagai ikon pelancongan. Entiti terbaharu itu bakal menyediakan para pengunjung dengan pengalaman serta destinasi gaya hidup yang menarik dan membantu menyerlahkan Kuantan sebagai antara bandar pinggir air yang moden di Pantai Timur.

- UMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...