- MM
14 November 2012
Perempuan Kini Lebih Suka Menipu?
Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki. Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya. Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing. Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil. Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi
- MM
- MM
Perempuan Kini Lebih Suka Menipu?
2012-11-14T04:48:00+08:00
Izzuddin Shah
Choi|Dan|Dari|Duduk|Fianna Fáil|Internal|Kali|Sports|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)