06 September 2012

Nokia Lumia 920 boleh cas tanpa wayar?

Nokia melangkah setapak lagi dalam dunia telefon pintar apabila telah mengumumkan barisan hadapan terbarunya dalam siri Lumia iaitu Lumia 920. Pengumuman ini sejurus selepas Samsung Ativ dilancarkan dan juga sebelum iPhone 5 keluar kilang. Antara kekuatan model ini adalah Windows Phone 8, teknologi PureView, pengecasan tanpa wayar, dan 4G (LTE).

Warna terang sesuai dengan Lumia

Berikut adalah spesifikasi penting Lumia 920:

Saiz paparan skrin: 4.5 inci (16.7 juta warna dengan PureMotion HD+)
Resolusi skrin: 1280 x 768 piksel
Ciri paparan: Skrin tahan calar Corning® Gorilla® Glass, kawalan kecerahan, mod kecerahan tinggi, sentuhan super sensitif, kadar refresh 60 Hz.

Pemproses berkuasa 2 teras

Pemproses: Snapdragon™ S4  dua teras 1.5Ghz
Memori: 1GB (dalaman), 32GB (mass memory), 7GB kuota dalam SkyDrive
Rangkaian data: 2G, 3G (HSDPA, HSPA+,  HSUPA, WCDMA), 4G (FD-LTE)
Sambungan tanpa wayarNear Field Communication, Bluetooth 3.1, Wi-Fi Direct, Wi-Fi Channel bonding, WLAN IEEE 802.11 a/b/g/n, Qi Wireless charging
Penyambung: Micro-USB Charging/Data Connector, 3.5 mm Universal Audio Connector, Micro-USB 2.0
WiFi Hotspot: Ya, boleh diakses sehingga 5 peranti

Cas tanpa wayar

Sistem operasi: Windows Phone 8
Perisian produktiviti: Office Applications (Excel, Word, Powerpoint, One Note), SkyDrive
Pelayaran Internet: Internet Explorer 10 (sokong XML, CSS 3, HTML 5)
Navigasi dan GPS: Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia City Lens, Nokia Transport

Resolusi, sensor kamera : 8.7 megapiksel dengan teknologi Nokia PureView serta lensa Carl Zeiss Tessar, dual LED
Zum digital: 4x
Aperture: F 2.0
Kadar bingkai video kamera: 30 fps
Zum video kamera: 4x

Kapasiti bateri: 2000  mAh (bateri tidak boleh ditanggalkan)
Berat: 185 gram
Warna tersedia: Putih, hitam, merah, kuning, kelabu
Dual SIM: Tiada

Tidak dapat dipastikan lagi bila akan berada di pasaran Malaysia. Mungkin Windows Phone 8 bakal menggegarkan dunia telefon pintar dengan barisan Lumia sedia ada. Siapa tahu...




Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...