29 November 2012

Tips Tanam Petola

Persediaan tanah 

  • Petola segi akan mengeluarkan hasil yang tinggi jika ditanam di tanah yang gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan mempunyai saliran yang baik.
  • Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sm untuk memudahkan pertumbuhan akar.
  • Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara 1-1.2 meter,tinggi batas antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter.
  • Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu hingga tiga kg/meter persegi, bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok.


Penanaman

  • Jarak tanaman yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sm antara pokok dan 60 dan 100 sm antara barisan.
  • Biji benih boleh ditanam terus ke batas atau disemai dulu ditapak semaian sebelum di ubah ke ladang.
  • Jika ditanam terus, gali lubang sedalam satu hingga dua sm dan letak dua atau tiga biji benih dengan menjarakkan dua sm antara satu sama lain, benih dikambus menggunakan tanah halus.
  • Kadar biji benih yang diperlukan ialah lima kg/hektar.
  • Selepas seminggu anak benih bercambah, ia perlu dijarangkan dengan mencabut anak benih yang kurang segar, tidak sihat, tinggalkan satu pokok sahaja setiap lubang penanaman bagi mengelakkan persaingan dari segi makanan, ruang, cahaya dan air.
  • Tanah di keliling anak benih dipadatkan supaya pokok lebih kuat dan akar tidak terdedah.


Pemangkasan

  • Pemangkasan dilakukan dengan mencantas dahan sisi dan pucuk terutama cabang sisi yang tumbuh 30 sm dari paras tanah, ia bagi menggalakkan pertumbuhan batang utama supaya cepat memanjat "trelis"/junjung yang disediakan dan memperbaiki pengudaraan tanaman, mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan menggalak pengeluaran buah.


Penyediaan junjung

  • Petola segi memerlukan junjung atau penyokong untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan proses penuaian.
  • Sistem trelis boleh digunakan iaitu dengan memacakkan kayu beruti berukuran 5 sm x 5 sm x 6.5 meter panjang setiap jarak 3 meter.
  • Kemudian regangkan dawai kasar antara puncak kayu beluti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas, gunakan paku untuk memasang dawai dibahagian atas dan bahagian bawah antara antara 20 dan 30sm dari permukaan tanah batas.
  • Tali rafia diikat antara dua dawai halus bagi membantu anak pokok memanjat bila telah berumur dua minggu.


Pengairan

  • Pokok petola segi memerlukan air yang banyak untuk kelembapan yang cukup bagi pertumbuhan yang lebih subur.
  • Penyiraman dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sehingga memungut hasil. Pengairan dibuat secara manual atau menggunakan sistem pengairan.
  • Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina bagi menyalirkan air yang berlebihan ke parit utama.


Pengawalan rumpai

  • Pengawalan rumpai adalah penting untuk menjamin hasil yang tinggi, kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang. Rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu sama ada secara manual atau secara kimia ia dilakukan dua atau tiga bulan sekali, elakkan semburan pada tanaman.


Pembajaan

  • Baja yang disyorkan ialah 70 kg N:140 kg P2O5:200 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada jenis tanah di satu satu kawasan, keperluan nutrien tanaman, masa dan cara pembajaan .
  • Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus.
  • Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu dan sebelum tanaman berbunga.  


Kawalan perosak dan penyakit

  • Serangga yang biasa menyerang petola segi ialah lalat buah (Dacus sp), serangan pada buah yang menyebabkan buah berlubang dan busuk, buah muda yang diserang menjadi teruk dan berubah bentuk dan terbantut, pastikan buah petola dibungkus dan musnahkan buah yang diserang perosak.
  • Serangan kumbang daun (Aulacophora sp) pada bahagian akar dan daun oleh kumbang dewasa dan larva kumbang menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman, gunakan racun yang sesuai sebagai kawalan
  • Penyakit utama ialah kulapuk berdebu (Erysiphe cichoracearum) yang menyebabkan tompok putih dan berdebu di permukaan daun dan merebak pada keseluruhan daun dan bertukar menjadi kuning, perang dan kering dan berkedut.
  • Pokok yang diserang kurang berbuah dan kecil bentuknya. Jika terdapat tanda serangan musnahkan daun yang diserang dan sembur dengan racun kulat  yang sesuai.
  • Serangan kulapok downy (Pseudopereronospora cubensis) ialah pada daun, terdapat bintik berbentuk bersiku siku, berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun, lapisan bawah diselaputi spora dan akhirnya menjadi perang dan mati, buah akan terbantut, pastikan daun yang diserang dimusnahkan.
  • Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang sesuai.


Penuaian

  • Petola segi boleh dituai antara enam dan tujuh minggu selepas penanaman.
  • Tuaian hasil dibuat selang sehari dan berterusan antara antara 50 dan 60 hari.
  • Anggaran hasil ialah 12-20 tan/hektar. Tangkai buah dipotong 1.5 sm dari tangkai buah, ia digred mengikut saiz, kesegaran dan tahap serangan penyakit serta serangga. Petola segi tahan selama tiga hari tanpa menjejaskan kualiti jika disimpan pada suhu ambian.
  • Pada suhu 15 dan kelembapan kira-kira 95 peratus tahan disimpan selama dua minggu.

- UMO

28 November 2012

AsiaCube? Sertai Sekarang!


AsiaCube sebuah lawan web pertukaran sosial dimana pengguna boleh bertukar pengikut di Twitter, Pinterest, Stumbleupon, serta ‘LIKE’ di laman Facebook dan pertukaran trafik sesama blogger. Konsep web sangat mudah iaitu seperti  ’I like you, you like me’ atau ayat yang biasa didengar ‘I follow you, you follow me’. Tetapi kesemua aktiviti anda akan perlu menggunakan sistem coins. Mudah cerita, semakin banyak coins anda ada, semakin ramai yang boleh follow/like anda!

AsiaCube masih baru. Oleh itu satu program ganjaran dan pemberian istimewa telah dibuat sebagai menghargai mana-mana blogger yang turut sama memperomosikan AsiaCube.


Pengecas Telefon Bimbit Tanpa Soket?

Masalah mendapatkan pengecas telefon bimbit terutama ketika saat genting mungkin boleh diatasi dengan menggunakan pengecas telefon bimbit mudah alih jenama Zelite keluaran syarikat bumiputera, Accuwest Sdn Bhd. Pengecas telefon bimbit mudah alih itu atau Z2100 bukan saja boleh digunakan di mana-mana, malah mampu bertahan sehingga lapan jam. Semua orang mempunyai produk teknologi yang menggunakan kuasa bateri, namun ia akan menjadi masalah jika tidak dapat dicaj hanya kerana tidak menjumpai soket dinding.

Dengan menggunakan produk ini, telefon bimbit boleh dicaj di mana-mana tanpa sebarang masalah kerana ia turut dilengkapi dengan penyambung telefon bimbit yang bersesuaian. Syarikat tersebut telah melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan produk itu dan mengetengahkan konsep teknologi serta gaya dalam menampilkannya. Ia dihasilkan dengan warna dan gaya menarik supaya pengguna berasa berbaloi membelanjakan wang untuk membelinya. Malah, ia adalah yang pertama menggabungkan teknologi dan gaya dalam satu produk.

Produk itu diperbuat daripada lithium polimer yang tidak akan meletup pada suhu ekstrem dan menggunakan konsep teknologi hijau. Produk ini juga direka dan diakui berkualiti kerana sudah dipasarkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) serta mendapat sambutan menggalakkan. Mereka yang berminat menjadi ejen pemasaran atau mendapat maklumat lanjut boleh atau layari zelite.net.

- MM

AHB: Pulangan Lumayan Risiko Rendah

Pelaburan penting sebagai persediaan masa akan datang kepada individu. Namun, pemilihan pelaburan juga memainkan peranan penting bagi memberi manfaat kepada pelabur itu sendiri. Antara yang terbaru ditawarkan di pasaran adalah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Apakah objektif utama pelancaran AHB kepada orang ramai? 

Objektif utamanya adalah untuk membuka peluang kepada kaum Bumiputera dalam pelaburan pemilikan hartanah komersial perdana, terutamanya di bandar raya utama di Malaysia. Oleh itu, pelaburan dalam AHB ini amat sesuai untuk pelabur Bumiputera kerana ia memberikan pulangan yang lumayan dan stabil pada risiko yang rendah. Ia juga menggunakan pendekatan syariah dan boleh dijual semula dengan segera sekiranya wang pelaburan ini diperlukan oleh pelabur untuk tujuan lain.

Apakah kelebihan jika melabur dalam AHB? 

AHB menawarkan suatu kelainan iaitu pelaburan di dalam hartanah komersial perdana di lokasi strategik terutamanya di Lembah Klang. Ia adalah peluang pelaburan pada risiko yang rendah dan dikawal selia secara langsung oleh kerajaan. Dengan pelaburan minimum iaitu hanya RM500, skim AHB ini mampu disertai oleh sebahagian besar Bumiputera. Seterusnya penyertaannya juga amat mudah iaitu melalui semua cawangan Maybank di seluruh negara.

Apakah kelebihan dalam pelaburan hartanah seperti ini dan apakah impaknya kepada pelabur? 

Antara kelebihan dalam pelaburan hartanah terutamanya AHB adalah menerusi Unit Amanah berteraskan Hartanah Perdana iaitu pelaburan yang kukuh dan mempunyai risiko lebih rendah berbanding kebanyakan pelaburan lain. Pada jangka panjang, nilai hartanah dan kadar sewaan bagi lokasi di pusat bandaraya lazimnya akan meningkat naik. Selain itu, AHB adalah pelaburan yang rendah dengan harga RM1 seunit iaitu pelaburan minimum RM500 dan tambahan serendah RM100 saja. Malah, ia mudah disertai dan berisiko rendah. Pelabur pula akan dapat mengurangkan risiko kerugian pada nilai pokok pelaburan dengan harga seunit tetap pada RM1.

Jika dilihat pembabitan Bumiputera dalam bidang pelaburan agak kurang berbanding dengan kaum lain. Oleh itu, apakah inisiatif PHB dalam menarik lebih ramai kaum Bumiputera untuk melabur terutama dalam bidang hartanah? 

Kurangnya pembabitan Bumiputera dalam bidang hartanah adalah kerana ia memerlukan modal yang besar. Oleh itu, PHB menyahut seruan kerajaan untuk memantap dan meningkatkan pemilikan dan pegangan Bumiputera dalam pemilikan menguntungkan hartanah komersial utama di Lembah Klang melalui pelancaran AHB yang mana hanya terbuka kepada kaum Bumiputera saja.

- MM

Tip Asas Penjagaan Bahagian Motosikal

Antara kita sebagai pengguna motosikal langsung tidak mengambil berat atau menjaga tempoh servis yang betul setiap hari atau hujung minggu, kita hidupkan enjin dan terus menunggang. Tahukah anda ada beberapa bahagian yang harus diperiksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memastikan motosikal anda selamat untuk ditunggang sama ada ke tempat kerja mahupun berkonvoi di hujung minggu.

Saya ingin berkongsi tip untuk penjagaan bahagian penting pada motosikal terutamanya yang berusia dua tahun ke atas atau perlu menempuhi perjalanan yang jauh setiap hari. la penting dan harus diambil perhatian sewajarnya demi menjamin keselamatan ketika menunggang.

Saluran getah minyak

Pastikan ia tiada kebocoran, rosak atau kembang .Sekiranya terdapat tanda-tanda kebocoran atau bau minyak, jangan tunggu lama dan terus ke bengkel berhampiran untuk menukar yang baru.

Brek

lni antara bahagian terpenting bagi memastikan keselamatan terjamin. Periksa tekanan brek depan dan belakang, minyak brek mencukupi, lapisan brek (break pad) atau servis setiap enam bulan. Pastikan juga lampu brek menyala bila ditekan.

Tayar

Periksa tekanan angin mencukupi mengikut bacaan yang tepat pada tayar depan dan belakang. Tayar harus ditukar sekiranya terdapat rekahan terutama pada usia hampir setahun atau sering menggunakannya untuk perjalanan yang jauh. Gunakanlah tayar yang bermutu tinggi terutama bagi mereka yang kerap berkonvoi atau suka menunggang laju demi menjamin keselamatan ketika menunggang.

Minyak enjin

Paras minyak enjin harus diperiksa agar tepat dan mencukupi. Enjin tidak akan bermasalah sekiranya penjagaan atau pertukaran minyak dilakukan mengikut masa atau jarak kilometer yang telah ditetapkan. Ini amat penting untuk memastikan kelancaran dan ketahanan enjin yang lebih baik. Penggunaan minyak enjin yang berjenama adalah digalakkan untuk kelancaran yang berpanjangan.

Rantai motor

Semburkan minyak rantai motor anda dengan penyembur minyak rantai pada setiap 300km perjalanan atau dua hari sekali. Rantai kering atau berkarat akan merosakkan sprocket atau boleh menyebabkan rantai putus. Rantai yang terlalu lama digunakan atau longgar, keras, berkarat dan sebagainya harus ditukar bersama sprocket depan dan belakang. Rantai harus diikat tidak terlalu ketat atau longgar.

Tali kabel

Periksa kesemua tali kabel iaitu brek, klac dan minyak. Pastikan kelembutan bila ia ditarik. Ini penting kerana tali kabel yang keras dan berkarat akan menyebabkan ia putus atau keras bila ditarik dan akan mengganggu kelancaran penunggangan.

Lampu dan bateri berfungsi

Seelok-eloknya periksa lampu hadapan, belakang dan lampu membelok sebelum memulakan perjalanan. Ini amat penting terutama ketika menunggang sewaktu hujan. Jangka hayat bateri yang dijaga dengan betul ialah antara satu hingga dua tahun sahaja. Sila periksa tarikh terakhir yang anda tukar.

Tidak Fasih Berbahasa Inggeris, Peluang Dapatkan Pekerjaan Tipis?

Sejak dilaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), pada tahun 2003, terdapat segelintir pihak meluahkan rasa tidak puas hati. Malah, ada yang menyarankan supaya ia diberhentikan segera. Mereka berharap supaya murid sekolah rendah dan pelajar menengah kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kebanyakan kelompok pejuang bangsa dan budaya beranggapan dengan berlangsungnya sesi pembelajaran PPSMI dalam bahasa Inggeris, ia mampu membunuh bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Tidak kurang juga yang mencanangkan dengan terlaksananya sistem ini maka generasi muda terutamanya pelajar sekolah akan melupakan bahasa Melayu dan terus-menerus mengagung-agungkan bahasa Inggeris. 

Seharusnya pendedahan bahasa Inggeris perlu dimulakan sejak tadika lagi. Ia sebagai persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke sekolah rendah supaya mereka tidak termangu-mangu apabila mempelajari subjek yang menggunakan bahasa Inggeris. Apabila inisiatif ini diteruskan maka prestasi dan proses pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dapat dikekalkan sehingga ke sekolah menengah dan peringkat universiti. Lagipun di universiti tempatan atau antarabangsa, kebanyakan buku penyelidikan dan jurnal ditulis di dalam bahasa Inggeris. Bagi individu yang merasakan sistem ini membunuh bahasa Melayu, hakikatnya mungkin ada baik dan buruknya apabila kita menggunakan bahasa Inggeris. Bagi para pelajar di bandar, mereka mungkin tidak menghadapi masalah kerana sudah banyak pendedahan yang diperoleh. Tetapi, bagi pelajar di luar bandar yang sentiasa menggunakan bahasa Melayu, mereka mungkin berasa berat untuk menerimanya.

Namun begitu, jangan pula masalah ini dijadikan alasan untuk kita memberhentikan PPSMI. Mungkin ia dapat diatasi sekiranya pihak Kementerian Pelajaran menghantar kumpulan guru terbaik dan profesional di sekolah luar bandar dan pedalaman. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad menyarankan supaya pelajar tidak menganggap penggunaan bahasa Inggeris sebagai beban. Sebaliknya, beliau menyarankan supaya ia diterima dengan gembira kerana ia merupakan jalan kepada ilmu-ilmu yang lain. Apa yang dilakukan oleh kementerian bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memudahkan pelajar apabila meningkat dewasa kelak. Tidak bermakna mempelajari bahasa Inggeris maka kita memperlekehkan bahasa Melayu. Hakikatnya, kita tidak mampu untuk memperoleh ilmu baru memandangkan banyak koleksi buku, kertas penyelidikan dan jurnal ditulis di dalam bahasa Inggeris. Bayangkan bagaimana kita ingin memahami dan membaca jurnal bahasa Inggeris, sedangkan kita tidak boleh berbahasa Inggeris. Tidakkah ini merugikan diri dan negara? Cuba fikirkan, alangkah baiknya sekiranya kita fasih dan memahami bahasa Inggeris. Dengannya, kita berpeluang membelek buku yang menawarkan pelbagai bahan.

Bukan itu sahaja, apabila masyarakat mampu menguasai dua bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), mungkin kita dapat menjadi penterjemah. Impaknya, banyak buku dan jurnal penyelidikan Sains dan sebagainya dapat dialih ke bahasa Melayu. Beliau turut berkata, orang Melayu tidak akan berkurangan apabila mempelajari Matematik atau Sains di dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, ia dapat melahirkan kaum Melayu Malaysia yang berpengetahuan. Selain itu, Tun Mahathir turut meluahkan pendapat iaitu jika seseorang tidak fasih berbahasa Inggeris maka peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan adalah tipis. Lagipun kerajaan Malaysia sememangnya memerlukan rakyat yang bijak dalam bahasa Inggeris. Masyarakat luar (antarabangsa pasti tidak mahu menjalin kerjasama kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu.

- BHO

Tahukah Anda Gaji Wajib Dizakat?

Ramai orang tahu zakat adalah wajib, namun ramai juga yang kurang mengetahui bahawa zakat yang dimaksudkan tidak terhad kepada zakat fitrah saja sebaliknya ia turut meliputi pendapatan yang diperoleh setiap bulan. Sama ada pendapatan individu atau syarikat perniagaan, jumlah disumbangkan dapat membantu golongan memerlukan, malah dengan berzakat ia menambah keberkatan hidup kita.


Bagaimana tahap kesedaran orang ramai terhadap amalan membayar zakat?


Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, orang ramai semakin sedar mengenai kepentingan membayar zakat dan jumlahnya semakin bertambah sepanjang tahun. Namun, jumlah pembayar zakat belum mencapai tahap 100 peratus di mana ada segelintir individu yang layak membayar zakat, tetapi gagal berbuat demikian atau mungkin tidak tahu bahawa pendapatan yang mereka peroleh wajib dikenakan zakat. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana banyak saluran pembayaran sudah disediakan bagi memudahkan pembayar melaksanakan tanggungjawab mereka termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter PPZ (Pusat Pungutan Zakat). Melalui perangkaan PPZ, jumlah pembayar zakat untuk tahun lalu adalah seramai 93,225 orang namun kebiasaannya hanya 90 peratus saja tampil melaksanakan tanggungjawab mereka.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada pendapatan dimiliki itu wajib dikenakan zakat kerana mungkin ada individu berpendapatan kecil dan banyak tanggungan berpendapat mereka tidak perlu membayar zakat pendapatan?


Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat. Pengiraan yang dikenakan agak mudah, malah PPZ menyediakan pelbagai saluran untuk membantu orang ramai membuat pengiraan sendiri. Mereka juga boleh mengunjungi PPZ untuk membuat pengiraan dengan bantuan kakitangan atau melayari laman web PPZ yang mana turut menyediakan panduan pengiraan. Sekiranya seseorang individu mempunyai banyak tanggungan, pengiraan turut membabitkan jumlah tanggungan dan ia akan ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan. Tanggungan yang dimaksudkan termasuk ibu bapa, anak-anak serta isteri. Malah, beberapa perbelanjaan juga akan ditolak daripada pendapatan tahunan individu termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Selepas membuat pengiraan, mungkin ada pendapatan individu yang tidak diwajibkan zakat, namun adalah digalakkan untuk membuat potongan gaji walaupun serendah RM10 kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan dan pada masa sama menyucikan pendapatan kita.

Setiap tahun, jumlah pembayar zakat tidak mencapai jumlah 100 peratus dan ini bermakna masih ada yang enggan berbuat demikian. Apakah tidak ada tindakan boleh diambil untuk memastikan mereka melunaskan bayaran?

Setakat ini tidak ada akta khusus untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal membayar zakat, malah PPZ menggunakan kaedah mendidik bagi memastikan jumlah pembayar zakat meningkat setiap tahun. Walaupun tidak ada akta untuk menghukum, namun kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk pembayar zakat antaranya rebat cukai pendapatan individu serta rebat sebanyak 2.05 peratus untuk syarikat yang membayar zakat perniagaan. Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan pembayar zakat menjalankan tanggungjawab mereka. Malah, untuk tempoh jangka panjang, PPZ juga merancang menjadikan zakat sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran serta memberi pendedahan awal kepada bakal pembayar termasuk pelajar universiti yang bakal menjengah alam pekerjaan atau perniagaan untuk melaksanakan peranan mereka.

Apa harapan terhadap orang ramai yang mungkin masih keliru dan tidak tahu mengenai pembayaran zakat pendapatan dan perniagaan?

Zakat adalah satu daripada rukun Islam dan zakat adalah proses pemulangan hak orang lain dalam harta kita. Dengan berzakat ia dapat membersihkan diri daripada bersifat bakhil. Tidak timbul isu kita jatuh miskin sekiranya mengeluarkan sedikit duit untuk membayar zakat kerana Allah menjanjikan pulangan 700 kali ganda daripada jumlah dikeluarkan. Dengan pelbagai kemudahan, tidak ada alasan untuk kita tidak membayar zakat. Ahli lembaga syarikat juga perlu memainkan peranan menyemak akaun syarikat sama ada wajib zakat atau tidak kerana ia akan dipersoalkan di akhirat.

Renungan:


Layari laman web Pusat Pungutan Zakat untuk pelbagai maklumat berkenaan zakat.

- MM

27 November 2012

Aplikasi Blogger Di Android Semakin Cun

Menarik dan menikam kalbu. Begitulah rasanya ketika membuka aplikasi Blogger di telefon pintar Sony Xperia Sola ku ini. Jarang sebenarnya guna aplikasi ni sebab lebih selesa menulis blog di komputer riba atau PC je. Namun dengan antaramuka (interface) lebih moden dan menarik membuatkan semangat menulis entri baru makin meningkat. Nampaknya Google semakin peka dengan keperluan penggunanya. Selain rupa lebih cun, saya merasakan menggunakan aplikasi ini lebih mudah dari versi sebelum ni. Ciri 'swipe' di skrin memudahkan saya mengakses entri yang telah diterbitkan mahupun yang masih draf, yang tiada pada versi sebelum ni. Menu utama aplikasi ni memberi akses pantas kepada 4 fungsi utama iaitu Blog, Tulis, Arkib, dan Ketetapan (setting). Mudah betul. Namun tiada fungsi statistik trafik buat masa ini, suatu kekurangan penting yang patut disertakan pada versi akan datang. Aplikasi Wordpress telah pun ada fungsi ni. Takpelah pelan-pelan kayuh ye encik Google. Kombinasi warna oren, putih, hitam dan kelabu memang cun lah!
P/S: entri ni 100% ditaip guna aplikasi tersebut :-)

Review: Imanpuri Interior & Architecture 2

Anis Amir:Imanpuri Interior & Architecture. Korang tau?

These are seriously awesome! Dahsyat-dahsyat meh ideanya. Nak moden ke, klasik ke, cakap je. Insya Allah akan ditunaikan. Kalau dah betul-betul minat, seseorang tu mesti akan buat betul-betul sampai dia sendiri puas hati kan? Kalau korang perasan, dalam majalah Seni Hias, Glam Deko, Impiana, Dapur Impiana, surat khabar berita minggu dalam slot Hias ada kupasan pasal hiasan dalaman oleh Encik Anis Amir. Tu pun kalau korang ada beli majalah-majalah ni. Terpegun ke tak, jom layan sepam dua printscreen daripada majalah-majalah tu.

MAJALAH IMPIANA



Ni contoh soal jawab. Ada apa-apa masalah, tanyalah.



BERITA MINGGU


Semua awesomelah!!! Kepada korang, tak kisahlah untuk rumah sendiri, perniagaan, kolej atau apa-apa je yang nak diubah suai, ada yang berminat nak rasa sentuhan eksklusif Encik Anis Amir? Sebarang pertanyaan, jangan tanya saya yang tak pakar ni. Rajinkan tangan tekan link ni http://www.imanpuri.com/ dan http://anis-amir.blogspot.com/. Nak cepat, terus je telefon guna nombor ni: 03-5541 1018 atau emelkan pertanyaan ke anis@imanpuri.com atau imanpuri@yahoo.com. Boleh jugak ‘like’ dan berhubung di https://www.facebook.com/imanpurienterprise. Nak pergi sendiri ke Imanpuri Design & Architecture ni? Boleh, tak ada masalah. Ni alamatnya siap peta sekali: 








Review: Imanpuri Interior & Architecture

Anis Amir:Imanpuri Interior & Architecture. Korang mau?

Kerja menghias kediaman ni bukan satu kerja yang senang tau. Idea kreatif KENA ada. Dah tu KENA pandai bajet ruang pulak. Efek cahaya KENA ambil kira. Fikir perabot apa yang KENA dengan kediaman tu. Senang kata, semua KENA lah! Hehehe. Satu kepuasan bila apa yang kita hiaskan tu menjadi dan menarik di mata semua orang. Jom kita tengok hasil tangan dan idea kreatif Encik Anis Amir, penaung ImanPuri Interior & Architecture yang terletak di Seksyen 20, Shah Alam.



Ada banyak sebenarnya perkhidmatan yang ditawarkan:
• Space Planning
• Residential
• Commercial
• Landscaping
• IMANPURI interior & architecture Photography
• Carpentry Work
• Interior Accessories


KLINIK PERGIGIAN AL-ANSAR, ALAM BUDIMAN, SHAH ALAM






Hijau lembut yang mendamaikan pandang Budak-budak takla rasa nervous sangat nak jumpa doktor pencabut gigi kan. Mainan warna pun tak banyak sangat. Jadi, tak nampakla serabutnya. Sesuaila tu dengan klinik. Kena suasana yang tenang-tenang. Baru rasa aura sihatnya. Suka gabungan warna ni.


MAS CAFE, SFB, KLIA, SEPANG



Siap ada batu sungai. Nampak macam spa pulak. Ni mesti kafe yang relaxing nih.

Tengoklah macam mana susunan katering-katering dan lampu-lampu kat atasnya tu. Lagi satu, perhatikan kat dinding. Nak bagi ilusi sikit ruang kat area situ nampak sempit sikit. Cuba bayangkan kalau dinding tu putih je. Nampak kosong pucat. Kafe tu ruangnya besar. Dengan ilusi tu, dapatla menampakkan sikit ruang sempit kat situ.



Set kerusi meja ni mungkin kat sudut tepi je. Ala-ala romantic gitu dengan lampu malap. Tapi bertigalah. Berdua-duaan tak boleh maaa. Berdua kang ada pulak ‘orang ketiga’ yang ikut join. Lainla kalau korang suami isteri yang baru kahwin. Berdua pun berdualah ye.


Bila gambar besar letak kat situ kan, korang akan rasa macam korang betul-betul ada dalam gambar tu. Gambar alam pulak tu. Lagi-lagi gambar ikan yang tengah tu. Feeling giler!


PEJABAT TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 



 Merah putih warna temanya. Bagi semangat lebih.


KPTM






PRIMO ENCLAVE, BKT JELUTUNG, SHAH ALAM


Gaya mewah dan eksklusif



Ni sebahagian je. Nak tengok lagi banyak design dan untuk lebih lanjut, kat bawah ni ada info:

Alamat Imanpuri Interior & Architecture,
19B, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak,
Seksyen 20, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Emel admin@imanpuri.com
anis@imanpuri.com
No Tel 03-5541 1018 Anis Amir
Laman web http://www.imanpuri.com/
https://www.facebook.com/imanpurienterprise


25 November 2012

Mari Beli Mi Segera, Sardin Jenama Rizza Brand

Menyedari produk makanan segera mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna, Bio Haruantech (M) Sdn Bhd telah memperkenalkan rangkaian produk mi segera dan makanan dalam tin menggunakan jenama Rizza Brand. Pengarah Urusannya, Mohammad Munir Lukman Hakim berkata, istimewanya produk diperkenalkan syarikatnya adalah tidak mengandungi bahan pengawet atau perasa tiruan sebagaimana produk yang ada di pasaran. Produk yang diketengahkan menggunakan 100 peratus bahan dan perasa asli menjadikan rasa dihasilkan agak berbeza dengan produk mi segera yang ada di pasaran.

Produk yang terdapat di bawah jenama ini adalah laksa utara, bihun sup segera, mi udang segera dan kuah laksa segera. Selain itu, Rizza Brand turut menghasilkan makanan dalam tin iaitu sardin, sambal tumis ikan keli dan gulai ikan tongkol. Produk mi segera yang dihasilkan menggunakan perencah asli dan bahan utama yang segar serta tidak dicampur dengan bahan pengawet atau perasa tambahan. Haruantech tidak mahu produknya sama seperti produk mi segera yang ada di pasaran kerana kebanyakannya memberi kesan kurang baik terhadap kesihatan pengguna dalam tempoh jangka panjang. Maka, mereka menghasilkan produk mi segera yang selamat dimakan kerana bahan yang digunakan adalah segar dan asli seperti daging ikan dan perencah yang diproses menjadi serbuk.

Produk makanan dalam tin diperkenalkan juga menggunakan resipi berbeza kerana setakat ini tidak terdapat jenama lain yang mengetengahkan produk sama. Sebagai contoh, produk sambal tumis ikan keli dan gulai ikan tongkol yang hanya boleh didapati daripada jenama Rizza Brand. Malah, produk sardin yang dihasilkan juga lebih istimewa kerana ia sedia dimakan berikutan kuah yang disertakan dalam tin sudah siap ditumis.

- MM

Tip Pembungkusan Untuk Usahawan Bumiputera

Isu pembungkusan kurang menarik punca produk Bumiputera sukar dipasarkan ke luar negara, tidak sepatutnya dipandang remeh kerana semua usahawan seharusnya menekankan aspek pembungkusan produk untuk persaingan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ramai usahawan masih tidak tahu teknik pembungkusan yang mampu memberi impak terbaik.

Sejauh manakah keberkesanan teknik pembungkusan dan pelabelan dapat membantu produk usahawan untuk dipasarkan?

Secara umumnya produk usahawan terutama Bumiputera berkualiti, namun pembungkusan belum mencapai mutu dikehendaki. Teknik pembungkusan dan pelabelan makanan memainkan peranan sangat penting dalam pengeluaran produk makanan. Paling penting, usahawan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 kerana dengan adanya pengetahuan mengenai akta itu, ia boleh membawa produk mereka pergi sehingga peringkat antarabangsa berikutan semua yang termaktub di dalam akta berkenaan menepati kehendak pasaran tempatan dan global.

Apakah langkah pertama yang perlu diambil usahawan jika mereka ingin mengeluarkan produk berasaskan makanan?

Kita lihat ramai usahawan Bumiputera terbabit dalam sektor berasaskan makanan, namun perkara utama adalah mempunyai asas perniagaan dan mengambil tahu mengenai aspek perundangan berkaitan. Dengan adanya pengetahuan ini, usahawan dapat menghasilkan produk bermutu dan menepati standard diperlukan, sekali gus membolehkan mereka bersaing di semua peringkat pasaran. Malah Akta Makanan 1983 mempunyai banyak maklumat yang perlu diketahui, terutama mengenai penggunaan pengawet, penstabil, pembungkusan, pelabelan, pengendalian makanan dan banyak lagi.

Bagaimana untuk memastikan usahawan mencapai tahap terbaik dalam pembungkusan, pelabelan serta pengendalian makanan?

Usahawan harus peka dengan perubahan yang sentiasa berlaku dan perlu banyak bertanya tanpa rasa malu dan bimbang. Mereka juga dinasihat mengikuti seminar, kursus dan bengkel anjuran kerajaan atau swasta. Selain itu, usahawan perlu mengikuti sebanyak mungkin kursus berkaitan perniagaan makanan seperti kursus pembuatan makanan yang betul, teknik pembungkusan dan pelabelan, pengendalian makanan, kewangan, pemasaran dan kursus yang boleh membantu usahawan berjaya dalam industri makanan. Produk yang dihasilkan usahawan Bumiputera berkualiti, tetapi perlu dibaiki dari segi teknik pengeluaran, pembungkusan dan pelabelan. Masih ramai tidak mengetahui kewujudan Akta Makanan 1983 dan tidak tahu pihak mana perlu dihubungi jika ada masalah. Jika usahawan mempunyai kemusykilan, mereka boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Kementerian Kesihatan Malaysia atau layari www.insken.gov.my untuk maklumat kursus yang diadakan bagi membantu usahawan tempatan.

Bagaimana teknik pembungkusan, pelabelan dan pengendalian makanan yang betul secara amnya?

Teknik pembungkusan yang betul boleh memanjangkan jangka hayat produk. Teknik pelabelan perlu mempunyai semua maklumat diperlukan termasuk nama sebenar makanan, ramuan, alamat, berat bersih, tanda halal, tarikh tamat, fakta nutrisi dan kod bar. Seterusnya, semua pengendali makanan diwajib mengikuti kursus asas pengendali makanan meliputi antaranya, penyakit bawaan air dan keracunan makanan.

- MM

Keunikan Gold Coast Morib

Morib, suatu ketika dahulu terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kuala Langat, Selangor kerana mempunyai pantai peranginan yang indah. Bagaimanapun, pelbagai isu timbul termasuk soal kebersihan, selain persaingan dengan destinasi peranginan berdekatan seperti Sepang yang terkenal dengan pantai Bagan Lalang dan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Kesemua faktor itu menyebabkan kegemilangan Morib semakin pudar. Pantai Morib sebelum ini didapati sambutan pelancong terhadap pantai tersebut 'kurang meriah'.

Namun begitu, 'kesuraman' itu hilang apabila sebuah pusat peranginan baru, Gold Coast Morib dibuka sepenuhnya. Terletak kira-kira lima kilometer dari pantai Morib dan berdekatan Istana Pantai Bahagia milik Sultan Selangor, kehadiran resort itu telah menukar persepsi orang ramai terhadap Morib. Selepas melihat sendiri keindahan landskap, taman tema airnya yang direka cantik, 40 gazebo tepi pantai yang dijadikan restoran makanan laut eksklusif serta kawasan pantai yang telah dibersihkan, akan membuatkan anda teruja untuk datang lagi ke pusat peranginan itu.

Apa yang boleh dikatakan, Gold Coast Morib mempunyai keunikan tersendiri. Terletak di tanah seluas 5.6 hektar dan dibina dengan pelaburan RM180 juta oleh usahawan terkenal Datuk Alex Tan, destinasi penginapan ini menerima ramai pengunjung termasuk sepanjang musim cuti sekolah. Selain itu, Gold Coast Morib juga menyediakan tujuh bilik mesyuarat dan dewan bankuet yang unik kerana kesemua dinding dan bumbungnya diperbuat daripada kaca. Pemaju juga membuka tiga jenis restoran iaitu kopitiam yang menawarkan harga seperti kopitiam di luar, lounge dan restoran makanan laut yang memberi peluang kepada pengunjungnya memilih sendiri apa yang hendak dimakan di 'pasar ikan' yang disediakan.

Pengunjung yang datang menginap di sini boleh makan di restoran,  mandi di taman tema yang boleh memuatkan 1,000 orang pada satu masa dan bersiar-siar di tepi pantai serta menikmati keindahan alam semula jadi dengan menyertai aktiviti river cruise di Sungai Jugra. Restoran makanan laut yang dinamakan Pavalion By The Sea pula telah beroperasi sepenuhnya dan di sini pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan live band, selain menikmati keindahan laut dan lampu berwarna-warni yang dipasang di semua pokok di kawasan itu. Pemaju juga menanam 150 pokok kelapa di pantai tempat peranginan ini agar suasana nampak lebih tropika dan hijau.

Pihak pemaju juga telah membina 300 unit hotel bajet pada harga antara RM100++ hingga RM150++ semalam, lengkap dengan pusat beli-belah yang mempunyai 300 unit kedai. Pembinaan hotel bajet adalah bagi memberi peluang kepada semua golongan yang mempunyai bajet kecil untuk datang bercuti ke Gold Coast Morib. Gold Coast Morib ini memang sesuai untuk keluarga, kumpulan yang ingin berseminar, syarikat yang mahu mengadakan hari keluarga serta pelancong tempatan dan luar yang cintakan alam semula jadi. Ramai pengunjung dari luar negara dan banyak permintaan untuk mereka datang berkumpulan termasuk dari Taiwan, Korea dan Jepun memandangkan tempat ini begitu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), iaitu kira-kira 35 minit perjalanan.

- UMO

Petua Untuk Mengorat Awek Melalui SMS

  • Ketika anda berSMS dengan si dia, jangan sesekali menghantar sms yang bernada negatif. Dunia sekarang penuh dengan aura negatif seperti makanan yang mahal, kesesakan lalu lintas, desakan kerja dan sebagainya. Jika anda menghantar SMS berbaur negatif, dia akan hilang minat untuk melayan anda. Apabila anda sentiasa sms dengan nada yang positif, dia akan berasa anda sebagai seorang yang boleh menenangkan hatinya.
  • Jangan terlalu skema ketika menghantar SMS padanya. Anda variasikan ayat dan cara anda berSMS. Gunakan imej yang sesuai ketika berSMS, sms kata-kata semangat, sms perkara yang menarik. Pendek kata, jangan jadikan komunikasi anda dengan si dia melalui sms sebagai aktiviti yang membosankan. Anda akan rasa bosan apabila setiap hari bercerita benda yang sama sahaja seperti makan apa? Buat apa? dan sebagainya.
  • Ketika berSMS pastikan anda hantar ayat yang jelas, pendek dan senang untuk di fahami. Jangan berkias kerana ia boleh mengundang salah faham yang sangat besar pada diri anda. Jika si dia tanya sesuatu, anda harus jawab kerana dia memang ingin tahu. Jika anda tidak jawab, dia akan merajuk dan akan mula meragui keihklasan anda untuk berkawan dengannya.
  • Jangan pula sms berturut-turut dengan si dia. Sebaliknya, hormati masa dia untuk berehat, bekerja dan sebagainya. SMS dengannya apabila dia sedang lapang sahaja. Apabila anda bertindak begini, dia akan lihat anda sebagai seorang yang matang.
  • Sentiasa hormati pandangan dan pendapat yang si dia utarakan pada anda ketika anda berSMS dengannya. Paling penting, anda jangan terlampau tunjuk pandai. Wanita sebenarnya lebih suka lelaki yang mengakui kelemahannya berbanding lelaki yang sentiasa bercakap besar.

16 November 2012

Kate Middleton Pernah Dibuli?

The British royal family on Buckingham Palace ...
The British royal family on Buckingham Palace balcony after Prince William and Kate Middleton were married. Kate wears a wedding gown by Sarah Burton. (Photo credit: Wikipedia)
LONDON: Permaisuri Britain, Kate Middleton, pernah menjadi mangsa buli ketika menuntut seketika di Sekolah Downe House di Cold Ash, Berkshire. Bekas guru besar sekolah itu, Susan Cameron, berkata walaupun tiada amalan buli yang serius terhadap Kate, ia bukan sesuatu yang luar biasa di situ. Dengan berhati-hati, Susan berkata, aktiviti membuli adalah sebahagian daripada cara hidup pelajar berusia belasan tahun dan kadang-kadang ia agak kejam. Akhirnya Kate berpindah kerana dia tidak gembira dan gagal menyesuaikan diri dengan suasana ‘tegang’ di sekolah berkenaan. Isteri Putera William itu pernah meminta tetamu majlis perkahwinannya pada 29 April lepas agar menderma kepada kempen mengekang amalan buli di sekolah. Gesaan itu membayangkan Kate pernah menjadi antara mangsa buli ketika bersekolah. Seorang bekas teman kelas Kate juga mendakwa dia menjadi mangsa kekejaman pembuli pada zaman remajanya. Bagaimanapun, Kate tidak pernah memperkatakannya secara terbuka, manakala identiti pelaku terbabit kekal dirahsiakan. Kate hanya berada di sekolah Downe House selama dua penggal sebelum ibu bapanya memindahkannya ke Kolej Marlborough yang eksklusif. Kata Susan, Kate mungkin tidak dibuli secara serius walaupun ketika itu anak bekas pramugari berkenaan berasa terseksa. "Jika Kate dibuli dengan teruk ketika bersekolah dulu, saya tidak fikir dia berjaya menjadi wanita seperti apa yang anda lihat hari ini,” katanya. - DM

- MM

14 November 2012

Perempuan Kini Lebih Suka Menipu?

Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki. Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya. Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing. Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil. Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi

- MM

12 November 2012

Rakyat Malaysia Paling Lama Dengar Radio?

Malaysia terus menerajui rantau Asia Pasifik dari segi purata jumlah jam dihabiskan seminggu untuk mendengar radio. Ada satu perubahan ketara dalam arah aliran berkenaan, apabila semakin kurang pendengar yang bertukar saluran sekali gus memberi bukti jelas bahawa wujud kesetiaan jenama yang semakin tinggi dalam kalangan mereka. Berdasarkan kaji selidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen, jumlah pendengar di Semenanjung Malaysia kekal tinggi dengan 92 peratus pendengar mingguan. Pembahagian media secara asasnya telah mengubah kebiasaan hubungan pengguna. Dalam orde baru dunia media, penyasaran adalah perkataan baru yang sesuai. Hasil kaji selidik bagaimanapun memberikan bukti aktiviti mendengar radio terus berkembang dengan pelbagai pilihan disediakan untuk memenuhi selera pendengar. 

CRM ialah persatuan yang mewakili stesen radio komersial di negara ini. Industri radio sudah mencapai tahap matang sehingga pendengar kini dapat mengenal pasti apa dan bila mereka mahu dengar, dengan hanya memilih tidak lebih daripada purata dua saluran. Sebagai sebuah industri, katanya radio juga mencatatkan kemajuan dalam bidang lain serta membentuk set penanda aras yang baru. Antara contoh, saluran BFM memenangi Anugerah Kancil Emas tahun lalu di samping beberapa anugerah lain di Cannes, AdFest, One Show dan Spikes Asia tahun ini untuk kempen Kesedaran Barah Payudara. Radio meluaskan capaiannya sejak dekad lalu dengan beberapa stesen telah memformat isi kandungan secara lebih khusus untuk menarik pendengar sasar masing-masing. 

Dari segi capaian pendengar, ERA mengekalkan kedudukan teratas dalam kalangan saluran berbahasa Melayu dengan purata 4.5 juta pendengar seminggu. Ia diikuti rapat oleh SINAR dengan 4.2 juta pendengar mingguan dan hotFM dengan 3.4 juta pendengar. Di antara saluran berbahasa Cina, MY FM menerajui kedudukan dengan 2.2 juta pendengar disusuli 988 dan ONE FM, masing-masing dengan 1.5 juta dan 861,000 pendengar. Sementara itu, hitz.fm sekali lagi menguasai saluran berbahasa Inggeris dengan 1.7 juta pendengar. Saluran pelbagai bahasa, THR Raaga/THR Gegar dan Red masing-masing mempunyai 3.6 juta dan 237,000 pendengar.

10 November 2012

Hobi Buat Kek Mampu Jana Pendapatan

Setiap orang yang mempunyai hobi tersendiri mampu mengatur masa lapangnya dengan terancang, berdisiplin dan berkesan. Individu yang tahu memanfaatkan masanya boleh memaksimumkan hobi tersebut untuk menambah pendapatan terutama bagi suri rumah mahupun wanita bekerjaya. Hobi boleh dikembangkan melalui penambahan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus tertentu. 

English: Photograph and cake created by Mary-I...
English: Photograph and cake created by Mary-Irene Lang. (Photo credit: Wikipedia)
Antara hobi yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan ialah membuat kek atau coklat di rumah. Melalui kaedah moden, perniagaan ini mampu berkembang dari rumah. Di samping menguruskan rumahtangga, suri rumah dapat memanfaatkan masa terluang untuk tujuan meningkatkan pendapatan keluarga. Usaha ini tidak memerlukan modal besar untuk memulakan perniagaan asalkan rajin berusaha, inovatif dan kreatif. Seseorang juga boleh bertukar kepada kerjaya baru sekiranya mahu memenuhi hobi yang diminati apabila tiba masanya. Walaupun sibuk dengan tugas, kita boleh turut mencurahkan bakti kepada warga masyarakat sekitar. Ketika lapang bolehlah belajar selok-belok membuat kek hari jadi, pertunangan dan perkahwinan. Daripada kek biasa nanti boleh pelajari pula teknik membuat kek fondant

Français : Fonfant au Chocolat
Français : Fonfant au Chocolat (Photo credit: Wikipedia)
Ada individu yang pada mulanya sekadar ingin mencuba apabila anak-anak sedang membesar gemar makan kek terutama ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka. Selain anak-anak, anda boleh hadiahkan kek kepada jiran tetangga atau rakan sekerja. Dari situ bolehlah dapatkan maklum balas membina untuk memperbaiki kelemahan. Mana tahu rakan-rakan dan saudara-mara anda mungkin meminta membuat kek sempena majlis pertunangan dan perkahwinan kelak. Jika sudah mahir nanti anda mampu berkongsi pengetahuan kepada generasi muda terutama suri rumah yang mahu mengusahakan industri kek.
Fondant-chocolat-p1040089
Fondant-chocolat-p1040089 (Photo credit: Wikipedia)

Ada sesetengah mereka sudah mampu membuat sendiri kek dan membuka perniagaan secara kecil-kecilan. Anda jangan lokek ilmu untuk membimbing generasi baru dalam bidang berkenaan. Banyak corak dan reka bentuk kek dicipta boleh dilihat dalam blog Selagi Ada Gula. Pengendali blog itu dapat menambahkan dan memantapkan lagi ilmu melalui perkongsian pelbagai pengalaman daripada rakan lain. Kejayaan boleh dicapai apabila seseorang itu mempunyai semangat dan keyakinan diri.

-UMO

02 November 2012

Tip Keselamatan Kanak-Kanak

  • Jika berlaku sesuatu kepada anak, jangan panik. Ambil pendekatan bertenang dan fikirkan apa perlu dilakukan bagi memudahkan keadaan.
  • Perkara pertama perlu dilakukan jika anak hilang di pusat beli-belah ialah beritahu anggota keselamatan pusat beli-belah berkenaan.
  • Jika membawa anak ke kawasan umum atau pusat beli-belah, pastikan anak tidak dibiarkan berjalan seorang diri.
  • Bergilir dengan suami/isteri menjaga, dan memerhati anak ketika anda memilih barang.
  • Penggunaan gelang ada nombor kecemasan dan alamat juga boleh dilakukan untuk memudahkan urusan sekiranya anak hilang.
  • Simpan gambar anak dalam tas tangan kerana jika anak hilang, anda perlu membuat tindakan segera dengan menjerit atau memanggil nama anak serta menunjukkan gambar anak kepada orang ramai.


- BH

01 November 2012

Berjalan Di Taman Boleh Tenangkan Minda?

Susah hati atau alami kemurungan? 

Shot in Green Park, and the road is Constituti...
Shot in Green Park, and the road is Constitution Hill which boarders the park and leads to Buckingham Palace (Photo credit: Wikipedia)
Satu penyelidikan mendapati dengan bersiar-siar atau sekadar berjalan di taman bunga atau padang, boleh membantu individu mengalami kemurungan untuk berasa lebih lega dan tenang. Kumpulan penyelidik melakukan ujian bagi mengenal pasti sama ada berjalan kaki di lokasi semulajadi boleh meningkatkan mood individu berhadapan kemurungan-klinikal. Kajian turut menguji teori dibangunkan dalam bidang sains kognitif, dikenali sebagai Teori Pemulihan Perhatian atau Attention Restoration Theory (ART), mencadangkan, individu mampu menumpukan perhatian lebih baik selepas mengambil masa untuk berjalan-jalan di taman atau menikmati alam sekitar buat seketika. Menurut ART, individu berada dalam persekitaran aman dan tidak menerima gangguan luar, mempengaruhi sistem memori untuk lebih memberikan tumpuan terhadap perkara mereka lakukan ketika itu. Hasilnya, sel otak boleh berehat dan memasuki cabang pertimbangan, seterusnya membantu memulihkan keupayaan kognitif.

Kajian klinikal

Dalam kajian terkini, seramai 20 individu berhadapan kemurungan klinikal, membabitkan 12 wanita dan lapan lelaki berusia 26 tahun yang mengambil bahagian dalam satu eksperimen, berjalan dalam suasana tenang semula jadi, sementara dalam keadaan satu lagi dalam suasana bising di bandar. Sebelum melakukan aktiviti bersiar-siar itu, peserta diuji menentukan status kognitif dan mood mereka dan dikehendaki memikirkan kembali masalah belum selesai atau mengenai memori pahit dilalui sebelum ini. Mereka kemudian dikehendaki berjalan kaki selama satu jam di sebuah taman hutan atau bersiar-siar di sepanjang jalan yang sibuk. Laluan jalan ditetapkan dan peserta perlu memakai jam dilengkapi Global Positioning System (GPS) untuk memastikan mereka melalui jalan betul. Apabila selesai, mereka perlu mengambil bahagian dalam siri ujian mental untuk mengukur tumpuan dan bagaimana memori jangka pendek mereka bekerja. Seminggu selepas itu, peserta mengulangi kajian tetapi perlu melewati jalan berbeza daripada dilalui pada kajian terdahulu.

Memori lebih baik

A couple touch hands as they walk through Lond...
A couple touch hands as they walk through London's Green Park. (Photo credit: Wikipedia)
Disebabkan penghidap kemurungan mempunyai tahap pemikiran negatif yang penyelidik skeptikal merumuskan berjalan kaki secara bersendirian di taman, memberi manfaat. Sementara ‘mood’ mereka turut meningkat. Bagaimanapun, keputusan menunjukkan penghidap memiliki peningkatan 16 peratus membabitkan aspek tumpuan dan ingatan selepas berjalan kaki di taman berbanding berjalan kaki di bandar. Penulis ‘Jurnal Kecelaruan Efektif‘, Dr Marc Berman, dari Institut Penyelidikan Rotman, Kanada, yang juga ketua penyelidikan itu menjelaskan, kajian menunjukkan bahawa peserta menghadapi kemurungan klinikal mengalami prestasi memori lebih baik selepas berjalan kaki di taman berbanding berjalan di dalam persekitaran bandar. “Berjalan boleh bertindak sebagai menambah atau meningkatkan rawatan sedia ada bagi penghidap kemurungan klinikal,” katanya. Pada 2008, kajian oleh Dr Berman menunjukkan orang dewasa yang tidak pernah didiagnosis dengan penyakit mental, didapati sihat, lantaran berjalan di taman berhutan, mampu merangsang minda.

- BH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...