01 September 2012

Wak Segan mai dah!

Baca sketsa berikut...

Wak Lu : Tuan saya nak buat report kereta saya hilang.
Polis : OK. Kereta jenis apa wak?
Wak Lu : Wak segen.
Polis : Tak perlu segan-segan la wak, ape jenis kereta wak?
Wak Lu : Sudah wak cakap wak segen tadi.

Selepas puas berbalah antara polis dan Wak Lu, akhirnya Wak Lu disuruh menulis jenis keretanya di atas kertas dan Wak Lu menulis VOLKSWAGEN.

Polis : Ooo... Lain kali sebut la betul-betul ni wak segen, apa nombor platnya?
Wak Lu : Bijik dua-dua nampak (BG 2264).
Polis: %#&$@^???


Baca cerita ni pula...

Volkswagen. Das Auto. Show 2012 bakal kembali ke Malaysia September ini! Acara tahunan dari syarikat pengeluar kereta utama Jerman itu akan mengadakan pameran model-model kereta keluarannya di KLCC, bersebelahan Suria KLCC. Tahun lepas menyaksikan ribuan peminat datang berkunjung ke pameran sama. Beberapa aktiviti menarik disediakan penganjur seperti pengalaman sinematik, catwalk model kereta dan macam-macam lagi. Berikut maklumat penting pameran tersebut:

Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Tarikh: 8 dan 9 September 2012 (Sabtu & Ahad)
Waktu: 10 pagi - 11 malam
Kemasukan: PERCUMA

8 sesi disediakan setiap 1 hari yang mana pengunjung boleh masuk selama sejam untuk satu sesi. Sesi pilihan juga boleh ditempah di laman webnya. Kelihatan banyak lagi kekosongan ketika ini lagi-lagi 9 hari bulan. Cuma pilih waktu pameran dan isikan maklumat diri pada borang. Tetapi pastikan anda datang sejam setengah awal untuk dapatkan 'wristband' sebagai pengesahan sebelum waktu pameran. Jadi, pastikan anda ke laman webnya (ada di bawah atau kadang-kadang ada iklan di blog ini), isi borang kemudian datang sejam setengah awal untuk dapatkan 'wristband' sebelum memasuki pameran tersebut.

Berikut beberapa gambar dari pameran tahun 2011 (sumber dari laman web The Icon Is Back):

Ada game simulasi tu...
Macam kereta aku, bukan parking kat luar ke tadi
Kami suka menyibuk jadi kami datang la...
Garang dan sporty

Tawaran adalah TERHAD jadi pastikan ada tempah secepat mungkin kerana kemasukan ke pameran ini adalah PERCUMA! Anda boleh tempah atau usha maklumat lanjut di laman web The Icon Is Back atau klik pautan di bawah:

http://bit.ly/OAHMP7 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...