Barangkali anda tertarik dengan tajuk ni. Mungkin juga anda tercari-cari petua atau teknik untuk terima wang dari aktiviti
blogging? Apa yang anda fikir itulah juga saya fikirkan melainkan anda sekadar pembaca setia bukannya seorang penulis. Pelbagai tips sebenarnya di luar sana, saya juga tidak layak memberi jawapan terbaik dari persoalan di atas. Namun alang-alang biarlah kongsi ilmu yang ada.
Jadi, panduan pertama yang harus dilakukan ialah
isi kandungan. Ia berkait
kualiti dan kuantiti. Memang saling berkaitan secara tidak langsung. Jika
blog baru 10 entri tak payah la nak pikir pasal iklan, jauh lagi perjalanan anda tak kira hebat mana
pun. Rajin letak satu
artikel setiap hari, lagi bagus 2-3 entri. Kalau banyak sangat idea, jangan tamak semua nak terbitkan hari ni jugak, simpan la sikit untuk masa depan oi.
Hari ni banyak idea, esok lusa belum tentu idea datang mencurah-curah. Fikirkan tu... Kemaskini blog setiap hari tetapi tiada kualiti pun haru juga. Lain la blog pasal kisah hati (diari), kot ye pun jangan nak menyumpah seranah, baik kau tweet je. Jadikan entri tu sesuatu yang bernilai untuk pembaca hatta blog tu sekadar kongsi suka-suka. Pembaca suka gerenti mereka nak baca yang lain dalam blog tu.
|
Blog design (Photo credit: melop) |
Seterusnya
reka letak blog haruslah menarik dan nampak tersusun. Kalau kemas barulah pembaca senang hati je menambah ilmu. Ni kalau
widget pun bersepah sana sini siapa nak baca, serabut kepala tengok macam rumah dalam keadaan tunggang-langgang. Pengiklan pun mesti tak berminat nak iklan kat blog yang teruk susunannya sebab mereka nak cari untung. Maksudnya mereka dah melabur sejumlah wang untuk cari pelanggan, itulah punca keuntungan. Pelanggan akan datang kepada mereka dan dari situ mereka nampak hasil pelaburan mereka beriklan. Jika anda sertai
Nuffnang sekalipun belum tentu blog anda akan terpilih jika susunan teruk. Harap bayaran per klik jer la... Tu pun kalau pembaca nak klik.
Jangan paksa pembaca klik pula, silap- silap tak mau jenguk lagi dah. Mana taknya singgah-singgah je kena klik iklan adoi! Pasal
template pula ikut kreativiti blogger la, ada yang suka template yang disediakan, ada juga ambil dari laman web template yang mana terdapat ribuan template yang cun untuk dipilih. Namun haruslah isi kandungan sesuai dengan template, jika blog info jangan la blog tu gelap gelita. Sakit mata membaca...
SEO. Ni bab yang saya juga belum khatam. Eloklah rujuk dari blogger yang dah lama aktif. Kalau tak kenal tanya encik
Google je, lagi elok korang faham bahasa Inggeris. Ni teknik untuk naikkan ranking korang dalam enjin carian. Ia membantu naikkan
trafik ke blog. Apabila ada orang cari kat
Google ke
Bing ke, hasil carian berdasarkan kata kunci yang dicari keluar la blog korang dalam senarai juga. Mereka mungkin akan pilih blog anda dan dari situ trafik masuk. Kebarangkalian untuk pembaca klik iklan mungkin tinggi jika trafik tinggi juga. Tajuk yang menarik juga penting. Isi kandungan lagi la penting, jangan guna perkataan ringkas atau bahasa
SMS.
Selepas semuanya dapat diikuti barulah anda boleh letak iklan sama ada menggunakan khidmat Nuffnang, Google AdSense dan lain-lain. Ikut la mana suka.