Hujung minggu lepas telah berlangsungnya pameran kereta dari syarikat pengeluar kenderaan utama Jerman, iaitu
Volkswagen. Pameran Volkswagen DasAuto Show 2012 telah berlangsung pada 8 - 9 September 2012 di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (
KLCC). Saya telah pergi pada sesi petang hari Ahad. Pameran ini menekankan ikon utama mereka iaitu kereta Beetle yang mengalami beberapa perubahan reka
bentuk luaran
dan dalaman sejajar arus kemodenan dunia permotoran. Pameran ini dibuka kepada umum memerlukan pendaftaran secara dalam talian (
online) untuk menempah 'tiket' yang mana mereka diberi keutamaan untuk masuk berbanding yang tidak mendaftar. Sampai di sana saya perlu membuat pengesahan pendaftaran dan akan diberi 'wristband' untuk masuk. Di luar ada juga beberapa aksesori lama kereta.
|
Wristband |
Selepas masuk saya dibawa ke dewan pertama. Kami semua duduk di situ untuk menonton tayangan khas tentang sejarah kereta Beetle dan temu bual pemilik kereta di
Malaysia. Kemudian ada nyanyian dan tarian di samping kereta Beetle tersebut.
|
Ramainya yang datang |
Draf...