E-mel (e-mail) adalah pendekatan terkini yang boleh digunakan di kalangan pengguna Internet dalam menghantar surat atau dokumen dengan lebih cekap serta berkesan. Program e-mel yang ditawarkan secara percuma di Internet itu mempunyai pelbagai komponen tambahan yang mampu meningkatkan tahap keberkesanan penggunaan program itu.
Antara komponen menarik yang dilengkapi pada platform e-mel termasuk lampiran (attachment) dokumen bagi tujuan penghantaran fail tertentu menerusi e-mel. Lampiran e-mel itu direka khusus bagi membolehkan anda menghantar fail seperti imej & dokumen daripada sistem storan pemilik ke destinasi dengan lebih mudah serta cekap. Kepada pengguna yang baharu berjinak-jinak menggunakan e-mel, kita akan berkongsi pengetahuan dalam membantu meningkatkan keberkesanan penggunaan program itu. Walaupun pengguna e-mel ditawarkan dengan pelbagai program seumpamanya bagi tujuan penghantaran surat elektronik, kebanyakan aplikasi itu mempunyai ciri paparan yang sama.
Terlebih dahulu sebelum anda dapat melampirkan dokumen atau imej yang dikehendaki, pengguna perlu mendaftarkan akaun diri dengan menggunakan kata daftar pengguna (username) & kata laluan (password) unik tersendiri sedia ada. Apabila pemilik akaun itu memasuki e-mel mereka, pengguna hanya perlu klik pada segmen pesanan baharu (new message). Pada segmen itu, pemilik akaun perlu mengisi ruangan kosong seperti alamat penerima, subjek & pesanan yang hendak dihantar kepada penerima. Susulan daripada itu, pemilik perlu klik pada segmen 'attachment' yang dilengkapi kebiasaannya di bahagian bawah alamat penerima & subjeknya sebelum fail yang hendak dilampirkan dipilih. Fail yang hendak dilampirkan itu boleh dipilih daripada lokasi yang sudah disimpan dengan memilih butang Browse disusuli membuka fail seterusnya perlu disahkan kesahihan dokumen itu. Sekiranya pemilik akaun bercadang untuk melampirkan beberapa dokumen lain, ulangi proses itu sebelum anda menghantarnya kepada penerima.
Perlu ambil peringatan, sekiranya fail yang hendak dihantar itu terlalu besar, ia akan mengambil masa lebih lama untuk satu-satu dokumen itu dimuat naik. Kepada penerima, disarankan supaya tidak membuka lampiran fail yang dihantar sekiranya mereka tidak mengenali latar belakang pemilik asalnya. Hal ini bagi mengelakkan fail yang dihantar itu tidak disertakan dengan ancaman yang boleh membahayakan sistem komputer pemilik.