08 September 2012

Di Mana Joe Jambul !

"Di Mana Joe Jambul!" rancangan kanak-kanak segmen bahasa Melayu yang popular di Malaysia suatu ketika dahulu. Ketika itu ramai kanak-kanak akan menghadap televisyen pada hari cuti sekolah hujung minggu untuk menontonnya. Termasuk juga penulis, rancangan tersebut ada aura sendiri seolah-olah sedang menonton drama. Rancangan yang dikendalikan 'Detektif' akan membantu setiap peserta menjejaki dan menangkap Joe Jambul yang licik. Itu cerita ketika penghujung 90-an...

Kini rancangan popular itu kembali di TV1 dengan sedikit kelainan. Kali ini pengacaranya ialah adik kepada Allayarham Izwan Pilus, iaitu Aril Pilus. Stesen penyiaran awam tersebut berharap rancangan ini dapat menarik minat kanak-kanak dan populariti rancangan akan meningkat seperti rancangan yang asal.
Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...