- Jika berlaku sesuatu kepada anak, jangan panik. Ambil pendekatan bertenang dan fikirkan apa perlu dilakukan bagi memudahkan keadaan.
- Perkara pertama perlu dilakukan jika anak hilang di pusat beli-belah ialah beritahu anggota keselamatan pusat beli-belah berkenaan.
- Jika membawa anak ke kawasan umum atau pusat beli-belah, pastikan anak tidak dibiarkan berjalan seorang diri.
- Bergilir dengan suami/isteri menjaga, dan memerhati anak ketika anda memilih barang.
- Penggunaan gelang ada nombor kecemasan dan alamat juga boleh dilakukan untuk memudahkan urusan sekiranya anak hilang.
- Simpan gambar anak dalam tas tangan kerana jika anak hilang, anda perlu membuat tindakan segera dengan menjerit atau memanggil nama anak serta menunjukkan gambar anak kepada orang ramai.
- BH