London - Semi-Detached Houses (Photo credit: roger4336) |
Persoalan ini agak menarik untuk kita yang telah dewasa sama ada bujang atau telah berkahwin.
Bagaimana dengan pembaca? Apa pendapat anda? Adakah anda merasakan pengetahuan mengenai hartanah adalah penting untuk diri anda atau anda merasakan anda tidak perlu mengetahuinya kerana ada orang lain yang boleh menguruskannya untuk anda seperti peguam, konsultan hartanah, agen Real Estate dan sebagainya.
Sebenarnya tidak kira apa pun sekali pendapat anda, ianya adalah hak anda – terpulang kepada anda. Tetapi adalah sebaiknnya untuk anda mengetahui perkara asas mengenai hartanah yang mana saya yakin ianya akan membantu anda pada ketika tertentu seperti ketika anda ingin membeli rumah, pindah milik hartanah dari nama ibu/bapa anda yang telah meninggal atau berlaku konflik kecil sesama jiran yang mungkin anda boleh menyelesaikan sendiri secara baik tanpa perlu terus mendapatkan nasihat peguam.
Sebagai contoh, ketika anda ingin membuat keputusan pembelian hartanah (atau rumah baru anda) anda pastinya memerlukan pengetahuan mengenai:
- Apakah beza pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold) serta kesannya?
- Apakah yang dikatakan sebagai hakmilik strata apabila anda membeli hartanah berbilang tingkat seperti apartment?
- Apakah maksud kategori guna tanah?
- Dan pelbagai lagi.
Make-believe 'village' across the Park (Photo credit: Alan Stanton) |
Sememangnya anda boleh mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang saya nyatakan di atas, tetapi cuba bayangkan berapa banyak masa yang anda perlukan jika perkara asas pun anda perlu bertanya atau menyemak dengan mereka. Saya fikir anda juga pastinya berasa kurang yakin jika ingin bertanyakan perkara-perkara asas seperti apakah maksud rumah semi-d atau townhouse (hal ini pun mungkin ada yang masih tidak mengetahuinya) dan sebagainya.
Oleh itu adalah sebaiknya anda mengetahui serba sedikit perkara asas mengenai hartanah untuk kebaikan diri anda kerana anda tidak tahu bila anda mungkin memerlukannya.
Jika anda nak tahu pasal panduan membeli rumah, lawatilah TipsHartanah.com
- TH