Ya kini dunia blog tidak sesukar dahulu. Dengan kecanggihan dunia Internet, segalanya tidak mustahil untuk dilakukan. Weblog kini dapat dikemaskini dari mana-mana platform termasuklah ketika anda menggunakan tablet atau telefon pintar. Ini bermakna kita boleh kemaskini blog di dalam pengangkutan awam, taman, pusat beli-belah mahupun di tepi pantai. Jika anda tiada talian Internet anda boleh taip terlebih dahulu kemudian simpan sebagai draf, namun bergantung kepada aplikasi yang anda gunakan. Untuk kali pertama saya boleh menaip entri terbaru menerusi telefon Sony Xperia Sola saya. Telefon pintar ini dikuasakan oleh sistem operasi Android, oleh itu aplikasi Blogger sememangnya dapat dipasang kerana Android dan Blogger adalah produk Google. Jika telefon anda adalah Android tak kiralah Sony, Samsung, Motorola, HTC, dan lain-lain, anda boleh muat turun aplikasi Blogger di Google Play. Ianya percuma dan mudah digunakan. Walaupun tidak semua fungsi boleh didapati namun sekurang-kurangnya kita boleh taip apa yang berada di minda terus sebelum hilang idea. Ia mungkin luahan perasaan (diari), kejadian semasa (jika anda di luar), seminar yang sedang anda ikuti (wartawan) atau ketika baru bergambar dengan artis mungkin. Sebarang perubahan boleh disunting nanti ketika di hadapan komputer. Selamat mencuba.