Indonesia AirAsia Airbus A320 (Photo credit: Wikipedia) |
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedang berusaha membincangkan bidang yang berpotensi dilakukan kerjasama dengan pihak berkepentingan Malindo Airways yang baharu ditubuhkan. Bagaimanapun, katanya, persaingan antara AirAsia dan Malindo Airways masih berterusan. AirAsia mempunyai kehadiran yang kukuh di dalam industri serantau bagi menghadapi persaingan.
AirAsia and Malaysia Airlines aircrafts at Kuala Lumpur International Airport. (Photo credit: Wikipedia) |
Tanpa diragui, mereka akan bersaing antara satu sama lain. National Aerospace and Defence Industries Sdn. Bhd. (Nadi) dan PT Lion Grup akan membentuk syarikat penerbangan tambang murah Malindo Airways, yang diambang memulakan operasi pada Mei 2013 menggunakan KLIA2 di Sepang. PT Lion Grup adalah syarikat induk Lion Air. Presiden Pengarah PT Lion Grup ialah Rusdi Kirana yang telah melaksanakan tugas yang cemerlang di Indonesia. Malindo Airways merancang menawarkan penerbangan di Malaysia dan Indonesia serta ke Thailand, China, India, Jepun dan Australia. Nadi memiliki kepentingan 51 peratus di dalam Malindo Airways dan bakinya dipegang oleh Lion Grup.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia tidak teragak-agak untuk beroperasi di India jika persekitaran penerbangan dan struktur cukainya mesra dan kondusif bagi operasi syarikat penerbangan tambang murah. Walaupun kerajaan India membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49 peratus dalam sektor penerbangan negara itu, kos mengurus operasi penerbangan di sana masih tinggi berbanding kebanyakan negara maju. Cukai lapangan terbang masih terlalu tinggi, malah kerajaan India mungkin mahu menaikkan cukai, yang memaksa syarikat penerbangan menghentikan operasi ke destinasi tertentu. Pasaran India berpotensi tinggi kerana mempunyai lebih daripada satu bilion penduduk.
AirAsia Airbus A320 in special Manchester United livery (Photo credit: Wikipedia) |
Bidang utama yang sentiasa diberikan perhatian oleh AirAsia sebelum meneroka pasaran baharu ialah menurunkan kos. Atas alasan itulah syarikat sekutu AirAsia bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh, AirAsia X, menarik diri dari terbang ke New Delhi dan Mumbai.
- UO