Panduan jimatkan penggunaan bahan bakar
- Rancang dahulu perjalanan & pilih laluan paling dekat untuk ke sesuatu destinasi.
- Hentikan tabiat suka bersiar-siar dengan kereta.
- Hadkan perjalanan yang kurang penting seperti ke pasar & pasar raya.
- Memandu pada tahap kelajuan tetap & tidak memecut.
- Amalkan penggunaan pengangkutan awam.
- Kurangkan penggunaan penghawa dingin.
- Jika berhenti di lampu isyarat, gear kenderaan hendaklah berada pada kedudukan bebas (neutral).
- Jangan memotong kenderaan jika tidak perlu kerana ia boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.
- Elak daripada memandu di kawasan sesak.
- Pastikan semua fungsi kenderaan & enjin dalam keadaan sempurna.