Memaparkan catatan dengan label Bukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukan. Papar semua catatan

29 Oktober 2012

Bahaya Terpercik Air Liur

Adakah anda mengalami batuk berterusan melebihi dua minggu diikuti demam serta berpeluh pada sebelah petang dan malam, susut berat badan, hilang selera makan dan mudah letih?

Jika ya, anda mungkin dijangkiti penyakit tibi. Mereka yang mengalami simptom di atas dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan lanjut dengan membuat ujian kahak di klinik atau hospital. Tindakan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anda malah dapat mengelak penyakit itu daripada merebak dan menjangkiti orang tersayang.

Batuk sebenarnya sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. “Ia cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara. Justeru seseorang perlu berjumpa doktor jika batuk berpanjangan melebihi tiga minggu sehingga sesak nafas, mengalami kesakitan teruk atau pengsan. Anda perlu risau jika batuk anda semakin teruk sehingga membawa kepada masalah lain seperti muntah darah dan sukar tidur malam. Jika masalah itu berlaku, anda bukan lagi mengalami batuk biasa sebaliknya mungkin menghidap tibi.

air liur
Air liur
Tibi atau nama saintifiknya Mycobacterium tuberculosis berpunca daripada kuman yang merebak melalui udara hasil titisan oleh penghidap penyakit tibi aktif. Tibi boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti selsema. Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam. Bakteria tibi boleh masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru. “Bayangkan seseorang itu boleh dijangkiti apabila penghidap tibi yang batuk, bersin, ketawa atau bercakap terpercik air liur. Orang ramai dinasihatkan menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

Malangnya tidak ramai mengikut saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan. Lebih menakutkan, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa individu itu menyedari yang dia ialah pembawa kuman. Dalam keadaan ini, dia bukan pesakit tetapi boleh menjangkiti orang di sekeliling khususnya warga emas dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera. Bukan hanya paru-paru, tibi juga boleh menyerang bahagian anggota badan yang lain.

- UMO

14 September 2012

Volkswagen Das Auto Show 2012

Hujung minggu lepas telah berlangsungnya pameran kereta dari syarikat pengeluar kenderaan utama Jerman, iaitu Volkswagen. Pameran Volkswagen DasAuto Show 2012 telah berlangsung pada 8 - 9 September 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Saya telah pergi pada sesi petang hari Ahad. Pameran ini menekankan ikon utama mereka iaitu kereta Beetle yang mengalami beberapa perubahan reka bentuk luaran dan dalaman sejajar arus kemodenan dunia permotoran. Pameran ini dibuka kepada umum memerlukan pendaftaran secara dalam talian (online) untuk menempah 'tiket' yang mana mereka diberi keutamaan untuk masuk berbanding yang tidak mendaftar. Sampai di sana saya perlu membuat pengesahan pendaftaran dan akan diberi 'wristband' untuk masuk. Di luar ada juga beberapa aksesori lama kereta.

Wristband
Selepas masuk saya dibawa ke dewan pertama. Kami semua duduk di situ untuk menonton tayangan khas tentang sejarah kereta Beetle dan temu bual pemilik kereta di Malaysia. Kemudian ada nyanyian dan tarian di samping kereta Beetle tersebut.

Ramainya yang datang

Draf...






Enhanced by Zemanta

13 September 2012

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

cooking
cooking (Photo credit: Wikipedia)
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 

Enhanced by Zemanta

30 April 2008

Kaedah membangunkan blog sendiri

Blog adalah istilah terkini yang diperkenalkan dalam dunia web bagi membolehkan pemiliknya menulis serta mengetengahkan pelbagai perkara, termasuk maklumat harian pemilik, pengalaman serta isu yang berlaku di dunia ketika ini. Ia yang juga singkatan bagi 'weblog' atau laman web peribadi itu membolehkan orang ramai untuk menyuarakan pendapat mereka tanpa perlu bimbang sekatan daripada kerajaan.

Kali ini anda akan diketengahkan kaedah membangunkan blog pengguna sendiri. Bagi blog yang dimiliki Google, ia dilengkapi aspek pembelajaran antaramuka yang mudah untuk dipelajari atau difahami. Kepada pengguna internet yang baru berhasrat membangunkan blog sendiri, mereka perlu melayari laman web http://www.blogger.com/ untuk peringkat permulaan. Di laman utamanya, anda pasti dapat melihat senarai nama blog yang dikemaskini yang turut dilengkapi rangkaian aktiviti semasa yang berlaku dalam talian.

Sebagai permulaan, untuk membangunkan blog sendiri, anda perlu memilih butang membangunkan blog sendiri (Create Your Blog Now). Bagi membolehkan aspek pembangunan blog berjalan lancar, pengguna perlu memiliki akaun Google yang akan membolehkan pemiliknya menggunakan pelbagai perkhidmatan Google. Kemudian, anda perlu memilih nama yang hendak dipaparkan pada paparan utama blog itu yang kemudian akan disusuli dengan panduan arahan seterusnya. Apabila tajuk blog anda sudah dipilih, langkah seterusnya membabitkan penetapan alamat web pemilik bagi blog masing-masing yang boleh dipilih daripada rangkaian yang disediakan. Contoh alamat penuh blog pemilik adalah seperti http://(nama blog).blogspot.com/ yang akan ditempatkan dalam dunia virtual.

Apabila langkah membangunkan blog diikuti, pemilik boleh melihat sendiri hasilnya termasuk pesanan terkini yang dimasukkan dalam blog masing-masing. Blog adalah perantaraan terkini bagi membolehkan pengguna dunia web berkongsi pengetahuan. Bagi memastikan paparan teknologi terkini itu dapat memberikan faedah kepada penggunanya, pemilik blog disaran untuk hanya mengetengahkan kandungan web yang boleh membangunkan minda masyarakat bukan sebaliknya.
Enhanced by Zemanta

26 November 2007

Waspada impak negatif matahari

Sinaran matahari sememangnya bermanfaat untuk tubuh badan terutama kulit. Tetapi awas, sinar matahari yang melebihi jam 10 pagi boleh mendatangkan bahaya kepada kita! Ketahui impak negatif sinaran matahari kepada kulit:
  • Pendedahan kulit yang keterlaluan pada cahaya matahari akan menyebabkan ia terbakar atau disebut sebagai erythema.
  • Alergi atau photodermatosis biasa terjadi pada kulit yang sensitif pada matahari.
  • Penyebab utama penuaan kulit disebabkan kurangnya penghasilan melanin.
  • Menjadikan kulit kusam dan berkerut.
  • Kesan paling teruk menyebabkan kanser kulit.


Enhanced by Zemanta

20 April 2007

Atasi enjin motosikal bergegar

English: The author's own Yamaha Lagenda 110 m...
English: The author's own Yamaha Lagenda 110 motorcycle with its trunk being installed. Bahasa Melayu: Motosikal Yamaha Lagenda 110 penulis dengan kotak barangan yang terpasang. (Photo credit: Wikipedia)

Masalah motosikal bergegar ketika memecut 80 hingga 100 km/j & kurangnya daya pecutan memang menghantui pemilik motosikal. Masalah ini bukan saja menyebabkan pemanduan kurang selesa malah dikhuatiri kenderaan itu akan mati di tengah jalan. Apa pun, masalah gegaran perlu dikaji dari pelbagai aspek, sama ada gegaran itu datangnya dari enjin atau dari roda motosikal. Gegaran enjin lazimnya lebih ketara apabila kelajuan melebihi sesuatu tahap rpm itu iaitu ia menjadi lebih teruk apabila melepasi tahap itu. 

Gegaran pada roda kadangkala tidak menimbulkan masalah serius. Ada ketikanya sewaktu memandu lebih laju gegaran pada kelajuan 80km/j akan hilang apabila anda melepasi 85 km/j. Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan pengimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok. Gegaran enjin pula membayangkan tahap kehausan komponen enjin melebihi tahap kelegaan dibenarkan dan mungkin enjin memerlukan baik pulih (overhaul).

Ini adalah kerana enjin haus dan bergetar apabila ia beroperasi dan menyebabkan gegaran. Punca gegaran enjin ini boleh datang dari berbagai-bagai bahagian enjin, sama ada dari piston, gegalas utama atau main-bearing dan mungkin dari bahagian klac atau flywheel. Bagi masalah kurang daya pecutan, ada beberapa punca yang perlu dikenal pasti terlebih dulu. Clutch slip biasanya terjadi disebabkan 2 perkara, iaitu menggunakan minyak pelincir yang terlalu tinggi tahap pelinciran dan tidak sesuai untuk jentera atau kerana kehausan komponen klac seperti piring klac dan spring. 

Prestasi yang baik hanya didapati apabila menggunakan alat ganti tulen atau alat ganti perlumbaan yang sememangnya jauh lebih mahal. Gear yang sukar dimasukkan sepatutnya tidak dialami bagi enjin yang baru dibaik pulih kerana mekanik yang baik dapat mengesan kerosakan pada tuil gear di dalam enjin, jika itu masalahnya. Namun sistem klac yang tidak beroperasi dengan baik juga menyebabkan gear susah dihubungkan atau susah masuk kerana klac tidak dapat membebaskan piring klac sepenuhnya menyebabkan ia masih terhubung dengan batang engkol. Mungkin masalah gear ada kaitannya dengan masalah klac. Enjin yang hilang kuasa apabila pendikit terlebih pulas menggambarkan pelarasan karburetor yang tidak tepat dan terlalu mewah sehingga membasahkan plug. Tetapi ini boleh berlaku pada enjin yang mengalami kebocoran mampatan apabila campuran bahan api tidak sempat dibakar sepenuhnya untuk enjin bertindak balas pada penambahan bahan api. Ini sepatutnya tidak terjadi pada enjin yang baru dibaik pulih.

Apapun, pengguna perlu menjaga motosikal dengan baik sepanjang masa. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal. Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum. Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya. Pastikan juga motosikal sentiasa dibersihkan dan seperti yang pernah diperkatakan, basuh sendiri motosikal dan teliti setiap bahagian sambil memeriksa setiap komponen untuk mengenal pasti kerosakan kecil yang mungkin dialami. Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal. Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian. 

Dapatkan nasihat rakan berpengalaman dan pelajari cara mengenal pasti tahap kehausan. Sebagai contoh, tayar mempunyai penanda tahap kehausan untuk memberi panduan bilakah tayar perlu ditukar. Bateri pula perlu diperiksa tahap elektrolit dan selalunya tahan sehingga 2 tahun. Penelitian adalah penting untuk memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan baik. Hantar motosikal untuk diperiksa mekanik bertauliah seandainya dirasakan perbezaan sewaktu mengendalikan motosikal anda. Ini menjamin tahap keselamatan jentera dan menjanjikan kepuasan jangka panjang.


Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...